networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, September 23, 2017

Industri Pengangkutan Awam- Impian Transformasi Menjadi Realiti!!!

0 comments

Tanggal 3 Jun 2010 merupakan detik penting buat negara kita dalam mentransformasikan pengangkutan awam darat..ketika itu YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak telah menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

SPAD ditubuhkan daripada idea DS Najib bagi mengemudi Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara, dengan tujuan memastikan pengangkutan awam darat negara sentiasa berkembang dan bertambah maju dari semasa ke semasa, selain menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat Malaysia..

Ia bukan tugas yang mudah kerana memerlukan penglibatan pelbagai pihak bagi mencapai agenda transformasi pengangkutan awam..

SPAD terus melaksanakan segala impian cetusan DS Najib untuk menjadikan ia realiti dan pencapaian yang harus dibangga rakyat negara kita..

Pembangunan infrastruktur dan dihubungkan dengan pelbagai mod pengangkutan awam telah memudahkan rakyat..umpamanya pembinaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS)..kita lihat hari ini negara kita sudah mencapai standard kemudahan pengangkutan awam setaraf negara maju..

Impian DS Najib ialah mahu rakyat memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam..oleh itu pembangunan infrastruktur perlu dititik beratkan..seterusnya kualiti dan masa menunggu pengguna harus diutamakan...

Ia bukan tugas mudah kerana melibatkan banyak pihak..pelbagai inisiatif kerajaan telah diberikan kepada pemain industri ini..bermula bantuan Tayar pemandu teksi..sehinggalah kini ramai pemandu teksi telah dibebaskan dari sistem pajak..

Ditambah pula dengan aplikasi e hailing yang mana pengguna mempunyai banyak pilihan seperti Uber dan GrabCar..

Dahulu setiap bas ada konduktor bas untuk membeli tiket dan menebuk tiket..sekarang semuanya boleh dilakukan dengan mudah..pengguna perlu menukar token..ataupun membayar mengikut amaun untuk menaiki bas..

Sistem tiket ini juga harus diberi nafas baru supaya lebih segar dan memudahkan pengguna..akan datang semuanya urusan pembayaran perlu melaluinkad Touch n Go..ia lebih mudaj dan efektif..

Memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Seri Nancy Shukri baru-baru ini..

"Semua sistem pengangkutan awam di Malaysia akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch n Go menjelang 2019..

Ketika ini sistem Touch n Go hanya dilaksanakan untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa sahaja..

Pada masa ini, semua pemain pengangkutan awam bersedia dengan sistem ini dan perlu bersedia mengalami perubahan menjelang 2019..

Perkhidmatan KTM Komuter sahaja mempunyai sistem berbeza..oleh itu mereka digesa untuk bekerjasama dengan pihak Prasarana bagi tujuan itu..

YB Nancy menjelaskan bahawa pada masa akan datang semua penumpang akan menggunakan kaedah pembayaran tiket tunggal yang boleh digunakan untuk senua pengangkutan awam termasuk bas..

Sudah tentu cara ini memerlukan masa dan kos untuk berubah kerana ia juga melibatkan keperluan teknologi seperti pengesan global (GPS)..

Kami yakin perubahan ini tidaklah mengejutkan pengguna kerana mereka juga perlu menggunakan Touch N Go untuk membayar tol...

Setiap perubahan perlukan kesediaan..pastinya setiap rakyat perlu beesedia menerima perubahan sebagaimana saranan DS Najib untuk mentransformasikan industri pengangkutan awam darat..

Friday, September 22, 2017

Bila Penang Nak Selesai Masalah Banjir Guan Eng Oi!!!

0 comments

Sikap Guan Eng Makin Teruk Dalam Isu Banjir

Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah semakin mengarut dan ke laut nampaknya. Masih tidak mahu akui kesilapan sendiri. Asyik hendak salahkan orang lain sahaja.

Sikap teruk Guan Eng ini makin menjadi jadi, selepas gagal selesaikan isu kilang haram. Kali ini dalam isu banjir, lebih teruk Guan Eng selesaikannya.

Pada 15 September lepas, Pulau Pinang dilanda banjir teruk sampai bandaraya Georgetown lumpuh kerana banjir. Itu pun Guan Eng masih tidak mengaku. Dia salahkan Taufan Doksuri sebagai punca, bukan kegagalan sistem peparitan dan tebatan banjir sebagai punca utama. 

Guan Eng ibaratkan petugas media berat sebelah. Guan Eng kata semua memihak kepada Barisan Nasional (BN). Guan Eng menuduh media membuat laporan palsu berkenaan bencana banjir itu. Guan Eng sebut ada negeri lain yang berjiran dengan negerinya lagi teruk tetapi hanya Pulau Pinang digambarkan begitu buruk.

Negeri mana agaknya yang dimaksudkan oleh Guan Eng itu? Sila beri gambar dan video kejadian banjir yang teruk di negeri itu? Ada dengar berita kejadian mati disebabkan banjir di negeri lain? Tiada, hanya di Pulau Pinang sahaja. Guan Eng yang buat tuduhan palsu, bukannya media.

Oleh itu, Guan Eng jangan main tuduh tuduh sahaja. Jawapan bodoh daripada Guan Eng ini akhirnya memakan diri sendiri. Rakyat Pulau Pinang derita berenang dalam banjir, Guan Eng senang lenang sahaja datang pakai baju “Batman” berlakon di gigi air sahaja.

Guan Eng yang juga anak Lim Kit Siang kena tahu, media hanya melaporkan kejadian itu selepas kejadian yang melanda Pulau Pinang itu ditularkan oleh orang ramai di media sosial. Beratus-ratus keping gambar dimuat naik ke Facebook menceritakan keadaan banjir yang menyukarkan pergerakan orang ramai pada hari kejadian.

Masyarakat yang buat laporan jujur dari hati mereka, bukannya media yang memperbesar-besarkan cerita. Portal pembangkang pun cerita banjir yang sama. Hanya Guan Eng sahaja yang bercakap situasi masih tidak serius kepada China Press pada hari banjir berlaku.  

Apa Guan Eng hendak tunggu sampai Komtar dan pejabat Ketua Menteri tenggelam baru hendak cakap ianya serius?

Apabila banjir berlaku, Guan Eng tidak mahu mengaku kesalahan dirinya, sebaliknya menyalahkan pihak lain sampai kuasa Tuhan pun disalahkannya. Dia tuduh Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) kerana banjir dan pernah salahkan takdir hujan terlalu lebat yang turun di negeri itu.

Inilah dia cara “Tokong DAP”, Guan Eng menyelesaikan isu banjir. Menyalahkan semua pihak lain, termasuklah kuasa Tuhan. 

Bencana banjir di Pulau Pinang telah sebabkan seorang mati lemas. Mangsa, Noor Afidah Yajunas, 30, bekerja sebagai operator kilang dihanyutkan arus banjir ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Guan Eng kata mati bukan sebab banjir tetapi disebabkan kemalangan jalan raya.

Logik macam ini pun ada macai macai DAP dan parti bunga mahu terima. Logik dan alasan yang diberikan oleh Guan Eng amat menghina mangsa mangsa banjir termasuklah keluarga mangsa yang terbunuh.  

Maruah mangsa juga dipandang rendah kerana Guan Eng hanya membayar RM400 kepada mangsa banjir yang mengalami kerugian. Hendak baiki apa dengan wang sebanyak itu?

Dengan kerosakan serta kerugian yang berlaku disebabkan banjir, kosnya adalah lebih tinggi. Lebih banyak wang dihabiskan untuk kajian terowong berbanding yang diberi pada mangsa banjir. Sudahlah begitu, rakyat yang menjadi mangsa pula kena mengisi borang permohonan untuk minta bantuan.

Tujuh orang mati kerana kanser akibat kiilang haram di Sungai Lembu. Guan Eng datang bawa sebakul durian dan RM10,000 untuk tutup kes. Dalam isu banjir, ribuan orang terlibat, Guan Eng salahkan taufan, salahkan media dan beri hanya RM400 kalau mangsa banjir isi borang.

Inilah cara DAP memerintah, cara diktator dan kuku besi. Sentiasa tidak mahu mengaku kesalahan diri sendiri. Gagal salurkan RM22 juta untuk projek tebatan banjir tidak pula diakuinya. Cara kepimipinan Guan Eng ini adalah cara kepimpinan yang paling teruk sekali sebagai seorang Ketua Menteri di Malaysia.

Berjanji bukan main lagi hendak selesaikan isu banjir selama sepenggal memerintah. Kini sudah sepuluh tahun DAP di Pulau Pinang. Tiap tiap tahun ada banjir, Ketua Menterinya masih sama. Guan Eng hanya pandai cari alasan dan tuding jari kepada pihak lain sahaja. Masalah banjir tidak pernah selesai juga.

Undilah lagi DAP. Jangan sampai Komtar tenggelam, baru hendak bercucuran air mata. Rakyat Pulau Pinang perlu bertindak dari sekarang. Tukar kerajaan di Pulau Pinang.


Tulisan:
Beruang Biru
BB586, Khamis
21 September 2017

Thursday, September 21, 2017

Cilaka!!Ayat Suci Al-Quran Dibuat Selipar!!!

0 comments

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) merampas selipar yang dipercayai menggunakan kertas tertulis kalimah syahadah sebagai pelapik di sebuah hotel di Sitiawan, di sini.

Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Manjung, Roslin Om, berkata bertindak atas maklumat awam, pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota di premis berkenaan pada jam 11 pagi, semalam.

"Kami mengambil lima pasang selipar, namun hanya sepasang yang menggunakan kertas keras tertulis kalimah syahadah pada bahagian dalamnya.

"Empat lagi selipar tiada ayat suci al-Quran atau syahadah, sebaliknya hanya gambar kartun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ada pelanggan premis berkenaan yang menyedari penggunaan kalimah suci itu selepas pelapik selipar terbabit terkoyak sebelum meneliti kandungannya.

"Pihak premis berkenaan mendakwa tidak mengetahui perkara itu, namun apa yang dikesalkan adalah tindakan pihak yang membuat selipar itu seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat beragama Islam," katanya.

Sementara itu, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusof Husin, ketika dihubungi mengesahkan rampasan dibuat dan memaklumkan pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

Kejadian ini menjadi viral di laman sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman netizen, yang melihat perbuatan itu sebagai memperlekeh dan tidak menjaga sensitiviti agama Islam.


Presiden MCA Sependapat DBKL Batal Pesta ARAK..DAP PAKATAN HARAPAN Meroyan Macam Mabuk Todi Kenapa???

0 comments

Hairan betul kami dengan sikap DAP dan Pakatan Harapan yang menyalahkan DBKL kerana membatalkan pesta arak yang akan dilaksanakan di KL..

Tindakan DAP ini sudah melampau..mereka buta agaknya yang mereka berada di negara Islam..kerajaan sudah memberi kebenaran untuk menjual arak hanya untuk orang bukan Islam sudah cukup baik..

Ini mahu pula minta anjurkan pesta arak..sudah gila agaknya...DBKL tak beri kebenaran kerana faktor keselamatan..

Yang mereka nak tuduh pembatalan tu atas alasan pokitik pasal apa?

DAP kena tiru bagaimana ketegasan kerajaan Singapura membatalkan festival berkaitan arak..DAP telah mempolitikkan hal arak sebagai ancaman keselamatan..

Terdesak untuk nampak relevan sampai sanggup nak halalkan arak..

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerima dengan terbuka keputusan DBKL membatalkan permit kepada Better Beer Festival 2017..

Menurut Liow "Jika ia adalah sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tidak boleh mengecewakan saya"

Mengenai kenyataan akhbar Sin Chew Daily yang mengutuk pembatalan pesta arak ini sebagai bahan ketawa antarabangsa..akhbar sampah inilah yang merosakkan pemikiran masyarakat...

DAP pula ambil kesempatan terhadap pesta arak..pergi Singapura..tengok..mereka pun haramkan acara seperti ini...

Jadi tidak usahlah mempolitikkan hal ini semata-mata mahu raih politik murahan!!!

Wednesday, September 20, 2017

Musykilnya Mahathir & Daim Jawap Tak Tahu #RCIForex..Jangan Banyak Sangat Kencing!!!

0 comments

Nampaknya Mahathir betul-betul sudah nyanyuk..dia diagung oleh pencacai-cainya seorang yang handal dan bijak tapi bab Skandal Forex dan bank negara dia tak tahu..

Mungkin agaknya terkejut dengan drama Mahathir dan Daim..Anwar pula dimasukkan ke hospital..bayangkanlah dia mampu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tetapi hal Forex yang kerugian sebanyak RM 30 billion yang berlaku pada tahun 1989-1994...

Benda ni ada dua sebab..antara Mahathir dan Daim komplot dalam skandal ini atupun Anwar yang cuba sembunyikan kehilangan RM 32 billion dari pengetahuan Mahathir dan Daim..

Macai-macai Mahathir kata:

"Najib ni kecoh bongkar kerugian forex tapi dia tak kecoh pula forex untung.."

Kami tertunggu-tunggu juga jika Mahathir mengesahkan perkara ini..secara tidak langsung kita dah tau jawapannya yang Mahathir menjadi orang yang harus dipertanggungjawabkan kerugian RM 32 billion bank negara..

Masakan mungkin Mahathir dan Daim tidak tahu..ketika itu mereka berdua Perdana Menteri dan Menteri Kewanfan .siapa yang memberi arahan kepada BNM untuk bermain forex yang mencecah hanpir RM 1 billion sehari..takkan mak cik jual popiah pula yang disalahkan???haha!!!

Mustahil sebuah bank utama bermain FOREX dalam jumlah yang amat besar tanpa pengrtahuan kerajaan..

Jika dilihat kembali sejarah...Kit Siang antara golongan pertama yang menyuruh kes ini disiasat..

Bekas Naib Penge­rusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata:

"Semasa skandal itu berlaku, Kit Siang menuduh Dr. Mahathir dan Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin yang bertanggungjawab untuk ‘bencana’ forex dan beliau juga menulis sebuah buku untuk menyokong dakwaannya.

“Meskipun ketika itu Kit Siang merupakan barisan pertama yang ingin membongkar isu tersebut, tetapi kini beliau akan berfikir panjang sebelum memberi kenyataan. Pastinya Kit Siang tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Dr. Mahathir yang kini ‘sekatil’ dengannya dan dilihat boleh memenuhi impian politiknya untuk ‘menakluki’ Putrajaya,"

Anwar juga pernah mengeluarkan statement berkenaan kes ini yang mana berkata dalam laporan The Edge pada 4 September 2002, Anwar Ibrahim dengan jelas telah mengatakan bahawa:

"Foreign exchange trading activities undertaken by Bank Negara Malaysia (BNM) in the early 1990s, which resulted to the central bank losing at least RM5.7 billion of its reserves, was approved by then Minister of Finance Tun Daim Zainuddin, with the support by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed,"

Daripada kenyataan Anwar dan Kit siang sebelum ini kita sudah nampak bagaimana kes ini berlaku..yang pelik bin ajaibnya Mahathir boleh kata "SAYA TAK TAHU!!"

Kahkahkah!!!

Tuesday, September 19, 2017

Piala Juara Liga Super Baru Tampil Elemen Futuristik Bermula Era Baru Bola Sepak Malaysia!!

0 comments

TROFI BAHARU LAMBANG KEKUATAN, DINAMISME DAN DOMINASI

Ciri-ciri piala

1. Direkebentuk dan dihasilkan dengan tangan oleh tukang-tukang yanh mahir dari tukang emas DiRaja

2. Diperbuat daripada tembaga, perak dan emas tulen 24k.

3. Berdiameter 252mm di bahagian tapak. Tinggi 633mm. Berat 20kg.

4. Nama pemenang tahunan diukir di bahagian bawah belakang trofi.

5. Logo pasukan juara dipateri dibahagian pusat trofi supaya tampak ekslusif.

6. Berkonsepkan futuristik dan elegan.

7. Simbolik lambang kekuatan dan dinanisme 12 pasukan bertanding.

8. Warna emas lambang kekuatan dan donimasi buat pasukan yang layak sahaja.

Foto: Nizam Rahman - www.asiana.my

Haiya Guan Eng..Pulau Pinang Banjir Lagi Low..Mana Janji You?

0 comments

Baru-baru ini Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir..sampai bila masalah ini akan berlarutan..you sudah janji mahu kasi selesai ini masalah sejak merampas kuasa dari Barisan Nasional..

Sehingga ke hari ini masih lagi tidak selesai..rakyat sudah banyak rugi harta benda...kereta rosak..rumah masuk air..orang hendak bisnes tak boleh..

You senang saja beri alasan hujan banyak turun..dahulu masa Kelantan awal tahun 2015 you kutuk Kelantan dilanda banjir kerana rasuah..

You fikir rakyat buta ka?air hujan warna jernih..tapi itu banjir warna tanah..siapa punya hal?tangan manusialah kasi itu hutan tebang jual buat duit..

You tarak tau ka puncanya you gagal dan tidak cekap membina sistem tebatan hujan..habis bukit jadi botak kerana projek lereng bukit yang diluluskan sewenang-wenangnya..penerokaan haram Bukit Relau..

Makan boleh sebarang makan..beer boleh minum..tapi cakap you jangan sebarang cakap..you lupa ka you kata mahu selesai isu banjir sebelum PRU13...

See!!!apa sudah jadi sekarang..itu you punya macai Ahli Parlimen DAP, Ng Wee Aik dulu riuh angkat kain sepanduk kata DAP berjaya selesai masalah banjir..you tengok apa sudah jadi??

Banjir lagi woo!!!

You dulu kutuk MCA tak buat kerja..sekarang MCA Pulau Pinang pula kata you tak buat kerja!!you cakap banjir sebab hujan banyak!!mana peruntukan yang disalurkan kerajaan pusat kepada kerajaan Penang???

You buta ka?tak tahu yang Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) dalam Laporan Audit Pulau Pinang 2016 sudah beri teguran..

Kenapa sekarang baru mengaku gagal salur dana lingkungan RM 22.09 juta hasil caruman perparitan kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri sejak 2008 hingga Jun tahun lalu..

Dana bernilai RM 22.09 juta yang dinyatakan dalam Laporan Audit 2016 dikatakan hanya merangkumi jumlah caruman perparitan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai dan tidak termasuk nilai tertunggak di Majlis Bandaraya Pulau Pinang...

Jangan banyak beri alasan..mahu salahkan kerajaan BN pusat tak bantu..you kalau nak BN bantu dan you tak buat apa-apa..letak jawatan sajalah..isu rasuah you kat mahkamah pun tak setle lagi..

Dulu masa kempen PRU 12 you janji mahu kasi selesai isu banjir ini dalam tempoh satu penggal sahaja..sekarang sudah dua penggal..nak kempen PRU 14 masih tak setle isu banjir ini..

Janganlah bodohkan rakyat dengan janji kosong..Pahang banjir you kata kerajaan negeri buat rasuah sampai gagal urus pembinaan tebatan banjir tidak dilakukan dengan baik..

Sekarang Pahang sudah atasi masalah banjir..tak macam penang..10 tahun perintah banjir masih berlaku..bila kena kutuk you minta nyawa dari kerajaan Pusat bantu duit..

MCA Penang kutuk sikap bermuka-muka Guan Eng..dengan melabelkan banjir kerana rasuah jika ikut logik Guan Eng..

You jangan main-main sama rakyat..mereka boleh undi siapa yang mereka mah..you gagal selesai banjir..kita kasi ubah Pulau Pinang..beri Barisan Nasional sepenggal..kita tengok macamana BN ajar you setlekan hal banjir ni!!!

CHAK!!!

Mahathir Kena Akui Yang Johor Ada Sejarah Hitam Dengannya..

0 comments

Mahathir perlu akui yang dia mempunyai sejarah gelap di Johor...rakyat Johor sendiri tidak gemar sikap buruknya yang mahu menjadikan Johor untuk ikut acuannya..

Kemajuan Johor umpamanya projek forest city dikritik Mahathir kononnya mahu membawa pendatang dari China..jambatan bengkok idea kuno Mahathit..

Sultan Johor sendiri tidak berkenan terhadap individu yang memburuk-burukkan negeri Johor..ikuti kisah di bawah yang mana hanya sehelai daripada lipatan sejarah Mahahir dan Johor...


MAHATIR DI MALUKAN DI JOHOR BHARU.

Tan Sri Shahrir Samad pernah keluar Umno di zaman Tun Mahathir.

Bukan setakat beliau keluar Umno, malah beliau mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket bebas lawan calon yg diletakkan oleh Mahathir di Parlimen Bandar Johor Bharu.

Shahrir membuat kejutan tersebut pada tahun 1988, kira-kira 7 tahun selepas Tun Mahathir menang tipis ketika dicabar Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan agung UMNO 1987 dan selepas beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Ketika itu, kedudukan politik  Tun Mahathir sangat goyah dan kemelut yang dihadapi jauh lebih teruk berbanding apa yang Presiden UMNO hadap sekarang. UMNO diharamkan dan Mahathir menubuhkan UMNO ‘baru’. Sokongan terhadap Mahathir sangat rendah ketika itu sama ada di dalam parti, mahupun dari sudut pandang rakyat .

Shahrir membuktikan betapa goyahnya sokongan rakyat terhadap Tun Mahathir apabila membuat kejutan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen BN Johor Bharu dan mahu Pilihan Raya Kecil (PRK) berlangsung.

Keputusannya Tan Sri Shahrir telah mengalahkan calon Mahathir dengan majoriti yang sangat besar walaupun ketika itu Mahathir sendiri yang mengemudi kempen Prk tersebut.

Namun begitu, selepas dimalukan Shahrir sebegitu teruk sekali, Mahathir tetap enggan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, apatah lagi melepaskan jawatan Perdana Menteri yang beliau sandang. Alasannya mudah, hanya pengundi Johor Bharu saja yang tidak suka pada Mahathir dan kerana itu tidak perlulah dia meletak jawatan.

Mungkin Tun Mahathir boleh lupa kejadian tersebut,
tetapi sejarah tetap tidak boleh terpadam begitu sahaja.
Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling lemah di dalam lipatan sejarah politik Malaysia.

Teruskanah kamu berbangga dengan KLCC kamu wahai Tun Mahathir .
Semoga KLCC mampu memenangkan kamu pada Pru 14 Nanti.

Omong Bibik

Monday, September 18, 2017

Kereta Api Laju HSR KL - Singapura Beri Manfaat Menyeluruh..Janji 110,000 Peluang Pekerjaan!!!

0 comments

Perkembangan pesat industri pengangkutan awam darat negara kita tidak boleh dinafikan lagi..ia berkembang amat pantas..

Program Transformasi Pengangkutan Awam Darat yang dicetuskan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan hanya omong-omong kosong..cakap dan buat..itulah yang prinsip pegangan yang dipegang barisan pentadbiran kerajaan..

Jika pucuk pimpinan sudah baik...sudah tentu agensi-agensi bawahan yang diberi amanah seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan segala perancangan menjadi realiti..

Bak kata peribahasa Melayu Pucuk dicita ulam mendatang..segala apa yang diimpikan bukan sahaja menjadi realiti malah hasilnya melebih dari apa yang dijangkakan..

Umpamanya kemudahan pengangkutan MRT SBK..jumlah penumpang hariannya melebihi 140,000 iaitu melebih paras yang dijangka...bukan itu sahaja sejumlah 21,000 penumpang telah menggunakan bas perantataan di laluan SBK..

Itu kita ambil daripada aspek jumlah penumpang..tahukah anda kemudahan yang dinikmati hari ini merupakan rahmat untuk semua?

Melalui kemudahan MRT SBK, hampir 60,000 rakyat mendapat peluang pekerjaan dan sumber rezeki dari pelbagai aktiviti sepanjang laluannya..

Ia bukan perkara main-main..setiap apa yang kerajaan buat pasti dapat dinikmati rakyat dari segenap golongan..

Untuk projek HSR KL-SINGAPURA pula..dijangkakan seramai 110,000 peluang pekerjaan dari peringkat pengurusan sehingga pekerjaan marhaen menjelang 2060..perkara ini dinyatakakan sendiri oleh CEO SPAD, En. Azharuddin Mat Sah..

Projek perancangan masa depan dua negara HSR ini bakal menyumbang lebih kurang RM 21 billion pertumbuhan kasar dalam negara..

Menurut Azharuddin "Inilah yang dimaksudkan sebagai game changer"

Laluan disepanjang HSR ini akan membangun dan menjadi tempat accessible jika sebelum ini kawasan itu tidak berapa popular..

Kajian mendapati projek HSR ini akan menjimatkan masa dan penumpang yang mahu menjimatkan masa akan menggunakan perkhidmatan ini..

Jika dilihat dari aspek penerbangan KL Singapura pula banyak permintaan ke negara seberang tambak..

Sudah tentu mereka yang menggunakan pengangkutan udara akan berubah ke perkhidmatan ini yang menjanjikan keselamatan serta penjimatan waktu..

"Pihak SPAD dan Land Authority of Singapura (LTA) akan memastikan reka bentuk, operasi serta ciri-ciri keselamatan HSR ini sebagai keutamaan.." kata Azharuddin lagi..

Perkembangan projek kemudahan pengangkutan awam ini amat berbaloi kerana dapat dinikmati oleh rakyat..kita sudah ada MRT, ECRL bakal memulakan pembinaan dan HSR melibatkan dua negara akan bermula tidak lama lagi..

Jelaslah bahawa apa yang kerajaan cakap maka mereka akan kotakan semua janji-janji...

Sunday, September 17, 2017

Sidang Media PM Yang Mendebarkan Mengumumkan Kemasukan Semula Tan Sri Mohammad Mat Taib..

1 comments

Riuh dimedia sosial yang PM mahu umumkan kenyataan media yang menggemparkan..rata-rata menjangkakan PM mahu membubarkan parlimen..ini memang kelakar bila Najib mahu umum bubar parlimen dalam sidang media..

Teka teki terjawab apabila DS Najib memgumumkan kemasukan semula UMNO Mantan MB Selangor, Tan Sri Mohammad Mohd Taib

Sebelum ini ramai beranggapan pemimpin Bunga mahu buat u turn..sekali PM umum Mohd Taib masuk UMNO..oklah..orang ini kita mahu bersama dalam parti...setakat perempuan 4 kali..hurm..buat malu saja..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA