networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Tuesday, June 26, 2012

Gabungan ISMP Malaysia Membawa Suara ASPIRASI Mahasiswa Menuntut Penempatan Guru..cc @MuhyiddinYassin , @DrPuadZarkashi & @weekasiongmp

Pengerusi GGIM, Mohamad Rafie Sanan (Berbaju Putih) sedang membentangkan
usul GGIM di hadapan YB Dato Saifuddin Abdullah 
Kuala Lumpur, 23 Jun - ASPIRASI Mahasiswa yang membawa nama Gabungan Graduan ISMP Malaysia  (GGIM) telah bertemu YB Dato Saifuddin Abdullah bagi membincangkan masalah Penempatan Guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pedidikan (ISMP). Perjumpaan di NZ Garden KLCC berlangsung selamat 2 jam dalam keadaan santai. 

Mohamad Rafie ketika dihubungi berkata, 'Saya mewakili graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris membawa suara ASPIRASI Mahasiswa akan sedaya upaya menggunakan cara yang rasional untuk memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dato' Saifuddin Abdullah selaku Timb. KPT supaya meneliti semula penempatan untuk bakal guru. Kami di GGIM melaksanakan pertemuan ini ingin meminta pandangan berkaitan penempatan ISMP ambilan Julai 2008/2009.'

Katanya lagi, awal bulan ini, pihak KPM telah menerima 2 ambilan penempatan graduan ISMP. Ada graduan yang terpaksa menunggu sehingga 1 tahun setengah untuk diberi penempatan. Kita tidak menyalahkan pihak KPM tetapi kita cuba mencari solusi yang efektif menyelesaikan kemelut yang melanda graduan ISMP ini. 

Katanya lagi, Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (GGIM) di bawah jawatankuasa Penempatan guru mahu KPM memberi peluang yang adil kepada 3000 graduan pendidikan yang masih belum dipanggil temuduga dan belum mendapat penempatan guru. Ia terdiri daripada graduan UPSI yang berjumlah hampir 2300 dan IPTA lain seperti Uitm,UKM,UPM,UMS,UUM,UTHM,UTM dan UIA mahu KPM segera menangani masalah penempatan guru yang semakin meruncing. 

Turut hadir, Samuel Sila Mathew Unjah dari Kelab Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (KMMPPUPSI). Samuel ketika dihubungi berkata  'Biarpun mendapat PNGK 4.00 dan lulus dengan cemerlang, namun belum tentu menjamin graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) keluaran IPTA mendapatkan pekerjaan sebagai guru tetap di bawah naungan KPM tanpa proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 

Katanya lagi, Hal ini bertepatan dengan apa yang telah dilaporkan oleh Berita Harian, bertarikh 29 Mac 2012 yang dipetik daripada kata-kata Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II, Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan bahawa pelantikan guru dari kalangan ISMP oleh KPM akan dibuat berasaskan kekosongan (di sekolah di seluruh negara), mengikut opsyen dan cukup syarat kelayakan. Secara kasar, memanglah petikan kata-kata beliau ini dianggap relevan kerana bertepatan dengan keperluan dan bajet kerajaan, namun sekiranya diteliti secara mendalam, jika pengambilan guru tetap dari kalangan ISMP ini tidak berlaku pada semua graduan, akan menyebabkan ramai graduan ISMP menganggur untuk satu jangka masa yang lama ataupun mungkin untuk selama-lamanya'.

Sejak beberapa bulan yang lalu, pihak KPM memperkenalkan Sistem Guru Interim namun sistem ini perlu diperbaiki kerana ramai guru mengadu mempunyai masalah bayaran gaji. Memetik kenyataan salah seorang pengunjung laman sosial Guru InterimDatuk Wee Ka Siong menjelasakan bahawa pihaknya sedang menyelesaikan masalah ini.-HE

https://www.facebook.com/groups/339108456135400/

Petikan Daripada Referendum GGIM : 
Lantaran itu, pihak GGIM yang mewakili suara ISMP seluruh Malaysia memohon kepada pihak KPM agar : 
1. Meneliti semula kuota pengambilan graduan ISMP untuk dilantik ke jawatan guru tetap selaras mengikut unjuran asal sepertimana yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM diawal-awal pengambilan pelajar ISMP ini dahulu. 
2. KPM menyediakan jalan penyelesaian yang lebih komprehensif dan tidak membiarkan graduan-graduan ISMP terus terumbang-ambing dalam menentukan hala tuju hidup. 
3. Memohon campur tangan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mencari jalan penyelesaian masalah graduan ISMP ini yang telah pun berlanjutan hampir 1 tahun selaras dengan hasrat beliau yang mahukan setiap masalah rakyat terbela sebaik-baiknya berdasarkan prinsip Gagasan 1 Malaysia, “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.” 
4. KPM mengambil tindakan segera mengumumkan tarikh temuduga dan penempatan dalam tahun 2012 bagi graduan ISMP kerana 3000 di antara graduan ini telah menamatkan pengajian dari bulan Oktober 2011 hingga ke Mei 2012. Angka ini juga termasuk 62 orang graduan yang telah gagal temuduga dan juga 200 graduan dari UITM yang tidak dipanggil temuduga pada Mac 2011.
HE : Nasib baik PRO ASPIRASI MAHASISWA yang hadir..kalau PRO Mahasewel yang datang comfem ada keranda, batu nisan dan pocong...inilah beza PRO ASPIRASI Mahasiswa dengan PRO Mahasewel..Pro ASPIRASI Mahasiswa lebih rasional....

1 comment:

REZAB Tanah Melayu said...

Bahasa kena jaga, bukan menuntut tapi memohon ehsan KPM untuk diterima sebagai guru. yang dia orang kecoh kecoh macam nak ugut kerajaan BN apahal, kita nak tumpang rumah orang tapi boleh marah tuan rumah lambat bukak pintu. Boleh ??? kalau tuan rumah bukak pintu pun belum tentu nak pelawa masuk, jangann jadi muka tak malu.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA