networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, June 14, 2012

Sultan Johor Murka!! Nizar harus mohon Maaf kepada seluruh Rakyat Johor...PAS Johor Tenggelam Punca...

Sultan Johor hari ini telah menyatakan kemurkaannya kepada Nizar yang mempertikaikan pembelian nombor Plat berharga Rm 520K. 

Malah tindakan 'bodoh' Nizar tersebut telah memberi tamparan amat besar kepada PAS negeri Johor yang risau sokongan rakyat Johor kepada PAS semakin berkurangan. Kalau hendak diikutkan keputusan PRU ke 12. PAS Johor hanya mampu menawan 2 kerusi DUN iaitu Maharani dan Sungai Abong. Kemenangan itu tidaklah dengan majoriti yang besar. 

Di DUN Sg Abong, PAS hanya mampu memenangi majoriti sebanyak 158 undi sahaja manakala di Maharani hanya majoriti sebanyak 1550 berbanding 16,352 yang keluar mengundi.

Kalau lihat akan keputusan ini, seharusnya PAS Johor berasa bimbang akan peratusan sokongan mungkin akan berkurangan disebabkan tindakan Nizar tersebut. Malah sebuah laman milik PAS juga mengakui akan hal ini...Rujuk bawah..

http://penyokongpas.wordpress.com/2012/06/12/sebab-nizar-pas-johor-tenggelam-punca/  
Ana dapat banyak sms rakan-rakan PAS di Johor yang menyifatkan Nizar sudah menyebabkan mereka susah dan pening. Susah nak terangkan kat orang kampung. Pening nak menjawab isu. Bila bab Nizar sahaja, orang Kampung naik angin satu badan. Habis semua mereka menyampah pada PAS. 
PAS Johor kecewa kerana Nizar tak minta maaf dan cuba mencari jalan bertemu dengan Duli Tuanku. Minta ampun. Sembah minta maaf. Bukan sembah derhaka. 
Katanya, Pas Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008. 
Pada PRU 2008, Pas Johor memenangi dua kerusi DUN iaitu di Maharani dan Sungai Abong. Kali ini nak menang satu pun belum tentu disebabkan ayat Nizar yang terlalu kurang ajar. 
PAS Johor memang kecewa dengan Nizar. Kecewa sangat.


Sultan Johor murka terhadap Mohammad Nizar


Sekitar Dun Johor

NUSAJAYA: Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

“Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.

Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?

Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”.

Pepatah Melayu

“Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. Pepatah Melayu sering mengingatkan “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.

Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.

“Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini,” titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

“Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah “musang yang berbulu ayam” ini,” titahnya.- Bernama

HE : Kalau Nizar minta maaf sekali pun rakyat Johor pasti akan ingat perkara ini..ibarat "Luka Sembuh Parutnya Tetap Ada...."

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA