networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, June 26, 2012

Dun Tenang bukan tempat Cikgu Mala Lagi...


Apalah nasib bekas Cikgu sorang ni. Letak Jawatan sebagai cikgu semata-mata mahu mendapatkan syorga milik PAS. tetapi sayang...impiannya tidak kesampaian apabila hanya memperolehi 2992 undi berbanding Calon BN yang dapat 6699 Undi.

Kelmarin dunia PAS Johor bergegar apabila Cikgu Mala dikatakan ingin masuk UMNO telah menafikan tuduhan terhadapnya. Pokok pangkalnya, jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Apalah nasib Cikgu sorang ni.

Kalau dahulu Cikgu Mala sanggup berendam di dalam banjir semata-mata mahu menunjukkan dirinya sanggup melakukan apa sahaja untuk prngundi TENANG. Tetapi tidak untuk PRU 13 ini kerana Cikgu Mala tahu ianya perbuatan yang sia-sia jika dia lakukan perkara yang sama iaitu meredah banjir.

kikikiki

jangan terpedaya..lakonan tu hanya modal Pilihan Raya jer...

Selepas hilang Jawatan sebagai guru, dia Kalah dalam pertarungan di Tenang. 

Terkini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat itu akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Malah, katanya, Normala yang lebih dikenali Cikgu Mala merupakan calon utama parti itu pada PRU13. 
Bagaimanapun jelas beliau, Normala mungkin tidak akan bertanding semula di DUN Tenang.

"Sebenarnya soal calon ini bergantung kepada pencalonan yang dibuat kawasan, kawasan pula akan hantar kepada negeri...jadi setakat ini nama beliau (Normala) ada tapi tidak semestinya akan bertanding di tempat sama. 
"Perkiraan kita adalah di mana yang sesuai di situ beliau akan bertanding. Persoalan sama ada beliau bertanding, jawapan ya (akan bertanding) tapi mungkin kawasan lain," katanya.
Berdasarkan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ni, Cikgu Mala ibarat Ikon bagi PAS. Ikon utama pun boleh kalah apatah lagi yang pencacai kecil. Aku pun hairan kalau dah tau Cikgu Mala tak menang kenapa Kawasan hantar Namanya..kikiki

PAS pun tahu bahawa mereka tidak akan dapat tawan DUN Tenang. Kalau mereka yakin kenapa tidak letak calon yang kuat dan menjadi IKON PAS bertanding di situ?

Jawapannya pasti semua dah tahu. Kawasan yang kalah seperti DUN Tenang hanya calon yang tidak berkualiti sahaja yang akan diletak. Maka kalau pengundi TENANG tersilap pilih calon tidak berkualiti  maka implikasi berat akan menanti.

HE : Anak Muda sekarang berebut-rebut nak jadi cikgu..Cikgu Mala pula letak jawatan demi PAS. Mana-mana graduan yang tidak mahu menjadi guru boleh cepat-cepat mohon keahlian PAS. Akan datang boleh jadi IKON...haha

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA