networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, April 11, 2012

#MejaBulatPTPTN : Buat apa nak mansuhkan PTPTN kalau ianya mendatangkan kebaikan.....


Rundingan Meja Bulat PTPTN yang bertempat di Vistana Hotel telah berlangsung semalam dan hari ini mendapat kerjasama yang amat menggalakkan oleh mahasiswa, NGO dan PTPTN sendiri yang mana mereka cuba mencari solusi melalui kesepakatan yang dimeterai bersama melalui rundingan...

Apa yang ingin HE katakan, pendekatan ini merupakan cara yang terbaik untuk mencari pendekatan yang terbaik apakah PTPTN harus dimansuhkan secara total atau menemui pendekatan yang lebih efektif yang mana memenangkan peminjam dan PTPTN...Kebanyakan laporan yang dibawa oleh arus pembangkang kebanyakannya menuntut PTPTN dimansuhkan secara total namun apabila suara ini dibawa oleh Meja Bulat PTPTN, kebanyakan mahasiswa tidak memahami konsep UJRAH, Cas 3%, Relevannya PTPTN...



Secara peribadi, HE berpendapat bahawa cas perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN menguntungkan PTPTN berlipat kali ganda namun, penjelasan secara detailis perlu dimaklumkan kepada semua peminjam. Persoalan ini telah dijawab oleh blogger K7L yang berbunyi :
Pertikaian cas perkhidmatan yang pada kebanyakan orang tidak masuk akal sebenarnya jumlahnya sangat sedikit, lebih-lebih lagi kepada mereka yang cuma diberi cas 1%. Dalam masa setahun mereka cuma membayar RM195 sahaja iaitu RM16.25 sebulan! Yang selebihnya itu adalah pembayaran semula pinjaman yang telah digunakan ketika belajar. . Cas perkhidmatan yang ada sesetengah daripada mereka mengatakan ia riba walhal mereka lupa didalam pembayaran zakat amil juga termasuk didalam asnaf penerima. Bukankah ianya sama? Difahamkan oleh pihak PTPTN cas 1% bagi setiap individu itulah mereka gunakan untuk membayar gaji, membayar sewa pejabat, pembayaran perkhidmatan luar, guaman dan sebagainya. Jadi mengapa mahu hapuskan PTPTN setelah mereka memberi bantuan pinjaman pengajian?
Pada pendapat HE, RM 16.25 adalah suatu nilai yang agak besar yang diterima oleh PTPTN. Kalau kita lihat daripada sudut peminjam memang ianya nampak kecil apabila seorang peminjam perlu membayar cas sebanyak RM 16.25..Apalah sangat harga RM 16 kalau nak dibandingkan jumlah penggunaan prepaid telefon bimbit sebulN..Namun, jika kita lihat dari sudut PTPTN pula, mereka telah mengaut cas yang amat besar apabila memberi cas RM 16.25 seorang. Cuba bayangkan jumlah peminjam yang membayar balik PTPTN seramai 100,000 orang...PTPTN telah mengaut untuk sebanyak RM 1.625 Juta sebulan..itu kiraan kasar yang mana hanya mengambil jumlah 100,000 orang peminjam sebulan. HE mengambil jumlah ini sebagai anggaran sebuah IPT mengandungi seramai 10,000 peminjam dan kiraan ini didarab dengan 10 buah IPT sahaja.

Secara jelasnya, mana-mana peminjam yang tidak mahu membayar semula pinjaman PTPTN anda dinasihatkan supaya mendapatkan keputusan kelas PERTAMA sehingga akhhir pengajian. Perkara ini secara tidak langsung akan melahirkan lebih ramai lagi penuntut yang cerdik pandai. 

HE : jumlah cas ini harus dikurangkan dan para peminjam perlulah jujur dan telus untuk membayar semula jumlah pinjaman PTPTN yang telah anda MAKAN sepanjang pengajian anda...

INFO PENDIDIKAN PERCUMA DI MALAYSIA
  1. Kerajaan pada hari ini sememangnya memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat sekolah menengah
  2. Di IPTA kadar yuran murah, (politeknik = rm 200 satu semester) (diploma = rm300- rm500) (sarjana muda rm 600- rm1000).
  3. Melalui pinjaman ptptn ia hanya meliputi 1/4 yuran yang selebihnya utk sara hidup dan duit makan.
  4. Sekiranya pendidikan percuma diberikan maka semua rakyat akan menuntut hak utk masuk ipta, maka kerajaan perlu tubuh lebih bnyk ipta dan sekaligus ipts terhapus
  5. Perlu diingat kerajaan turut memberi subsidi kpd rakyat dalam pelbagai soal spt, minyak, tepung, gula dan lain-lain lg.
  6. Negara maju seperti US, UK dan Australia juga mengenakan yuran pd pelajar universiti.
  7. Walaubagaimanapun negara seperti Sweden, Norway dan Denmark beri pendidikan percuma TETAPI mengenakan cukai yg tinggi pd rakyat dan tiada subsidi.
  8. Perlu diingat sifat pinjaman ptptn, ia bukan diwajibkan utk diambil tp ia adalah pilihan.
  9. Pelajar berjaya mendapat CGPA Kelas Pertama, maka ia akan menjadi biasiswa, sekaligus tak perlu byr blk ptptn.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA