networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, June 14, 2012

Cerita Malam Jumaat : Gadis Nyenyak Dibuai Mimpi 2 Bulan....


Bila sebut malam jumaat sahaja, pasti malam sebegini dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri sama ada baru berkahwin atau sudah lama..malah tidak lupa juga kepada lelaki dan perempuan yang menghitung hari untuk disatukan melalui ikatan perkahwinan..

bak kata, semua golongan sememangnya ternanti-nanti malam jumaat kerana dikatakan malam yang begitu indah dalam semingggu..Malam sebegini meupakan malam dimana kita sebagai umat Islam disunatkan melakukan amal ibadat..

Ramai juga yang sanggup berjaga dari tidur semata-mata mahu menunaikan amalan sunat bagi mendekatkan diri kepada-NYA...lain pula terjadi di London yang mana seorang gadis dikesan telah lena selama 2 bulan bermula April lalu dan terjada kira-kira 3 minggu yang lalu...

Jom ikuti kisah gadis ini...

STACEY bersama ibunya terpaksa berdepan banyak masalah, termasuk tanggapan serong orang ramai. 

LONDON: Gara-gara menghidap penyakit gangguan saraf, seorang pelajar tercicir daripada peperiksaan selepas tertidur pada April lalu dan hanya terjaga minggu lalu.

Disebabkan masalah itu, Stacey Comerford, 15, terlepas sembilan peperiksaan walaupun dia dijangka memperoleh markah A dalam setiap subjek diambilnya.

Insiden itu juga mencatat rekod tidur paling lama untuk Stacey.

Berasal dari Telford, Shropshire, Stacey menjadi seorang daripada kira-kira 1,000 penghidap Sindrom Kleine Levin atau turut dikenali sebagai Sindrom Sleeping Beauty.

Media semalam melaporkan, Stacey berharap dia dapat mengulang pembelajarannya secara sambilan dan kesal dengan kejadian menimpanya.

Bagaimanapun, kata Stacey, dia bersyukur di sebalik insiden itu kerana semakin ramai memahami masalah dihadapinya.

“Sebelum ini, orang tidak percaya pada apa yang saya alami dan ramai menyangka saya berdalih jika di sekolah, saya tiba-tiba minta izin untuk pulang kerana kepenatan,” katanya.

Sebelum ini, Stacey pernah tidur selama 20 jam sehari dan hanya bangun untuk menghirup sedikit minuman atau pergi ke tandas.

Ibunya, Bernie Richards, terpaksa menyuap sedikit makanan di antara waktu tidur itu bagi memastikan dia sihat sebelum kembali tidur.

Tidur melampau Stacey juga menyebabkan dia hilang berat badan hampir 13 kilogram.

Menurut Bernie, 53, apabila Stacey tertidur, tiada sebarang amaran atau tanda, sebaliknya berlaku secara tiba-tiba.

“Saya pernah terjumpa Stacey tertidur di lantai dapur,” katanya.

Apabila terjaga, kata Bernie, Stacey menyangka dia hanya tidur semalaman dan tiada sebarang ingatan mengenainya.

Menurut Bernie, Stacey mula mengalami simptom itu kira-kira setahun lalu tetapi hanya disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Mac.

Pada peringkat awal, katanya, doktor menyangka perubahan emosi Stacey cuma disebabkan faktor usia seperti remaja lain.

“Doktor juga pernah mengesyaki Stacey mengalami ketumbuhan otak, tetapi nasib baik ujian dijalankan menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Pengesahan mengenai Sindrom Kleine Levin diperoleh ketika Stacey dirawat pakar saraf di Hospital Kanak-kanak Birmingham. - TS

SUMBER

HE : sedihkan ikuti kisah gadis ini..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA