networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, March 30, 2012

#AmanKampus : Alhamdulillah !!! PRO-MAHASISWA turut hadir bersama dalam aktiviti SISWA CERGAS...

Pagi tadi bertempat di Dataran Perdana Universiti Utara Malaysia telah berlangsungnya aktiviti Siswa Cergas. Pengisian pada pagi tadi ialah aktiviti Senamrobik dan Sukaneka. Seramai 300 orang mahasiswa terlibat dalam aktivit yang dianjurkan bersama Aman Kampus dan MPPUUM ini. Bagi HE, aktiviti seumpama ini amat menarik dianjurkan kerana ianya berjaya merapatkan hubungan ukhuwah sesama mahasiswa. 

Untuk makluman semua, Mahasiswa Pro-ASPIRASI MAHASISWA dan Pro-Mahasiswa turut hadir. Mereka menolak idealisma politik kampus. Salah seorang mahasiswa PRO-Mahasiswa (tidak mahu nama dan gambar dirakam) yang ditemuramah tadi mengatakan aktiviti yang dianjurkan Pro ASPIRASI MAHASISWA ini sangat baik dan telah berjaya menarik perhatian siswi ini dan beberapa orang rakannya untuk terlibat sama. Di UUM, Pro-Mahasiswa dikenali sebagai TRANSFORMASI dan PRO-ASPIRASI MAHASISWA dikenali sebagai PERUBAHAN. Ditanyakan bahawa PRO-Mahasiswa UUM ada atau tidak menganjurkan aktiviti riadah seperti ini, SISWI PRO-MAHASISWA ini tidak mengeluarkan kata tetapi hanya menggelengkan kepala. Mahasiswi yang ditemuramah tadi mengatakan, MPP UUM yang dimonopoli PRO ASPIRASI MAHASISWA telah berjaya menjaga kebajikan mahasiswa dengan baik. Siswa PRO-Mahasiswa juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah untuk memilih calon-calon daripada PRO-ASPIRASI MAHASISWA (PERUBAHAN) asalkan mahasiswa tersebut diyakini benar-benar membela hak mahasiswa. 

Perbualan HE dengan SISWI PRO-MAHASISWA tersebut semakin menarik apabila HE cuba bertanya mengenai isu semasa yang di bawa PRO-MAHASISWA tentang demonstrasi tuntutan PRK diawalkan di KPT tempoh hari. Siswi tersebut tidak mengetahui apa agenda yang dimahukan supaya PRK dicepatkan. Baginya, MPP sekarang ini sangat bagus menjalankan tanggungjawab. PRK sememangnya jalan terbaik untuk menegakkan sistem demokrasi tetapi kelewatan ini bukan bererti DEMOKRASI itu sudah mati...SISWI PRO-M yang pada mulanya mengaku bahawa dia PRO-MAHASISWA jelas tidak bersetuju dengan tindakan menyerahkan batu nisan tersebut. Perbualan ditamatkan sebaik sahaja SISWI PRO-Mahasiswa tersebut menyedari kehadiran rakannya dari PRO-Mahasiswa ke situ...HE doakan supaya SISWA PRO-MAHASISWA ini menyertai PRO-ASPIRASI MAHASISWA...

Aktiviti berlangsung dihadapan Perpustakaan Sultanah Bahiyah

Aktiviti Senamrobik

Pengetua DPP Proton En. Mazli Mutazam turut bersenam bersama mahasiswa Kembara Aman Kampus

Mahasiswa bergegas untuk hadir aktiviti SISWA CERGAS, AMAN KAMPUS

Belum sampai comfem sudah berpeluh...

Pahlawan dan Srikandi Anak Muda Negara...

Sesi Perasmian Aktiviti Siswa Cergas peringkat UUM sedang berlangsung...

Antara aktiviti Aman Kampus ialah :
- Info Siswa
- Damping Kampus
-Siswa Cergas
- Siswa Taqwa
- Pentas Anak Muda
- Siswa Prihatin
- Siswa Budaya

Shahar menyampaikan sapatah dua kata...

Peserta Aman Kampus melaungkan slogan AMAN KAMPUS...
sungguh bersemangat mereka...

En. Mazli Mutazam, Pengetua Dewan Penginapan Pelajar Proton merasmikan Aman Kampus UUM

Geng Basikal UUM dalam acara simbolik perasmian...
Jadi Geng Budak Basikal lebih bagus dari jadi Geng Budak Monyet

Nasib baik tak muntah....

HE jeles...mamat ni dapat sorakan meriah daripada Mahasiswa/i yang hadir...haha

Aktiviti Span Basah

Boleh tahan SISWI UUM ni lari....kalau lawan dengan SHAHAR comfem SHAHAR kalah...haha

Peserta sedang memberi tumpuan sepenuhnya sebelum membaling belon air ini ke belakang...
kalau HE baling cmfem pecah...haaha

Siswi Seronok sertai aktiviti riadh seperti ini

Bergambar sebelum pulang...

HE : Aktiviti selepas ini ialah Solat Jumaat di Masjid Sultanah Badri Shah, UUM kemudian ke Kg Changkat Setoi untuk aktiviti SISWA PRIHATN

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA