networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, February 26, 2012

Dato' Sahol - Kes yang sudah selesai pada 2007 kenapa baru sekarang hendak pertikai ?!!!



Dalam beberapa hari ni saya melihat sahaja pergelutan yang berlaku antara blogger Papagomo dan Double-Y. Kalau tidak melibatkan Mahasiswa dan Institusi Pendidikan memang  saya  malas nak campor tangan. Datuk Sahol, nama yang tidak asing lagi dalam UITM. Walaupun  saya  bukan daripada UITM tetapi  saya mendapati respon daripada penuntut-prnuntut UITM amat baik sekali terhadap imej Datuk Sahol Hamid Abu Bakar. Beliau dikhabarkan sangat mesra dengan pelajar. Malah ada penuntut UITM sendiri menyatakan bahawa mereka mudah berurusan dengan beliau terus di Pejabat Naib Canselor tersebut. Malah ada juga yang mendakwa hubungan pelajar dengan Dato Sahol ibarat bapa dengan anak. 

Di sini  saya  tak kira bloger tersohor seperti gomo atau double-y, bagi  saya korang ni sama sahaja macam  saya bermula dari zero dalam dunia blogger ini. Cuma  saya  hendak menegur sedikit bloger Papagomo janganlah cuba menarik kembali kisah yang lama sudah setle. Isu penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda ini telah berlaku tahun 2007. Lagipun siasatan BPR ketika itu telah selesai dan Datuk Sahol telah menjalani kehidupan seperti manusia biasa dalam tempoh 2007 hingga 2012 ini. Kenapa baru sekarang hendak dipertikaikan? Bukan niat  saya mahu memburukkan imej gomo yang sekarang ini top rank dalam kalangan blogger Pro BN dan bukan juga  saya  mahu back up Datuk Sahol.  saya sendiri tak pernah jumpa Datuk Sahol, kalau  saya buat pemerhatian rata-rata mahasiswa UITM rasa selesa dengan keakraban yang dilakukan oleh Datuk Sahol terhadap penuntut UITM. ‘bohong mereka, bohonglah saya' tetapi inilah jawapan 5-6 orang kawan  saya yang menuntut di UITM. 

Bagi  saya kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini tidak ada apa pun yang harus dibimbangkan. Kita sedia tahu bahawa Malaysiakini memang suka pro Kerajaan tumbang dan berbalah sesama sendiri.  saya anggap gomo telah ‘game’ dalam gelanggang yang dibuka Malaysiakini. Saya agak hairan kenapa gomo bak beria cuba mempertikaikan kenyataan Prof Datuk Emeritus Shad Saleem Faruqi yang mengatakan siasatan BPR tidak mendapati sebarang salah guna kuasa yang berlaku kepada datuk Sahol yang mana anaknya telah mendapat Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda dalam kenyataan seperti berikut: 

Gomo amat musykil dengan apa yang dijawap oleh Pakar Perlembagaan Shad Saleem berhubung isu yang dibangkitkan dalam Malaysiakini berkenaan menyalahgunakuasa kuasa dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Difahamkan, antara yang dimaklumkan BPR kepada UiTM:

Sahol Hamid selaku anggota Jawatankuasa Latihan Pembangunan Staf (Induk) pada Ogos 2006 didakwa bersetuju dengan laporan lembaga temuduga yang mencalonkan 411 nama selepas temuduga dan sesi mock teaching.

Sahol Hamid selaku pengerusi jawatankuasa hal ehwal kakitangan juga didakwa memperaku keputusan tawaran TPM tetapi gagal mengisytihar kepentingan dua anaknya dari Fakulti Komunikasi dan Media serta Fakulti Kejuruteraan Awam.

Sahol Hamid dalam jawatankuasa hal ehwal kakitangan pada Februari 2007 didakwa memaklumkan beliau tidak terlibat dengan pemilihan dan tidak mengisytiharkan dua anaknya sebagai calon.

Berdasarkan Laporan yang dikeluarkan BPR,  saya buat satu kronologi untuk memudahkan pemahaman: 

  • Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah diiklankan diakhbar tempatan bermula 20 Ogos 2006 hingga 8 Sept 2006 (Masa ni ramai yang memohon termasuk 2 orang anak Datuk Sahol) 
  • Senarai pemohon yang diterima telah menghadiri satu temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini). Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat pada peringkat ini.
  • 411 orang telah berjaya lepasi temuduga dan 'Mock-Teaching' (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui tapisan ini) di peringkat Fakulti. 
  • Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 telah dikemukan kepada Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) untuk kelulusan. (dalam laporan ini ada nama 2 Orang Anak Datuk Sahol) 
  • Y. Bhg Dato' Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ketika itu memegang jawatan TNC Akademik dan Pengantarabangsa selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Latihan dan Pembangunan Staff (Induk) telah memperakui bersetuju dengan Laporan Lembaga Temuduga Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007 
  • 21 Disember 2006, Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan yang dipengerusikan Dato' Sahol telah mengesahkan dan memperakui Keputusan Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2007  (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)
  • Dato' Sahol tidak memaklumkan kepentingan beliau kepada mesyuarat kerana anaknya ada dalam senarai yang Pemberian Biasiswa Tenaga Pengajar Muda. (2 Orang Anak Datuk Sahol telah melalui peringkat ini)
  • Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat dalam pemilihan Calon bagi temuduga.

Pada persepsi mahasiswa, peringkat yang paling mencabar ialah pada peringkat temuduga. Pada peringkat yang mencabar ini, Dato' Sahol menyatakan bahawa dia tidak terlibat. Dimana wujudnya penyalahgunaan kuasa sedangkan pada peringkat penting ini Dato' Sahol menyatakan dia tidak terlibat. Kalau Dato' Sahol terlibat dalam pemilihan calon temuduga ini barulah ada kes penyalahgunaan kuasa mungkin berlaku. Malah Dato' Sahol juga tidak memaklumkan bahawa anaknya seramai 2 orang telah memohon dan melalui tapisan demi tapisan. 

Orang macam inilah kita mahukan. Bagi saya, langkah Dato' Sahol tidak mendedahkan identiti anaknya adalah bertujuan supaya ahli panel penilai temuduga tidak mengetahui. Jika ahli panel mengetahui bahawa mereka sedang menilai Anak TNC, Berkemungkinan ahli Panel akan 'lebih kurang' dalam penilaian. Jadi tiada isu yang besar untuk dibangkitkan. Mohon blogger yang menghuru-harakan keadaan memohon maaf kepada mahasiswa UiTM dan Dato' Sahol sendiri kalau anda rasa terfitnah. Kenyataan yang dikeluarkan Malaysiakini tidaklah teruk mana pun. Pendedahan yang dimainkn blogger pro BN ini sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Dato' Sahol, Mahasiswa UiTM dan institusi pendidikan tinggi UiTM.

Memandangkan Pilihanraya Kampus sudah dekat saya menyeru para blogger turut memberi tumpuan kepada suara anak muda di kampus ini. Pertarungan Pro ASpirasi dan Pro Mahasiswa ibarat pertarungan politik nasional. Hentikanlah permainan bodoh yang ingin menjatuhkan imej Dato' Sahol ini. Fokus kepada PRK !!!








10 comments:

Anonymous said...

Double-Y hanya pertahankan UiTM, yang salah dan cuba burukkan imej ayahanda sahol adalah PapaGomo blogger lucah. Kalau perangai blogger UMNO mcm papagomo mmg mahasiswa takkan suka kpd UMNO punyalah.

YY said...

Maafkan YY bro...

Anonymous said...

Manusia memang tidak lepas melakukan kesilapan. Yang lepas tu jadikan pedoman. Sebagai saudara Islam, wajib berbaik semula. Mana2 blog yg mahu VC Uitm disiasat semula wajib memohon maaf. Habis cerita. Jangan jadikan ini isu untuk menaikkan ranking.

P/s Tak patut pada yg tidak mohon maaf pada VC.

Anonymous said...

Ok la...kalau btul maka bagus la.Tapi kalau ada sesuatu....Neraka jahanam la ertinya.Semua dah dekat ngan kubur dah....oleh itu kerja kerana Allah.wasalam.

Brader Jai said...

nice bro!

Harapan Esok said...

pandangan peribadi sahaja...lepas ni aku krisis ASPIRASI UPSI pula...nantikan

Anonymous said...

Sangat setuju! Mmg tiada kes pun berkenaan dato sahol! Org zaman skrg Mmg suka fitnah! And then mereka yg Tak Tahu cerita sebenar juga memanjangkan fitnah Dan menokok nambah. Ini lah perangai jijik. There is a quote in the Hadith that says "the one who falsely accuses someone of his sin Allah will cause the accuser to indulge in the same sin before he dies" and "those who backbite it is as if you have eaten the flesh of your dead brother"

Anonymous said...

Kenapa lah org Malaysia skrg ni xde keje lain selain memfitnah, mengata belakang, sabo org, memalukan org, n sbgnya Dgn niat menjahanamkan org? Buruk Dan jijik betul perangai! Org Malaysia yg sibuk sngt nk mengata Dan menuduh ni tak de keje lain ke? Knp x focus pd agama, aqidah yg benar, berbuat baik pd org? Anda ni semua tak takut pd seksaan Neraka ke krn memfitnah org? Tolong la org malaysia, ubah lah perangai keji tu. sedih tengok cam mana perangai org kita yg tak habis2 nk mengaibkan org lain. Tahulah Anda bahawasanya Allah akan menghukum Anda yg berbuat dosa sesama manusia.

Anonymous said...

Kes mengaibkan dato sahol ni ada agenda tertentu. Ada yg iri hati dgn beliau dan berusaha mencalarkan imej beliau dgn memutar belitkan fakta. Jahanam la mereka yg buruk perangai dan busuk hati ni.

Anonymous said...

dato sahol nk buat kerja murni membantu org miskin, membangunkan akademik dll pun org dengki. Mana Ada vc yg mcm dia sanggup turun padang cari budak miskin dan cari dana hanya untuk membantu dan memberi peluang kpd yg miskin hanya semata mata kerana nak pastikan org miskin tak terpinggir dari mendapat peluang untuk mendapat kejayaan. Tolong la jgn ganggu usaha murni beliau ni, tak semua org sanggup atau boleh lakukan apa yg beliau tengah laksanakan ni. Sebaliknya bantulah beliau dlm usaha beliau untuk memankin kan lagi usaha murni ini.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA