networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, June 20, 2012

Ameno World TERSYAYOL Fakta Tumbuk Jadi AUTA... Kenapa?

Ibarat kata pepatah..mengata dulang paku serpih..mengata orang dia yang lebih...

Pigirah..cakap aku sebar fitnah..pandai cakap aku bermain dengan konspirasi politik...kata aku buat propaganda politik..buat-buatlah letak tanda (?) kononnya persoalan..kikikiki...

Tuduhan Ameno World....[SINI]
Adakah senyuman itu merupakan satu lagi konspirasi politik? Satu lagi propaganda politik? Ataupun sekadar saja2 nak senyum sebab mulut nak senyum? Mari kita fikirkan masalah yang cukup2 sulit diselesaikan. Aku dapat info yang CIA dan FBI pun pecah otak nak cari solusi kepada masalah neh. 
Korang jaga2 tau. Jangan suka2 senyum kat anwar. Nanti kena cop ada skandal aku tak jamin.

Aku ingat orang yang kononnya suci mengatakan orang lain buat konspirasi dan propaganda rupenyer DIA yang amalkan. Bagilah alasan engko tu dapat email dan tak ada hak untuk sunting..kalau sunting makanya sudah tidak DARA..Tuduhan jahat Ameno world terhadap aku telah aku jawab di SINI. Terpulanglah kepada puak Keras Kepala nak terima atau tidak..yang penting aku dah jawab...

Dia telah berjaya membuatkan penyokong totok pembangkang percaya kenyataannya..tahniah aku ucapkan atas kejayaan SPIN ayat aku di SINI  kononnya nak fikir, kaji dan siasat bersama seperti ayat di bawah..

Ya, kenapa ek? Mari kita sama2 fikirkan kenapa. Itu masalah yang berat dan perlu kita fikirkan bersama2. Kita perlu mencari tahu, mengkaji dan menyiasat dalam2 apa sebab anak si shamsidar dan azmin tue senyum2 kat anwar ibrahim.
Akhirnya dia kantol bila keluarkan artikel bertajuk 'Papa Gomo Tumbuk Blogger UMB'..sebenarnya dia keluarkan artikel tersebut tanpa Fikir, Kaji dan Siasat terlebih dahulu...aku ada dengar juga insiden Tumbuk tu tapi aku tak pasti betul ke tak dan sebab apa aku tak pasti kerana aku tiada di lokasi kejadian...

jom kita lihat ameno world kantoi yang dia post artikel tanpa FIKIR, KAJI dan SELIDIK tentang kebenaran...

*agak2 kalau korang sent email kata ameno world ni suka buat fitnah dia nak publish tak??sama-sama kita FIKIR, KAJI dan SELIDIK...kikikiki

Papa Gomo Tumbuk Blogger UMB.



Dalam blognya [SINI], amenoworld memetik emel yang diterimanya, berbunyi:
Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.

Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA. 
Fakta yang perlu saya perbetulkan di sini:

Pertama: APA bukan blogger di bawah naungan UMB. APA pernah bernaung di bawah kumpulan Papagomo dalam sebuah operasi khas dan kemudiannya meninggalkan kumpulan itu untuk bernaung di bawah UMB di atas sebab yang dia lebih ketahui. Bagaimanapun oleh kerana sukar untuk mematuhi sepenuhnya kod etika UMB, sebagai sebuah jentera parti, akhirnya APA menarik diri dari UMB untuk menjadi blogger yang bebas dari mana-mana kumpulan.

Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.

Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini? 
Kedua: Fakta bahawa UMB adalah di bawah naungan Dato Seri Hishammuddin dan Papagomo adalah di bawah naungan Dato Seri Shabery Cheek adalah SALAH sama sekali. UMB TIDAK ADA KAITAN sama sekali dengan Dato Seri Hishammuddin. UMB adalah jentera parti di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. UMB tidak menerima peruntukan daripada mana-mana menteri dan berusaha keras mencari sumbangan dari pelbagai pihak (selalunya tidak mencukupi) untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk membantu Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Ketiga : Tidak ada maklumat yang membuktikan Papagomo bernaung di bawah Dato Seri Shabery Cheek; dan saya tidak peduli. UMB mempunyai hubungan yang baik dengan Dato Seri Shabery dan turut membantu mempromosikan Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Walaupun begitu, saya difahamkan semua blogger dan cybertroopers UMB yang hadir semasa program di Bukit Kiara memang berasa terkilan dengan Dato Seri Shabery kerana tidak memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka di dalam ucapan beliau. Saya tidak hadir program tersebut kerana ada mesyuarat lain di Putrajaya, tetapi itulah keluhan blogger-blogger UMB yang kecewa dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan.

Keempat : Pertembungan Papagomo dan APA, adalah pertembungan peribadi - jadi tidak perlu libatkan UMB, Dato Seri Shabery dan Dato Seri Hishammuddin. Semua ini tiada kena mengena. Pada saya, agak kebudak-budakan untuk terlibat dengan pertelingkahan peribadi dua orang blogger.
Nak tahu banyak lagi ameno world kantoi di SINI 
HE : rupa-rupanya dia hanya tahu fikir, kaji dan selidik artikel orang..tapi artikel dia sendiri tak nak pulak fikir, kaji dan selidik..puak-puak yang keras kepala sila backup Blogger pojaan anda..kikiki

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA