networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, June 27, 2012

Graduan Diploma Kelas Pertama @HanisZalikha Berterima Kasih Kepada PTPTN.

Hanis Zalikha seorang mahasiswa UiTM yang dikurniakan Diploma Pengurusan Perniagaan Kelas Pertama telah melontarkan pendapat tentang PTPTN di laman blognya.

Budak genius seperti ini memang mempunyai sifat bersyukur kepada sesiapa sahaja yang berjasa kepadanya. Sebab itulah setiap ilmu yang dipelajari berkat. Hanis Zhalikha telah berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan PNGK 3.9. 

Mahasiswa yang rendah akal sahaja akan mogok berkhemah nak lari daripada bayar Hutang PTPTN. Aku rasa kalu kita buat research kepada semua mahasewel yang melepak dan bekhemah di dataran merdeka tempoh hari pasti tiada yang mendapat PNGK 3.9 seperti Hanis Zhalikha. Sebabnya mudah sahaja, ketika budak-budak mahasewel melepak, orang pandai seperti Hanis Zhalikha mengulang kaji pelajaran.

Jom kita baca luahan hati Hanis Zhalikha yang melakarkan ucapan terima kasih kepada PTPTN yang memberi pinjaman.

Hanis Zalikha
Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada “impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading” “cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading” suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It’s no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi? 
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!”Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN! - Hanis Zalikha

HE : untung budak2 sekarang..belajar pandai sikit PTPTN terus jadi biasiswa..kalaulah aku ada peluang belajar comfem aku akan belajar sungguh2...korang yang belajar ni sepatutnya kena berterima kasih kepada PTPTN..

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah Hanis Zalikha....

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

lyana sazalli said...

Thanks for sharing

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA