networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Wednesday, June 20, 2012

Pakar Nuklear PAS puas hati Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP..Kenapa?



Alahai.. macam mana nak buat nie?? Pakar yang sebelum ini membuat penyelidikan tentang kadar radiasi Lynas dikatan telah dibeli oleh UMNO-BN, bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar yang merupakan ahli parlimen Hulu Langat daripada PAS ini?? Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menegaskan, tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan.

Malah, Beliau yang merupakan seorang pakar nuklear juga berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini. "Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat. Kalau baca daripada muka surat 17 hingga 18 laporan itu, memang betul, itu bagus dan saya setuju.

"Saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak, tetapi daripada segi radiasi saya tahu ia rendah sebab saya sendiri ukur benda itu. Tahap radiasi memang rendah daripada yang dibenarkan, bagaimanapun banyak faktor lain perlu diberikan perhatian,". Kenyataan yang diberikan "saya tidak berani kata projek Lynas ini selamat atau tidak" adalah satu kenyataan untuk menyelamatkan diri. Kenapa mat cakap macam itu? Sebab kenyataan yang sebelum ini telah mendapat kritikan yang hebat dari semua penjuru dalam pakatan rakyat terutamanya PAS.

Che Rosli sendiri sebelum ini telah menimbulkan kontroversi dalam pakatan pembangkang apabila mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). SELANJUTNYA

HE : Analogi mudah..kilang buat kuih raya pun belum tentu selamat atau tidak..kemalangan boleh berlaku bila-bila masa..yang penting kita ambil langkah pencegahan supaya ianya selamat..kikiki

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA