networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, February 10, 2012

#AmanKampus : Mahasiswa ASPIRASI tawan PEKAN !!! DS Najib pening kepala ?!!!


Program Aman Kampus pada hari ini bermula seperti hari-hari yang lain. Pada jam 5.30 pagi kami solat subuh kemudian bersarapan. Untuk Makluman semua, Aman Kampus sekarang berada di Tanjung Selangor, Kuala Pahang yang mana sedang menjalankan Program 'Siswa Prihatin' dan Program 'Siswa Cergas'.

Pagi tadi saya telah menjalankan aktiviti Info Siswa di Kawasan Bandar Pekan iaitu kawasan DS Najib (PM). Semasa kami menjalankan aktiviti ini, satu kumpulan lain telah ke SMK Mat Kilau. Liputan perkembangan di SMK Mat Kilau telah dipertanggungjawabkan kepada Brader Jai yang mana telah membuat liputan di sini. Saya dan anggota yang lain telah menjalankan Program Info Siswa untuk membuat kaji selidik.

Dalam Borang Soal Selidik ini, 2 perkara penting yang ditumpukan ialah Permasalahan Masyarakat terhadap kawasan sekeliling dan yang keduanya pandangan masyarakat untuk menambahbaikkan segala kelemahan yang ada untuk menuju Wawasan 2020.

Kami disambut oleh Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN)

Sesi Penerangan tentang Program Info Siswa di Bandar Pekan

Sesi Info Siswa sedang berlangsung

Akak ni memang sporting.

Peserta sedang menunggu rakan-rakan yang lain balik ke KAWAN

Di sini, saya hendak berkongsi sedikit pengalaman kepada semua pembaca. Setiap daripada kami telah diberikan 5 helai kertas untuk mendapatkan 5 orang responden yang berbilang bangsa dan berbeza faktor ekonomi. Secara rutinnya saya hanya membuat liputan program berlangsung sahaja tetapi pada hari ini saya tergerak untuk turut serta dalam sesi kali ini, saya telah berjaya mendapatkan 5 orang responden yang mana 2 orang Melayu, 2 Cina dan 1 India.

Apa yang menghairankan saya yang mana mampu membuat DS Najib pening kepala ialah kesemua responden menyatakan tiada masalah yang rumit di kawasan Pekan ini. Mereka semua mengatakan semua kemudahan yang ada lengkap. Perkhidmatan Bas berjalan baik, Sistem keselamatan kawasan perumahan berada dalam keadaan selamat, Jaringan sosial dan pekhidmatan awam berada dalam keadaan baik. Saya cuba menarik perhatian kesemua responden yang disoal dengan bertanyakan pengaruh Najib di kawasan ini. Kesemua responden memberi maklum balas yang baik iaitu DS Najib menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Pekan merangkap Perdana Menteri dengan baik. Dari sudut lain, tiada pula mereka mengatakan DS Najib akan hilang sokongan malah mereka menolak pengaruh politik yang melampau dan hanya memberi keutamaan kepada kemudahan dan kebajikan mereka terpelihara. 

Bila ditanya tentang cadangan bagaimana hendak menambahbaikkan Sistem di Malaysia menuju wawasan 2020. 2 orang responden mengatakan masyarakat perlu bersatu padu. 1 orang responden mengatakan DS Najib harus menumpukan kebajikan anak-anak yang sedang bersekolah dengan bantuan perkhidmatan Bas Sekolah yang berpatutan. Responden tersebut menyatakan bahawa harga yuran tambang bas sekolah sentiasa naik dari tahun ke tahun walaupun harga pasaran minyak kekal. Perkara ini membebankan kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai. 1 orang responden menyatakan bahawa pihak Kerajaan perlu memantau dan menambahkan produk-produk barangan harga kawalan supaya rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barang sesuka hati. Saya bertanya bahawa pendapat responden tentang KR1M 'Rakyat Mall' dan hasil jawapan kesemua responden berpuas hati dengan harga yang amat berpatutan.

Program 'Info Siswa' tamat pada pukul 11 tengahari dan kami semua ke SMK Mat Kilau untuk makan tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS).

psst: kalau semua responden mengatakan tiada masalah di kawasan Pekan maka DS Najib akan pening kepala macam mana nak bantu dan jaga kebajikan rakyat jelata di Pekan dan Seluruh Malaysia. Harap-harap responden yang disoal selidik oleh peserta lain akan memberi jawapan yang berbeza..... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA