networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Tuesday, June 12, 2012

Lim Guang Eng Tak Hinggin Jadi PM!!! Kalau Timbalan PM macam mana pula?Anwar, Janji dan Silap MATAnya...


Politik Pembangkang di Malaysia boleh diibaratkan sebagai sebuah Panggung Opera yang mana kita dapat menyaksikan Ahli Silap Mata membuat persembahan mereka. Jika kita melihat dari pandangan kasar ianya nampak menarik tetapi disebalik kisah Ajaib yang dipertontonkan maka ianya akan merungkai seribu satu teknik permainan yang nyata menipu kita.

Ahli Silap Mata seperti David Copperfield, Criss Angel, David Blaine, dan Sperry sememangnya suka orang macam korang ni yang mudah ditipu dengan aksi muslihat mereka. Ditambah pula dengan kebodohan penonton seperti korang ni yang beranggapan mereka ni dibantu oleh JIN kononnya.

Kalau dalam dunia Silap Mata, kemahiran asas yang perlu dipelajari ialah cara untuk menipu, penggunaan props, jurukamera yang telah berpakat untuk shoot angle yang nampak gempak dan yang paling penting sekali perlu ada penonton-penonton upahan yang sudah dibayar untuk jadi 'bodoh' membuat rakaman supaya Silap Mata ni nampak gempak. 

Berbalik kepada kenyataan Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP. Dia menegaskan dengan penuh perasaan bahawa dia tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan Perdana Menteri. Baguslah kalau dia sedar yang dirinya tak layak.

Seperti mana aksi Ahli Silap Mata, mereka perlu ada gaya yang menarik. LGE menegaskan bahawa ada ramai lagi yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Dia juga akan bertanya kepada bakal Perdana Menteri yang kononnya Anwar Ibrahim tentang jawatan yang akan diberikan kepada dia. Jawatan?terbukti LGE juga inginkan jawatan dalam kabinet kalau PR perintah.

Jawapan sudah ada dan dia buat-buat tak tahu kononnya menyerahkan kepada Bakal PM idaman Pakatan Rakyat. Masihkah kita ingat bahawa Anwar Ibrahim menjanjikan 3 jawatan Timbalan Perdana Menteri jikalau rancangan 'Retorik' 16 September Berjaya?

Perkara ini bukan aku suka-suka buat 'Magic'. Semua perkara ini didedahkan oleh Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (MP Bayan Baru) yang telah Insaf lalu keluar PKR. 
"...jawatan Timbalan Perdana Menteri itu akan disandang wakil Pas, DAP serta pemimpin dari Sabah atau Sarawak. 
“Anwar bercadang mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri jika rancangan 16 September menjadi realiti. Beliau sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan sama ada ia boleh dibuat atau tidak. 
“Sekarang, beliau janji hendak lantik seorang pemimpin Cina untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri II pula kerana sedar sokongan orang Melayu terhadapnya semakin terhakis. Beliau hanya mahu sokongan daripada orang Cina,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Anwar, dalam wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina, berjanji mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang dilantik dari kalangan pemimpin DAP jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ketua Pembangkang itu mendakwa dirinya dipilih sebagai calon Perdana Menteri.
Kalau setakat pendedahan oleh Datuk Seri Zahrain sahaja mungkin kita boleh katakan Datuk Seri Zahrain penipu.

Cuba kita fikir sejenak, N. Gobalakrishnan (MP Padang Serai) yang berjuang bersama Anwar Ibrahim dan PKR selama 12 tahun juga mengatakan yang Anwar akan menawarkan Jawatan TPM kepada Ahli Parlimen BN.
“Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada seorang Ahli Parlimen BN yang belum sampai umur 40 tahun. Inilah cara Anwar berpolitik, sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan beliau menjadi Perdana Menteri." - N. Gobalakrishnan
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (MP Bayan Baru) kata Anwar akan wujudkan 3 jawatan TPM. Kalau diikutkan matematik mudah baru 2. 1 untuk kaum Cina, 1 lagi untuk MP BN. Lagi satu? sama-sama kita tunggu untuk janji seterusnya, mungkin untuk kepimpinan daripada negeri Sabah, Sarawak, Azmin Ali, Shaifuddin dan mungkin juga Johari Abdul. Mungkinkah PAS akan dapat jawatan TPM? rasanya PAS pun tak kisah soal Jawatan TPM sebab ini semua duniawi yang boleh melalaikan.

Belum pun jadi PM, macam-macam janji sudah ditaburkan. Nak pikat hati anak muda berpendidikan Anwar janjikan Pendidikan Percuma, nak Pikat masyarakat bukan Melayu gadai Ketuanan Melayu dan tukar kepada Ketuanan Rakyat, Nak pikat rakyat biasa tawarkan 'turun harga minyak 50 sen'. Banyak sebenarnya janji-janji Anwar supaya impiannya untuk menjadi PM akan tercapai dan yang pasti, jawapan recycle sumber kewangan yang akan digunakan ialah Keuntungan Petronas.

Termasuklah janji untuk memberikan Timbalan Perdana Menteri kepada DAP. Sebab itulah, Lim Guang Eng tak kisah Jawatan Perdana Menteri.

Saksikan 2 Video Janji Anwar yang tak dilaksanakan



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA