networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, June 18, 2012

Keadaan Osman Kering Masih Kritikal...

Sebelum ini, kita telah dimaklumkan bahawa Osman kering telah meninggal dunia tetapi maklumat yang disebarkan tentang kematian Abang Osman telah ditarik semula [SINI]. Keadaan terkini Abang Osman  pada waktu ini masih dalam keadaan kritikal. Ikuti Kupasan lanjut dibawah.


KEADAAN kesihatan pelakon dan pelawak veteran, Osman Kassim, 57 atau Osman Kering (kiri) yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, masih kritikal.

Osman yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, difahamkan bakal menjalani pemeriksaan imbasan otak hari ini.

Anak Osman, Nur Ain Osman, 25, memberitahu HIP melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam, ayahnya masih kritikal.

“Sebelum ini, doktor beritahu kuman sudah merebak ke paru-paru, otak, buah pinggang dan jantung. Apa yang kami mampu lakukan hanyalah berdoa supaya pulih,” katanya. Baca Cerita Selanjutnya di SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA