networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Saturday, June 30, 2012

Khabar Berita Dari Sabah. Hentikan Budaya FITNAH!!!


Ada khabar berita dari Sabah yang aku hendak kongsikan kepada semua pembaca. Mungkin tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia tentang program Aman Kampus. Tetapi mungkin juga ada yang tidak mengetahui apa itu Aman Kampus.

Sebenarnya Aman Kampus ini bermatlamat hanya mahu menyampaikan mesej Aman di kampus pengajian tinggi. Bukan setakat di Kampus sahaja malah kumpulan pelajar ini turut mendekati masyarakat setempat untuk menyelusuri akar merapatkan hubungan sesama masyarakat.

Tidak mengira bangsa dan agama, Aman Kampus mendekati masyarakat 1 Malaysia dengan matlamat mahu menyampaikan mesej yang jelas bahawasanya masih ramai mahasiswa mahukan kemanan. Dengan kata yang lebih mudah, geng aman kampus ni kontra kepada geng-geng Pro-Mahasewel yang berteriak baring di atas jalan. Geng Aman Kampus ni membawa ASPIRASI Mahasiswa yang sebenar mengikut acuan yang suci lagi murni.

Kini, Aman Kamus sudah sampai ke kemuncaknya apabila mereka menjelajah negeri Sabah bermula 28 Jun hingga 10 Julai 2012. Akhir sekali mereka semua akan berhimpun dalam suatu majlis bersama Perdana Menteri yang disayangi rakyat 1 Malaysia. 

peepsss...yang tak sayang PM kita ni hanya puak pembangkang dan mahasewel sahaja...bagi mereka ada jer yang tak kena.

Kalau nak cerita pengalaman aku, kiranya aku lihat Aman Kampus sekarang ni ada peningkatan dari segi pelaksanaan. Aku telah membuat liputan secara langsung Program Aman Kampus Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa 1 mendekati masyarakat Semenangjung Malaysia dan Fasa 2 mendekati Mahasiswa IPT Semenanjung Malaysia. 

Cuma aku tidak ikut Aman Kampus Kenyalang di Sarawak dan Di Bawah Bayu yang sedang berlangsung di Sabah. Di sini aku nak ucapkan terima Kasih kerana geng Aman Kampus ada menjemput aku untuk turut serta di Sarawak dan Sabah. Bukan aku tidak mahu, biasalah dah namanya manusia.. Kita terikat dengan hal duniawi dan masa. Ada sahaja kekangan yang buat aku tak boleh turut serta. 

Komen baik semua aku dah cerita. Aman Kampus ni juga ada beberapa kekhilafan yang harus anda baiki. Yelah..kata nak sampaikan mesej keamanan dan membawa suara ASPIRASI Mahasiswa yang sebenarkan. Kenalah tegur sikit..

Pertama dari segi pengurusan Portal Aman Kampus [SINI]. Dulu bagi aku memang membazir buat portal ni kerana ianya hanya digunakan untuk meletak gambar. Buat apa bayar domain semata-mata mahu letak gambarkan. bak kata orang, belajar dari kesilapan..aku lihat sudah ada penambahbaikkan..bagus..

Kedua, kalau kita lihat gambar di bawah ni terpampang bendera Aman Kampus di sana dan di sini. Memang bagus untuk nampakkan publisiti. Tapi kalau dah terlampau banyak pun tak kena jugakan..nampak macam kartun. Salah satu modul Aman Kampus ada terkandung Siswa Prihatin yang mana Aman Kampus akan beri sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Memang aku tak nafikan inisiatif ini amat bagus. Kalau nak bandingkan dengan mahasewel korang lebih bagus. mereka menyusahkan masyarakat tetapi korang membantu masyarakat. Tapi....kalau boleh tak perlulah nak pampang bendera Aman Kampus buat back drop. Serius nampak kartun. Korang dah datang rumah orang nak bagi sumbangan tapi korang pampangkan pula bendera..Bagi aku tak sesuai..baju yang korang pakai tu dan sampul sumbangan sudah ada logo aman kampus tu sudah cukup. Aku cakap berdasarkan pemerhatian aku jer...



Ketiga, sepanjang program Aman Kampus ni berlangsung aku lihat tugas Unit Media Baru sudah ok..mereka mewujudkan Facebook Aman Kampus, Twitter @AmanKampus dan Hashtag #AmanKampusDiBawahBayu. Bukan itu sahaja, blog Aman Kampus juga mereka telah hasil. Tugas publisiti sudah ok. Nak lagi mantap korang kena lah upah Fotografer dan Videografer. Suruh mereka buat satu video macam kat bawah ni ataupun ala-ala dokumentari..baru mantap!!!


Video bawah macam ni pun dah ok..tapi kalau nak lagi mantap buat macam video di atas..eh..eh..kecoh pulak aku ni..tapi ni cadangan jer...nak terima ok..tak nak terima abaikan.


Video seperti bawah ini memang harus diperbanyakkan..barulah rakyat tahu pergerakan terkini Aman Kampus. 


Tapi Aman Kampus kena juga buat 1 video ala-ala dokumentari.Baru mantap..

tabung ke kotak tisu tu??kikiki
Kumpullah sorang seringgit daripada peserta untuk bayar Fotografer dan Videografer. Jangan risau..tak salah pun nak minta derma. Kita tahu hasilnya akan kemana..jangan jadi macam mahasewel..mereka kutip tapi tak tahu kemana hasilnya..makan sendiri kot? anggap jelah depa tak salah gunakan duit tu..kikiki

FITNAH!!!
http://pemikirpolitik.blogspot.com/2012/06/aman-kampus-spy-smm-kantoi-bodoh.html

Keempat, tak perlulah blogger korang nak fitnah orang sesuka hati (gambar di atas). cukup aku katakan tuduhan yang korang dah buat tu hanya fitnah. Kalau nak desak aku cerita pun boleh...budak tu lagi sedih bila di fitnah..budak tu dah join sudah kira bagus..korang bukan nak ucap terima kasih kepada dia tapi korang fitnah budak tu..apa nak jadi korang ni???tolonglah jangan ikut sangat budaya mahasewel yang suka fitnah..aku harap blogger Pemikir Politik keluarkan kenyataan maaf dan jelaskan kenapa korang cakap dia SPY SMM??ko tahu tak SMM tu hina?sampai hati korang hina budak yang berbakti kepada korang...memang aku kecewa dan kesal tindakan blogger tu..tolonglah jangan jadi bodoh...

HE : moralnya, nak cari 1000 salah orang lain memang senangkan..nak cari 1 kebaikan memang susah..Aman Kampus ni bagi aku lebih bagus daripada mahasewel yang hanya tahu cari salah kerajaan..ader jer yang tak puas hati..kikiki

Nantikan gambar Aman Kampus semalam jam 3 petang ini...

Facebook Aman Kampus
Twitter @AmanKampus 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA