networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, February 23, 2012

Mahasiswa DEMONSTRASI lagi depan PAGAR UPSI !!!!

Semalam Mahasiswa UPSI telah berhimpun sekali lagi di hadapan pintu pagar UPSI. Agak menghairankan apabila perhimpunan semalam telah dilakukan pada waktu pejabat sedangkan demo haram jadah yang dilakukan oleh mahasiswa sengal pada 1 Jan 2012 lepas pada waktu malam.



Kalau sebelum ini, Polis mengawal keadaan tetapi semalam langsung tiada polis tetapi TNC HEP UPSI pula yang memakai pakaian Polis Kehormat. Betul-betul kuat 'menganjing' Dato' Paduka ni. haha...

Kalau 1 Jan Dato' Paduka berada di dalam Pagar UPSI tetapi semalam beliau berada di hadapan pagar dengan pintu pagar terbuka seluas-luasnya.

PRO MAHASISWA bawa kain rentang dan tulis MAMPUS UMNO tetapi PRO ASPIRASI menurunkan tandatangan sebagai PROTES kekejaman ISRAEL terhadap DUNIA PALESTIN...PEACE PALESTIN !!!!

sudah menjadi penyakit yang tak boleh diubati bila ada sebarang masalah atau tak puas hati akan menyalahkan UMNO / BN...haha...

MAMPUS UMNO menginggatkan aku pada lagu muslimah PAS berjoget menyanyikan lagu ala2 gospel...



ini kerja bukan Pro ASPIRASI

ini kerja mahasiswa yang cerdik

Tandatangan diturunkan sebagai isyarat protes


TNC HEP UPSI mengetuai 'DEMONSTRASI' aman sebagai protes kekejaman ISRAEL terhadap dunia PALESTIN...kuat Datuk Paduka sorang ni DEMO...hehe...mahasiswa bijak kena buat macam ni...bukan bawa kain rentang tulis MAMPUS UMNO/BN...haha 

TANJUNG MALIM 22 Feb. - Perasaan marah dan protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestine turut disuarakan oleh para pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Satu gerakan mengumpul tandatangan oleh pelajar-pelajar penyokong "We Love UPSI" telah dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor UPSI, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu Bakar di perkarangan UPSI hari ini.

Gerakan pelajar bertujuan menjalankan kempen menyedarkan masyarakat kampus seperti mengedarkan gambar-gambar dan menyampaikan pidato tentang kekejaman rejim Zionis terhadap Palestine.

Para pelajar juga mengutuk keras mana-mana pihak yang cuba melindungi dan menyokong perjuangan zionis. - UTUSAN

untuk maklumat lanjut KLIK SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA