networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, February 10, 2012

#Aman Kampus : Pelajar SMK Sultan Alauddin tidak mahu melepaskan peserta Aman Kampus untuk ke Pahang !!!

Sebaik sahaja selesai program Ikon Siswa di SMK Puteri Wangsa, Aman Kampus tiba di SMK Alaudin, Felda Bukit Besar. YB. Dato’ Dr. Adham Baba telah merasmikan program Aman Kampus di sini.

Ikon Siswa di SMK Sultan Alauddin

YB. Dato’ Dr. Adham Baba beramah mesra dengan peserta Aman Kampus di SMK Alaudin

Peserta Aman Kampus bermesra dengan penghuni Pusat Pemulihan dalam Komuniti

Peserta Aman Kampus telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana satu kumpulan di SMK Sultan Alauddin dan 1 kumpulan lagi ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti Bukit Besar untuk menyerahkan sedikit sumbangan kepada penghuni Pusat Pemulihan dalam Komuniti. Pusat Pemulihan dalam Komuniti merupakan sebuah pusat pemulihan orang-orang yang ‘down syndrome’. 

Pelajar Tingkatan 5 SMK Sultan Alauddin memeriahkan aktiviti Ikon Siswa

Bertempat di Dewan SMK Sultan Alauddin, aktiviti Ikon Mahasiswa menampilkan adik Nuramalina pelajar tingkatan 5 SMK Alaudin yang telah menyampaikan pidato yang bertajuk 'Generasi Berwawasan Aspirasi Negara'. 


adik Nuramalina pelajar tingkatan 5

Selepas itu, Aman Kampus telah menampilkan Farhan Mukhlis iaitu penuntut UPSI untuk berkongsi pengalamannya kepada adik-adik di sini kejayaannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat adik-adik di SMK Alaudin untuk menempa kejayaan dalam pendidikan.

Farhan Mukhlis penuntut UPSI


Peserta Aman Kampus bergambar bersama adik-adik di SMK Sultan Alauddin

Sebaik sahaja program di SMK Alaudin tamat, Aman Kampus meneruskan siri jelajahnya ke Kota Tinggi, Johor untuk singgah di Masjid Kota Tinggi bagi menunaikan Solat Jamak Takhir sebelum meneruskan perjalanan ke negeri Pahang Darul  Makmur.

Saudara Shahar Abdullah telah mengimamkan solat Jamak Takhir

Konvoi Aman Kampus bertolak dari Masjid Kota tinggi pada jam 6.30 petang dan selamat tiba UMP Kampus Gambang pada jam 12.30 pagi. 



1 comment:

ismanaurah said...

salam..sy guru dr SMK Sultan Alauddin..ape yg anda laksanakn ini adalah langkah yang baik utk mendidik anak-anak malaysia kita supaya mendukung Aspirasi Kerajaan..teruskan usaha anda..
-ex-student ukm 2006-2010 (Pro-Aspirasi)

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA