networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, March 24, 2012

Pro Mahasiswa sibuk Demonstrasi Menuntut Pilihan Raya Kampus di Awalkan !!! Pro ASPIRASI buat UTM Bergegar Malam Ini Kerana #AmanKampus !!!

Program Aman Kampus Fasa 2 hari ini telah tiba di Johor Darul Takzim. Lokasi IPT kali ini ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Sebelum ini, Aman Kampus telah menganjurkan program bersama GPMS negeri Melaka di Kolej Yayasan Melaka dan UTeM. Aktiviti akhir Aman Kampus di Melaka ialah Info Siswa di Memorial Tun Abdul Ghafar Baba yang mana telah memberi info dan pendedahkan kepada para peserta Aman Kampus terhadap seorang tokoh yang banyak berjasa kepada negara. Artikel mengenai lawatan di Memorial ini akan HE kongsikan kepada pembaca kelak.

Perjalanan dari Melaka ke Johor ini sangat mencabar kerana bas yang dinaiki oleh urusetia konvoi utama telah mengalami kerosakan penyaman udara. Kami sanggup bermandi peluh semata-mata mahu menjayakan misi aman kampus ini. Bagi kami inilah salah satu pengorbanan semata-mata mahu bertemu mahasiswa UTM dan masyarakat setempat. Ternyata pengorbanan kami telah dibayar oleh Allah S.W.T kerana mendapat sambutan luar jangka oleh mahasiswa UTM. Sebaik sahaja tiba di UTM, kami terus ke kawasan perumahan berhampiran UTM untuk mengunjung dan memberi sedikit bantuan kepada warga emas dan kurang upaya. Alhamdulillah, usaha murni kami ini telah mendapat perhatian 5 orang rakyat prihatin yang telah memberikan kami kunci kereta masing-masing untuk kegunaan kami membuat modul Siswa Prihatin ini. Mungkin rakyat prihatin ini kesian melihat kami berpeluh kerana bas yang kami gunakan tiada penyaman udara. Berikut ialah beberapa gambar yang sempat dirakam untuk dikongsikan kepada pembaca....


Kami telah mengunjungi rumah Atuk Bahran Hj Dolhanan untuk memberi sedikit bantuan kepadanya. untuk makluman, atuk Bahran berusia 71 tahun yang telah uzur yang mana hanya terlantar di atas katil.

Sdr. Shahar menitiskan air mata terus mendakap atuk Bahran. Suasana ketika ini amat pilu mengenangkan perjalanan hidupnya.

Media TV Al-Hijrah turut bersama kami dalam misi kali ini

Seterusnya, Kami telah mengunjungi rumah En. Ungku Yahya Garip yang mengalami masalah untuk berjalan.  En. Ungku mengalami penyakit ini kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya hampir 2 tahun lepas. Ternyata kehadiran kami amat dialu-alukan oleh keluarga ini. 

Kunjungan kami yang terakhir ialah di rumah nenek Rokiah Daud. Untuk makluman, sebelah tangan Nenek Rokiah tidak dapat digunakan kerana terjatuh. Ketika ini, kami membaca sedikit doa selepas pemberian sumbangan..

Seorang peserta turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada nenek rokiah..

Pada sebelah malam, Majlis perasmian Aman Kampus peringkat UTM telah dirasmikan oleh Prof Datuk Dr.  Mohd Tajudin bin Hj Ninggal (TNC Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM)

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi sedang membuat pertunjukan.

Sdr Khairul Nizam Hussin, Penyelaras Aman Kampus Peringkat UTM turut hadir...

Tarian Citra dan Sinar

Inilah wira kami hari ini, walaupun dalam keadaan tidak sihat dia tetap hadir!!! tq Bro!!!
Program Aspirasi orang yang sakit turut hadir...Program SMM orang sihat jadi sakit.....itu beza kami dengan SMM

Mahasiswi UTM yang hadir

Prof Datuk Dr.  Mohd Tajudin bin Hj Ninggal (TNC Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni UTM) sedang menyampaikan Sajak bertajuk Puisi Mahasiswa nukilan Usman Awang

Ruang tempat duduk tidak cukup sehingga ada yang sanggup berdiri...



 
PRO ASPIRASI dekati Mahasiswa dan Masyarakat tetapi Pro M dengan emosi telah berdemonstrasi menuntut Pilihanraya di cepatkan...Mereka berpolitik...kami bermasyarakat..itu beza ASPIRASI dengan PRO M...selanjutnya SINI

HE: HE dengar ada bekas mahasiswa Pro-M telah keluar Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan masuk ASPRIASI...esok HE nak jumpa mahasiswa bijak ini...esok petang kami akan ke IKBN Pagoh dengan menggunakan Bas yang tiada Penghawa Dingin!!! doakan keselamatan kami...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA