networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, June 13, 2012

Pak Sheikh Anwar Tersasul Kata Tungku Abdul Rahman Pengasas UMNO...Harap Jangan Tersasul kata dia ada Akaun RM 3 Billion...


Orang yang pernah baham duit UMNO, orang yang pernah senang bersama UMNO lupa sejarah UMNO..nasib baik ada yang tegur...

Ini membuktikan Anugerah Tuhan juga mampu melakukan kesilapan..tapi ini kesilapan yang kita nampak...kesilapan yang kita tidak nampak macam mana? 

Kita mungkin boleh bertanya apakah rahsia kejayaan anwar sehingga mampu mempunyai 20 akaun bank bernilai lebih RM 3 Billion??Papa memang hebat...

AIDCNews – 13/06/12 – Ramai berpendapat tidak memadai Datuk Seri Anwar Ibrahim berselindung di sebalik kenyataan bersumpah (SD) seorang bekas pengarah siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang dibuat pada tahun 2009 kerana terlalu banyak misteri di sebaliknya. 
“Anwar yang memburu untuk menjadi Menteri Perdana seterusnya di negara ini, sepatutnya menangani isu ini dengan lebih baik, sesuai dengan pemimpin yang baik. 
“Ini adalah kerana tuduhan itu melibatkan integriti dan ketelusan yang dia telah perjuangkan dalam usaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang”, komen S Retnanathan dari FMT. 
Bukan Datuk Ibrahim Ali, Anuar Shaari dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu tentang ‘kewujudan’ SD bekas pegawai BPR yang menyokong Anwar itu, tetapi ‘bukti’ itu tidak mencukupi, sebab itu mereka mahukan bukti dan penjelasan yang lebih konkrit. 
Ini seumpama kes Azmin Ali berselindung di sebalik ‘SD’ Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya namun apabila didedahkan rupa-rupanya perlindungan di sebalik nama Ketua pengarah BPR itu tidak mencukupi, malah terbongkar lagi cerita lain yang lebih dashyat. 
Ketika Anwar diminta mengulas laporan muka depan akhbar New Straits Times(NST) yang mendedahkan pengakuan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank yang menjadi saksi menerima arahannya, Anwar berkata berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran laporan berkenaan. 
Ugutan mengambil tindakan undang-undang seumpama satu usaha jalan pintas untuk menutup kes itu tanpa perlu penjelasan lanjut. 
Laporan NST menyebut siasatan BPR pada tahun 1999, menemui bukti rasuah dan salahguna kuasa Anwar ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila mendapat pengakuan dari seorang saksi, seorang CEO sebuah bank yang mendakwa Anwar telah mengarahkannya menyalurkan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu-individu dan syarikat-syarikat tertentu. 
Menurut laporan itu, BPR tidak menawarkan CEO itu sebagai saksi kerana arahan untuk memindahkan dana itu sebahagian besarnya dibuat secara lisan dan tanpa dokumen. 
BPR juga turut mengesyorkan supaya Suruhanjaya Sekuriti meneruskan tindakan terhadap syarikat-syarikat yang didapati melanggar Akta Syarikat dan Akta Suruhanjaya Sekuriti, namun tidak dipastikan sama ada saranan BPR itu dilaksanakan atau tidak. 
Dalam pengakuan Berkanun Dato’ Abdul Murad Bin Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, beliau menyebut seorang tokoh penting yang bernama Tong Kooi Ong. 
Tong Kooi Ong
“Seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dengan ketara dalam meningkatkan bantuan kewangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tong Kooi Ong adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhadyang disenaraikan di Papan Utama BSKL. Phileo Allied Bank juga adalah di bawah kawalan Tong Kooi Ong. Tong Kooi Ong menjadi kenalan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pengenalan saya dan mereka kemudiannya menjadi sangat rapat” 
“Tong Kooi Ong kemudiannya mendedahkan kepada saya bahawa sebagai balasan bantuan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menubuhkan satu “Akaun Induk” (Master Accounts) – yang di bawah kawalannya. Di mana sumbangan kewangan dibuat untuk kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Akaun Induk itu hasil yang diperolehi daripada pegangan saham dan bangunan. Pada satu peringkat Tong Kooi Ong membuka rahsia kepada saya bahawa Akaun Induk itu bernilai RM200 juta berdasarkan nilai saham dan bangunan yang diperolehi daripadanya” 
“Saya juga diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Tong Kooi Ong untuk membayar Puan Shamsidar dan seorang lagi bernama Encik Rahman terhadap apa yang mereka lakukan. Puan Shamsidar adalah isteri Encik Azmin Ali, Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Secara meluas telah diketahui bahawa Puan Shamsidar dibayar lumayan dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu serta pada kebanyakan masa dia tidak perlu untuk pergi ke tempat kerja” 
AIDCNews pernah menjejaki beberapa bukti sampingan tentang Phileo Allied Bank. 
Selain temu bual dengan beberapa orang staf bank tersebut, komen bekas Pengurus Besar di Phileo Allied Bank, Zulkifli Sulaiman perlu juga diberi perhatian. 
“Saya amat mengenali Shamshida Taharin. Semasa di Phileo, dia hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat Phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, broker saham kepunyaan Tong Kooi Ong” 
“Saya mengetahui bahawa Shamshida adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, Azmin Ali” 
“Pendapatannya di Phileo Allied Bank adalah RM5000-00, tetapi dia mendapat benefit lain dari Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatannya berjumlah RM25,000-00 tidak termasuk kereta audi dan pemandu serta fringe benefit saperti entertainment expense. 
“Kami di Phileo ketika itu tahu tentang connection Shamshida dengan Anwar, malah dia jarang ada di officedan she reported direct to Tong. Shamshida have direct access to Anwar“, katanya. 
Misteri Phileo Allied Bank 
Phileo Allied Bank ditubuhkan pada tahun 1995, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Ibu pejabatnya di Menara Phileo Jalan Tun Razak, tempat Shamsidar bekerja.
“Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
“Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshidar) sahaja. Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula”, lapor blog x-files Anwar
Pada tahun 1997, Phileo Allied Bank tersenarai sebagai Top 10 Bank, walaupun hanya tiga tahun beroperasi. 
Namun, selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, populariti bank itu juga turut merudum yang menyebabkan bank itu terpaksa diambilalih oleh May Bank pada tahun 2000. 
Difahamkan, selepas Anwar dipecat dari UMNO pada 2 September 1998, Tong Kooi Ong melarikan diri ke luar negara. 
“Sebenarnya dari segi kelayakan Tong Kooi Ong, dia tidak layak menjadi CEO bank itu kerana tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Bank Negara, namun dengan campur tangan Menteri Kewangan syarat Bank Negara itu telah di’overrule’ dan Anwar tetap melantik Kooi Ong menjadi ‘CEO’ Phileo Allied Bank,” dedah anwarx-files
Rangkaian Tong Koi Ong
Baca Selanjutnya... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA