networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, June 13, 2012

Khalid Ismath Buat Pusingan 'U TURN'...Mahu Merayu Kepada #UiTM..


Selepas digantung 3 Sem Jumaat lalu, Khalid Ismath tampil dengan kenyataan mahu membuat rayuan kepada UiTM kerana mengantungnya.

Baguslah..nak juga buat rayuam walaupun minggu lepas kata tak mahu buat rayuan. Manusia macam Khalid Ismath memang macam tu, hari ni kata A..besok kata B..

Dia juga mengatakan menyambut baik perlawaan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi bantuan kepadanya sepanjang pergantungan 3 Semester. Apa yang specialnya Khalid ni? ini membuktikan bahawa Kerajaan Selangor menjaga kepentingan kroni dan individu turuntutu...ramai lagi rakyat Selangor harus dibantu..malah perjanjian 'syaitan' PRU 2008 pun masih banyak belum terlaksana..
• Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
• Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.
• Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
• Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
• Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin.
• Memberi cuti sebulan kepada isteri yang kematian suami.
• Menyediakan perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
• Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak sepenuh masa.
Aku dengar khabar angin Khalid memang kerja dengan Rafizi di HQ PKR..ada sesapa boleh comfemkan?hehe..untong manusia bernama Khalid..masa belajar sudah bekerja dengan PKR..bila kena gantung nak dpt bantuang lagi.


Khalid dikatakan akan menulis surat rayuan mengatakan dia tidak bersalah atas segala pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Betul meh??ponteng kelas. tak hadir turorial dan ujian tu kata ko tak salah meh?ugut nak bunuh polis tu tak salah meh?

Pelajar UiTM Khalid mahu buat rayuan 
SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath mengubah pendirian - memutuskan untuk membuat rayuan berhubung hukuman digantung pengajian selama tiga semester, minggu lalu. 
Khalid juga menyambut baik tawaran Kerajaan Negeri Selangor bagi memberi bantuan ekoran penggantungan pengajiannya selama tiga semester. 
Minggu lalu, beliau berkata tidak akan membuat rayuan. 
Menurut Khalid, 22, beliau mengambil keputusan tersebut bagi memudahkannya menggunakan khidmat guaman yang ditawarkan Kerajaan Negeri Selangor. 
"Hasil perbincangan dengan ahli Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), saya akan menulis surat rayuan kepada UiTM sebaik saja menerima surat rasmi berhubung tempoh penggantungan pengajian," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online. 
Beliau yang juga Presiden Kami berkata, surat rayuan akan ditulis bagi menyatakan yang dirinya tidak bersalah atas segala tuduhan Jumaat lalu. 
"Saya tidak akan minta maaf kepada pihak UiTM kerana bagi saya tindakan saya menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari tidak salah," katanya. 
Tambah beliau, tindakannya menyertai perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari semata-mata sebagai salah satu cara bagi menyuarakan kebebasan bersuara dan mahasiswa turut dibenarkan menyertai politik. 
Tambah beliau, khidmat guaman diperlukan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membantunya mencabar keputusan pusat pengajian tinggi itu ke mahkamah. 
Khalid, mengikut tuduhan pertama, didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini. 
Di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri. 
Di bawah tuduhan kedua dan ketiga, Khalid dikenakan hukuman masing-masing membawa hubung digantung pengajian satu dan tiga semester. Hukuman itu berjalan serentak. -SinarHarian

HE : walau apapun aku nk ucapkan tahniah kepada Khalid kerana ingin buat rayuan..jangan lupa minta maaf...Md Sabu jangan masuk campor...tutup mulut busuk ko...nak backup Nizar kata bukan suara PAS dan kata dia tak tahu apa2 pemilik konon...elok ko tidor jelah...kehkehkeh

1 comment:

Anonymous said...

manusia mcm ni patut buang je.. buat apa gantung2.. ponteng kelas semua tu tak salah katanya.. abah dia ajar agaknya.. bodoh piang..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA