networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, June 29, 2012

Kemelut Selangor : Kalau Tak Ada Apa-Apa Kenapa Perlu letak Jawatan...

Macam-macam hal berlaku di Selangor. Aku ingat selepas Kepimpinan Pakatan Rakyat ambil alih Selangor maka Selangor makin bagus tapi realitinya Hancus.

Belum pun reda dengan isu Rafizi letak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ni keluar pula isu si Fekah muka berminyak. 



Walaupun didesak, aku yakin Faekah akan kekal manjawat SETPOL Khalid. Apa ada hal..salah guna kepala surat..kita NASIHAT...rompak duit rakyat pun kita Nasihat...jika kantoi seleweng kita juga NASIHAT...

Bagus betul si Khalid Ibrahim si Khalid Nasihat...kikiki 




SHAH ALAM 28 Jun - Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin tegang apabila desakan daripada pemimpin dalaman parti itu agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletakkan jawatan tidak direstui Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini apabila Wan Azizah dilihat memberikan sokongan yang kuat kepada Faekah agar terus menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik iaitu sikap sama ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertahankan pegawai kanan pentadbirannya itu.

Malah, Faekah menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan esok tidak melemahkan semangatnya dan rakan-rakannya di Pejabat Menteri Besar.

Beliau memberitahu, Abdul Khalid masih lagi memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas seperti biasa dan soal peletakan jawatan langsung tidak disebut ketika berjumpa Menteri Besar itu semalam, malah beliau diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab.-Utusan

Penulis rasa, semua ini sudah jelas untuk Faekah meletakkan jawatan dengan segera tanpa perlu merayukan nasibnya kepada Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Ismail seperti yang sering dilakukannya sebelum ini. Biarlah penulis berterus terang, selama ini perkara itulah yang meletakkan Khalid sering kali berada dalam keadaan serba salah.
Secara peribadi, penulis menyokonglah keputusan yang dibuat Exco semalam, cuma yang berlegar di kepala penulis sekarang ialah bagaimana untuk menjawab semula pelbagai kenyataan yang dikeluarkan banyak pihak sepanjang krisis ini berlangsung. 
Apatah lagi bila Khalid sendiri pun dilihat melindungi Setiausaha Politiknya itu. 
Dalam mengulas perkara tersebut sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata kepada portal Free Malaysia Today, “Faekah hanya menandatangani surat sokongan itu tanpa dia sendiri mempunyai kuasa untuk memberikan projek kepada syarikat yang disokong”. 
Sekarang bila keputusan Exco yang Khalid sendiri pengerusikan menyatakan sebaliknya, semua sudah jadi tunggang terbalik. Macam mana nak memperbaiki keadaan yang sudah tunggang terbalik macam ini?-SuaraPakatanRakyat
HE : Khalid Nasihat akan selesaikan masalah ini..Rafizi letak jawatan tak apa...Fekah muka berminyak jangan....aku Nasihat...tapi heran juga ek kenapa Khalid tak NASIHAT Rafizi...atau Rafizi yang tak dengar NASIHAT? kikiki 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA