networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, June 21, 2012

Kenapa 99% Tak Tahu Tujuan Sebenar Mereka Sertai Demonstrasi Bersih?


Kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta penyokong perhimpunan Bersih 3.0, kata Datuk M. Kayveas, sambil menambah, 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.

Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP) berkata, mereka telah menutup mata mereka terhadap kebaikan BN, dan berniat menyalahkan kerajaan atas kegagalan mereka dalam hidup.

Beliau menjelaskan, dirinya berasal dari keluarga miskin dan hidup di kawasan setinggan selama 25 tahun, namun masih menyokong BN atas jasa yang mereka lakukan di negara ini.
“Kerana apa yang BN telah buat sejak 50 tahun lalu saya mampu menjadi diri saya sekarang. Tapi ada yang membesar dengan saya masih di sana ... mereka tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan.

“Mereka ini menyokong pembangkang, mereka merungut dan memberi alasan dari setiap kegagalan mereka untuk mengubah diri mereka. Mereka salahkan orang lain, atau cari orang lain untuk disalahkan,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

“Saya selalu berkata — dilahirkan miskin bukan satu dosa, untuk kekal miskin itu berdosa.”

“Penyokong buta” ini, tambah Kayveas (gambar), adalah mereka yang berada di jalanan untuk melanggar undang-undang kerana mereka tahu pemimpin mereka akan mempertahankan mereka di Parlimen.



Baca Selanjutnya [SINI]

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA