networkedblogs

Bersahabat..

UMNO - BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Tuesday, June 5, 2012

Al-Fatihah : Berita Kematian @YasminHunwick jadi Trending di Twitter...

Gambar terakhir yang dimuatnaik oleh arwah....
Difahamkan gadis ini mempunyai hobi bermain twitter seperti gadis-gadis lain. Apa yang membuatkan ramai yang ingin tahu ialah arwah telah memuatkan satu gambar buku yang bertajuk 7 Malam Pertama Di Alam Kubur pada hari dia meninggal dunia..berita kematiannya ibarat satu aura yang membuatkan orang ingin tahu sehinggakan menjadi trending di Twitter sehingga sekarang.


Berikut ialah sedikit maklumat tentang arwahyarhamah...

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi
Seorang yang : periang, tidak suka perkara remeh-temeh, suka berkawan, agak kasar, open minded, pendiam pada mula berkawan tapi akan mula menggila kemudian, pemain piano, catur, arimathical, cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2 kg
Ciri-Ciri Fizikal : Sangat kurus, berdarah kacukan Melayu-Inggeris, berjerawat pasir -..-

Laporan berita kematian arwah 

LANGKAWI – Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi. 

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi, Inspektor Fairus Mohd Ghazi, berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini. 

“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini. 
Katanya, ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA sumber

Al-Fatihah untuk Yasmin Johan Eusoffe

HE : semoga arwah diletakkan dalam kalangan orang2 beriman...al-fatihah.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA