networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, June 19, 2012

Aku Senyum je kat penulisan @AmenoWorld ..Kenapa?

Aku sebenarnya malas nak balas artikel yang dikeluarkan oleh blogger no. 1 Pembangkang ni. tapi ada hamba Allah hantar SMS kat aku berbunyi :
Slm bro..kenapa lu diam kena tibai dengan Ameno World..pergilah balas balik kenyataan dia.. wa tengok teruk lu kena tibai..dia tak faham tu bro apa yang lu tulis.
Jadi aku fikir aku perlu tampil beri penjelasan...Semalam aku baca artikel yang dikeluarkan oleh AmenoWorld aku hanya melonjak kegembiraan kerana ada juga orang yang bodoh sepertinya..ops..kasar sangat...tak pandai seperti AmenoWorld.

Aku membaca perkataan demi perkataan yang dikeluarkan membuatkan aku hanya senyum sahaja. Cara penulisannya seolah-olah ingin menyalahkan aku seolah-olah aku menyalahkan Anwar senyum kepada anak Shamsidar atau Anak Shamsidar senyum kepada Anwar.

Setauh aku, aku tak ada pun kata tak boleh senyum dan aku tak ada pun kata senyum kepada bapak Anwar itu haram. Ada ke??buktikan melalui penulisan aku di SINI.

Mari sama-sama kita hayati maksud yang ingin disampaikan oleh AmenoWorld.


Lihat kotak merah 'Sebab' anak si Shamsidar senyum. Ternyata dia hanya baca tajuk lalu dia pun meroyan ibarat orang kena sawan gila kinzir. Tajuk aku berbentuk persoalan yang berbunyi "Anak Shamsidar Senyum Kepada Anwar...Kenapa?"... 

Tajuk pun aku tak ada tuduh tak boleh senyum dan tak ada pun aku mengatakan haram senyum... Tetapi Ameno World sengaja cetuskan persepsi seolah-olah aku menjatuhkan hukuman tidak boleh senyum..ada ke aku kata tak boleh senyum?? Kan senyum tu sedekah...kikiki...kalau tak wujudkan sentimen benci kepada UMNO bukan Pembangkanglah namanyakan..so aku faham penyakit yang dah tak boleh diubat ni...haha


Semasa aku menulis, aku tak ada pun hasut masyarakat yang membaca supaya jangan senyum kepada Anwar. Tetapi Ameno World sudah terSYAYUL agaknya...sebab itu dia cakap jangan senyum nanti kena cop skandal..Aku tak ada pun kata kalau senyum kat Anwar akan jadi Skandal dalam artikel aku...dia je buat tuduhan melulu...biasalah pembangkang namanya...tak tuduh bukan pembangkang...hehe


Macam biasa..ibarat singa kelaparan, semua pengkomen-pengkomen di blognya pun menuduh seolah-olah aku menyalah dan mempertikaikan senyuman Anwar kepada Anak Shamsidar. Wow..berat persepsi yang dicetuskan oleh Ameno World..barangkali puak-puak pembangkang ni tak baca artikel aku..mungkin mereka malas nak baca kot..sebab setan dalam kepala kata kutuk!!kutuk blogger Harapan Esok..nanti boleh salahkan UMNO..kikiki...


Lihatlah sendiri persepsi dan sentimen tuduhan fitnah yang dikeluarkan oleh puak-puak pembangkang...boleh kata aku lembu umbongok pula tu...kikiki...dan ada yang pertikaikan senyum pun tak boleh ke??beb...aku tak ada pun kata SENYUM tak boleh...hihihi...

Sifat contoh tauladan yang puak Pembangkang tak ada...

Aku amat respek gegiler dengan seorang pengkomen Anonymous ni. Hampir 20 lebih komen yang mengutuk dan menuduh aku seolah-olah aku menyalahkan anak Shamsidar senyum kepada Anwar. Nasib baiklah ada seorang hamba Allah yang faham dan cuba meminta penjelasan. Aku ingat aku sorang je yang menganggap puak pembangkang ni taksub dan emosional..rupanya ada juga insan yang sama fikiran macam aku...hehe...

Disebabkan pengkomen ni menyuruh aku memberi bukti dan memperkuatkan penulisan aku..nih ha aku bagi bukti...link di SINI.. ini alasan kedua aku kenapa aku balas artikel Amenoworld...

Baca dan Fahamkan...
Perenggan Pertama

'Hubungan Anwar Ibrahim dengan Keluarga Azmin Ali sememangnya akrab. Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim merupakan rakan setugas dalam PKR yang baik sekali. Biarpun mendapat jolokan anak emas Anwar, Azmin tetap cool...'
Ada tak aku kata tak boleh senyum? ada tak aku kata SKANDAL Anwar kalau Senyum??? 
Perenggan Kedua
Sebagai Isteri kepada Azmin Ali, Shamsidar perlu mesra dengan Anwar Ibrahim bagi menguatkan hubungan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim. Hubungan antara Anwar, Shamsidar dan Azmin ibarat sebuah keluarga biarpun realitinya tidak.
Ada tak aku kata tak boleh senyum? ada tak aku kata SKANDAL Anwar kalau Senyum???  

Perenggan Ketiga
Kemesraan yang diikat antara Azmin, Anwar dan Shamsidar membawa kepada kekuatan perhubungan antara Anak-anak Shamsidar dengan Anwar. Sememangnya Anwar Ibrahim layak digelar Anugerah Tuhan memandangkan beliau mesra bukan sahaja dengan keluarga rakan sekerja malah semua orang didunia ini menyukai Anwar?
Ada tak aku kata tak boleh senyum? ada tak aku kata SKANDAL Anwar kalau Senyum???  

Perenggan Keempat
Ramai juga mengatakan Anak Shamsidar bernama Afifah memiliki raut wajah seperti Nurul Izzah anak Anwar. Sememangnya kejadian Allah S.W.T memang sempurna dan mempunyai keindahan yang tersendiri..Persoalannya mampukan AFIFAH menjadi srikandi PKR untuk jangka masa panjang??sama-sama kita nantikan...mampukah kemesraan Anwar Ibrahim dengan Afifah memberi Afiffah suatu semangat untuk berjuang dalam kancah Politik PKR?
Ada tak aku kata tak boleh senyum? ada tak aku kata SKANDAL Anwar kalau Senyum???  

Perenggan Kelima
Anwar berjaya melahirkan bakat politik kepada Anaknya yang bernama Nurul Izzah..malah Anwar juga mempunyai anak bernama Ihsan..adakah Ihsan akan mengikut jejak kaki papa, emak dan izzah dalam politik??sama-sama kita nantikan..namun, tertanya-tanya dimanakah Ihsan sekarang???adakah hubungan Anwar dengan Ihsan semesra Anwar dengan Afifah?Kenapa?
Ada tak aku kata tak boleh senyum? ada tak aku kata SKANDAL Anwar kalau Senyum???  

HE : Baca dulu..bukan tahu kutuk dan fitnah orang lain sesuka hati..tapi tak apa...bukan penyokong pembangkang lah kalau tak Totok dan EMOSI kan....kikiki..satu senyuman untuk AmenoWorld dan puaknya... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA