networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, June 22, 2012

Adam Adli Heret UPSI ke Mahkamah ? Sendiri Turun Bendera Kerajaan juga disalahkan...



KUALA LUMPUR 21 Jun - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini membenarkan permohonan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim mencabar tindakan institusi pengajian tinggi itu yang menggantung pengajiannya selama tiga semester sehingga September 2013.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas selesai mendengar hujah daripada kedua-dua pihak di kamar beliau di sini.

Menurut peguam, Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili Adam Adli, hakim tersebut memutuskan demikian selepas mendapati permohonan yang difailkan April lalu mempunyai merit untuk didengar dan bukan satu permohonan yang remeh.

Dalam permohonan tersebut, Jawatankuasa Rayuan Tatatertib universiti terbabit, UPSI dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden pertama hingga ketiga diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Effendi Nazila Abdullah.

Adam Adli memfailkan permohonan semakan kehakiman itu selepas UPSI menggantung pengajiannya selama tiga semester bermula semester kedua sesi 2011/2012 kerana didakwa melanggar peraturan universiti.

Pada Januari lalu, lima ahli Jawatankuasa Tatatertib UPSI yang dipengerusikan Naib Canselornya, Datuk Dr. Zakaria Kasa sebulat suara mendapati Adam Adli telah mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Sabitan salah itu dibuat mengikut Kaedah 3(a)(i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

Adam Adli dibicarakan oleh jawatankuasa itu ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika perhimpunan haram pada 17 Disember tahun lalu.

Dia turut dibicarakan kerana tindakannya menyertai satu lagi demonstrasi di hadapan bangunan universiti tersebut pada malam sambutan Tahun Baru 2012.-Utusan

Keputusan Perbicaraan Adam Adli 9 Januari


klik gambar untuk besarkan


Malaysia Kini melaporkan Adam Adli dijatuhkan hukuman dibawah Mahkamah AUKU...


Info selanjutnya [Klik]

HE : Inilah realiti puak pembangkang..bila dijatuhkan hukuman orang UMNO disalahkan...sendiri Turun Bendera Kerajaan juga disalahkan....

3 comments:

Anonymous said...

bodoh budak ni. Memang UPSI silap kerana tak buang terus budak tak guna ni.

Anonymous said...

ntah.. mke mcm haram jadah da aq tgk.. mse dpn ade sie2kan.. bangang nk mmpos.. puiihh... jari tgh tuk anda...

Anonymous said...

Sepatutnya terus dia di buang. Dah kena gantung 3 sem pon masih taknak mengaku salah lg? Terang terangan nampak salah. Biasalah..semua salah kerajaan memerintah kan? :)

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA