networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, June 21, 2012

GAMBAR : Rafizi Letak Jawatan..Apa Masalahnya?


Hari ini, Rafizi telah mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Aku tak kisah pun kalau Fafizi nak letak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif. Lagipun dia masih pegang jawatan Pengarah Strategik PKR dan akan memegang jawatan tersebut sampai PR menang.

Di sini aku sokong kenyataan Rafizi kerana dia sendiri berundur kerana tak tahan dengan bebanan kerja yang terlalu banyak. Baguslah mengaku daripada makan gaji buta tapi tak buat kerja. Dia juga ada kata dalam laman twitternya akan memegang jawatan Pengarah Strategik PKR sehingga PR menang. Kalau Pakatan Rakyat kalah PRU 13 ni maka Rafizi akan memegang jawatan tersebut sehingga PRU 14 dan sampai bila-bila sehingga PR menang...

Kalau dah menang agak-agak dia letak jawatan tak sebagai Pengarah Strategik? kalau dia letak jawatan sebagai Pengarah Strategi jiakalau PR menang maka jawatan apa yang lebih layak untuknya? Mesti lagi tinggikan..mana ada orang nak turun pangkat..semua hendak naik pangkat.

Tapi di sini aku ada sikit kemusykilan, dia kata dalam Twitternya bahawa dia sudah beri notis letak jawatan di Pej Penasihat Ekonomi Selangor. Dia kata sudah beri tapi kenapa dia guna 'dari'..kenapa tidak kepada?biarlah itu masalah kecik..aku pun kadang salah guna ayat..adatlah manusia ada buat silap. Berbalik kepada notis letak jawatan...kenapa pula The Sun Daily melaporkan:
However, Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's political secretary Faekah Hussin told theSun through a text message that "MBI (Menteri Besar Inc) has yet to receive any letter from Rafizi."
Rafizi kata sudah beri surat letak jawatan tapi Fekah simuka berminyak melaporkan kepada media The Sun yang Menteri Besar Inc tak terima pun surat tu...jadi kemana surat peletakan jawatan. Fekah tak baca lagi atau dia telah tipu?itu dia dengan tuhan sahaja yang tahu..

Dengan peletakan jawatan Rafizi sebagai Ketua Pengarah Eksekutif maka dia akan lebih banyak rehat pada bulan ramadhan ni. Tapi kenapa dia tak letak jawatan masa ramadhan lepas. Kata nak rehat bulan ramadhan..biarlah apa pun alasan..yang penting bagi aku..sesuatu yang berlaku dalam politik mesti ada sebab yang TERSURAT dan TERSIRAT lebih2 lagi dalam Pakatan Rakyat.






HE : kalau nak rehat letak jawatan..kikiki....Khalid MB ok jer..jadi MB dan Exco Agama Islam buat sementara waktu pulak tu..kikiki..

tq liliq sent gambar ni...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA