networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, June 19, 2012

VIDEO : Orang Islam Masuk PAS, PKR & DAP!!! Apa Alasan Mereka?

Makin nak PRU, masyarakat makin melarat dengan media puak pembangkang yang memberi publisiti terhadap orang Melayu yang menyertai Parti PAS, PKR, dan DAP. 

Macam biasa...PAS dengan keegoannya 'siapa UNDI aku MASUK SYURGA'...tapi kenapa umat Islam tidak menyertai PAS??kenapa ada umat Islam menyertai PKR dan DAP??orang yang masuk PKR dan DAP tak nak ke Syorga PAS??treng teng teng....

Seperti biasa, kalau masuk PAS maka alasan rutin mereka ialah kerana ISLAM dan akan menyalahkan UMNO kerana bersifat SEKULAR. 

Kalau mereka masuk PKR maka mereka akan menggunakan alasan sebagai Rakyat bebas memilih, memberi hak dan bla..bla..bla..sehingga akhirnya dapat menyalahkan UMNO..

kalau kita lihat, alasan ISLAM, RAKYAT sudah dipakai. Maka mereka perlu create suatu alasan yang lain untuk membezakan dengan PAS dan PKR mengapa perlu masuk DAP. 

Mereka tahu yang masyarakat melabelkan DAP sebagai sebuah parti perkauman maka mereka akan menggunakan alasan Perkauman bagi menyejukkan hati mereka untuk menyertai DAP.

Alasan kenapa perlu masuk DAP :
DAP yang tidak pernah membuang Raja-Raja Melayu, tidak menghina Agama Islam dan hukum Islam, disamping tidak memperjuangkan semakin perkauman sempit.

Tidak seperti Umno yang menjadi tunjang BN yang menggubal undang-undang menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu pada era 90-an; tidak seperti MCA yang menghina hukum hudud dan hukum haram bersalam wanita dan lelaki bukan Muhrim; tidak seperti Umno, MCA dan MIC yang menggunakan perkauman sempit untuk menarik sokongan kaum masing-masing. -SUMBER
*Patutlah tugas pertikaikan Sultan Johor diserahkan kepada Nizar PAS..DAP kata mereka tidak buang raja-raja rupenya... 

SERTAI PAS

Wan Aishah Wan Ariffin Menyertai PAS
Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri serta dua orang anak-anak saya.

“Prinsip saya mudah, saya akan menolak mana-mana yang tak betul, perjuangan sekular, banyak kemungkaran yang berlaku di hadapan kita yang wajib kita tentang...pengalaman hidup membuatkan saya tercari-cari hala tuju kehidupan sebenar. 
Saya akan menolak aktif dalam politik, Cuma mengambil kesempatan untuk memberi pandangan sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam. 
“Pengalaman yang berlaku selama ini boleh kita membawanya ke pentas untuk dikongsi bersama masyarakat, tidak ada salahnya asalkan ianya baik untuk Islam,” - Aishah
SERTAI PKR

Dayangku Intan Menyertai PKR


SERTAI DAP

Dyana Sofia Mohd Daud masuk DAP
kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya. 
“Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama? 
“Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?” - Dyana Sofia

*Dyana tidak menggunakan alasan ISLAM kerana mungkin dia sedar siapa dia yang sebenarnya....








HE : Bila Melayu MANTAP masuk DAP, pak ostad PAS pun puji kerana akhirnya dapat menyalahkan UMNO walaupun realitinya imej yang masuk DAP tu tak melambangkan ISLE...agama yang sama (ISLAM), masuk PAS, PKR & DAP  tetap mempunyai alasan yang berbeza. apa yang penting dapat salahkan pihak yang sama iaitu UMNO...

2 comments:

Anonymous said...

dah mmg fakta dia ckp.. bia lah dia ngn gaya dia.dia lawyer. ape lg puak2 umno, wat la vidio lucah bleh fitnah dia... hahah.. puihh!

jill said...

jgn emo frenz fakta tetap fakta sebab tu melayu ni tak nak islam yg sebenar (bukan islam pas)

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA