networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, June 14, 2012

PLAT BBM 3, PAS 17 & PAS 12 : Mengapa Nizar Berdiam Diri?

Seakan menjadi darah daging puak pembangkang supaya tidak mencuit isu-isu yang boleh memporak-perandakan pakatan rakyat. Mereka juga telah disemai dengan sikap mempertikaikan segala isu yang dapat mengenakan pihak Kerajaan pemerintah tetapi jangan sesekali mencuit isu yang boleh menjatuhkan pakatan haram walaupun isu yang dibawa adalah sama.

Sebelum ini tidak ada pun yang mempertikaikan pembelian no plat melalui bidaan. Tiba-tiba muncul seorang hamba Allah yang telah digulingkan pemerintahannya di sebuah negeri bernama Perak. Namanya Nizar...

Beliau memertikaikan pembelian no plat seorang Sultan di Selatan Tanah Air.
  1. Katanya pembelian no plat tersebut membazir..
  2. Katanya mustahil akan dipakai di kereta tempatan..
  3. Katanya duit tersebut lagi bagus bantu rakyat...
Isu pembelian no plat Sultan di Selatan tanah air bagi aku sudah selesai kerana rakyat sekarang ini sudah meluat dengan Nizar dan parti Pembangkang khususnya PAS kerana suka membangkitkan isu bodoh semata-mata mahu jadi popular.

Dengan takdir yang maha ESA...perkara yang dibangkitkan oleh Nizar sebelum ini menghempap kepalanya semula 'Ibarat Meludah Kelangit Terkena Muka Nizar Semula'. Rakyat telah mempertikaikan pembelian kereta Camry sebanyak 16 buah sewaktu dia berkuasa..malah pembelian no plat kesemua kereta tersebut yang mempunyai no pendaftaran agak menarik masih tiada jawapan..pembelian ini dilakukan sebaik sahaja Nizar mendapat kuasa sebagai menteri Besar Perak..adakah ini tidak membazir??adakah pembelian ini dikatakan bersama ISLAM?

Terkini keluar pula berita bahawa ahlol PKR dan PAS juga mempunyai sikap ingin bermegah dengan keestetikaan no plat. Seperti biasa PKR akan menjawab kebebasan dan hak memiliki..dan PAS pula akan cuba mengaitkan pembelian no plat berguna untuk ISLAM..Ikuti penjelasan lanjut dibawah.
Kereta jenis Toyota Camry dengan nombor pendaftaran BBM 3 milik Azmin Ali
yang dirakam di tempat letak kereta Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Jun - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya. 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya. 
Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu. 
"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri. 
"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan. 
"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 
Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 
Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. 
Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor WWW 15. 
Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam. 
Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali. 
Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838. 
Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3 itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini belum diperbaharui. 
Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu negara. 
Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW.-utusan
"Jika ada orang kaya nak hadiahkan ayah saya, carilah plat PAS1, confirm ayahanda gembira. Pernah dia pakai PAS13 di mercedesnya dulu. Bila tuannya ambil balik, dia ucapkan rasa kecewanya". - Nik Abduh
" Saya bayar lebih untuk PAS 17 kerana saya yakin ia berguna untuk Islam. Kalau DAS 1 harganya seribu dan PAS 11 harganya 5 ribu, saya pasti bayar untuk PAS 11" - Nik Abduh
selanjutnya...SAYA BELI NO CANTIK KERANA SAYA YAKIN IA BERGUNA UNTUK ISLAM..

Bagi aku No Plat ni hak individu..kalau mampu belilah..kalau tak mampu jangan beli..analogi mudahkan...

Yang bodohnya di sini Nizar...benda yang tak ada apa2 dia cuba sensasikan...orang PUTIH kata BENGONG....haha


HE : bila Sultan Pakai no cantik tak boleh..katanya membazir..bila PKR pakai no plat cantik tak ada jawapan..bila PAS pakai no cantik..katanya BERGUNA untk ISLAM...kalau Sultan bagi jawapan beli WWW 1 berguna untuk Islam...apa Nizar nak kata???fikir-fikirkanlah... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA