networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, February 15, 2012

#Aman Kampus : Masyarakat Cina Pulau Pinang buat Peserta Aman Kampus Pening Kepala !!!

Majlis Perasmia Aman Kampus peringkat negeri Pulau Pinang akan dirasmikan oleh YB Senator Datuk PK Subbaiyah pada pukul 11.30 pagi di Chai Leng Park

Masyarakat Cina Penang memang sporting

Selepas Perak, Misi Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat kini di Pulau Pinang. Peserta Kembara Mahasiswa telah tiba di Pulau Pinang pada jam 3 petang tadi. Kami semua menginap di Kampus USM Transkrian.

Aktiviti bermula selepas solat Isyak dimana kali ini misi Aman Kampus melancarkan Progam Info Siswa dan Pentas Anak Muda.

Pentas Anak Muda telah dijalankan di Dewan Terbuka Taman Teluk Indah. Kami telah berkumpul di sini sebelum kumpulan mahasiswa Aman Kampus dipecahkan kepada 2 kompeni. 1 kompeni di Pentas Anak Muda dan 1 lagi menjalankan Program Info Siswa. Setibanya saya di Taman Teluk Indah, perasaan saya sangat kecewa apabila melihat persekitaran kawasan perumahan di sini yang dihuni oleh majoriti masyarakat India amat tidak terurus. Pada mulanya saya tidak percaya, jadi saya cuba melihat dengan lebih dekat dan berniat mahu memasuki rumah pangsa di Taman Teluk Indah. Alangkah terkejutnya melihat sampah bergelimpangan di kawasan ini seolah-olah kerajaan negeri di Pulau Pinang ini langsung tidak prihatin tentang kebajikan rakyat di sini. Melihat keadaan ini, saya membayangkan masyarakat di sini seperti dianaktirikan.



Tinggalkan pasal isu sampah ini. Saya telah membuat liputan Info Siswa pada malam tadi. Kami telah ditugaskan untuk mendekati masyarakat dan mendengar sendiri sebaang masalah dan cadangan daripada rakyat di sini. Lokasi yang menjadi tumpuan kami ialah sekitar Bandar Prai. Kami telah mendekati masyarakat di lokasi Restoran Great Wellesley dan sekitar Medan Kurau 3, Perai. Perkara yang membuat peserta Aman Kampus pening kepala ialah mereka sangat memberi kerjasama sehinggakan kertas soal selidik yang diberi seorang 5 helai tidak cukup. Masyarakat di sini yang majoritinya kaum Cina telah membuatkan ada di antara Mahasiswa ASPIRASI berlari mencari kedai untuk potostat bagi mendapatkan borang tambahan. Ternyata dengan maklum balas yang diberikan oleh kaum Cina di Pulau Pinang ini mereka amat memerlukan perubahan di kawasan ini.

Di sini saya ingin kongsikan gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera saya.

LOKASI : RESTORAN GREAT WELLESLEY












LOKASI : SEKITAR MEDAN KURAU 3






Sebahagian Peserta yang baru sahaja selesai buat soal selidik

Kanak-Kanak Berbangsa INDIA juga menyokong Aman Kampus!!!
mereka cakap "Peace Campus"






No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA