networkedblogs

Bersahabat..

IKLAN RAYA YANG COOL

Friday, June 15, 2012

Warga Nepal Dituduh Rogol 'Awek' Sendiri Warga Tempatan..

Aku betul-betul hairan dengan wanita tempatan sekarang ini. Mudah sangat jatuh cinta dengan warga asing. Apa boleh buat kalau dah jodoh dan pertemuan ditangan Allah S.W.T siapa boleh larangkan. PAS pun tak boleh nak pertikai kalau dah itu jodohnya.

Walau apapun aku bersimpati dengan nasib wanita ini. Aku pun tak tahu perempuan tu bangsa apa. Apa yang pentingnya, dah kurang ke lelaki kacak di Malaysia ni!!!kalau semua perempuan warga tempat jatuh hati dekat mat nepal dan mat bangla..macam mana nasib para blogger seperti Kulaan Niring, Double-Y, Mat Despatch Otai, SCC, Brader Jai, dan Keris 7 Lok..takkan mereka hendak membujang sahaja!!!haha 

Ikuti kisah tragis seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol teman lelaki berbangsa Nepal...


KUANTAN - Tindakan seorang pengawal keselamatan melepaskan nafsu dengan merogol teman wanitanya di tangga sebuah pasar raya, tingkat tiga sebuah pusat membeli-belah, di sini, bertukar menjadi sejarah hitam dalam hidupnya, apabila wanita terbabit membuat laporan polis sehari selepas peristiwa tersebut.

Berikutan laporan itu, lelaki warga Nepal, Aktar Ahamad Akbal Ahamad, 23, ditahan polis pada hari yang sama selepas laporan dibuat sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dia bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat jika didapati bersalah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Samsuddin di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Aktar Ahamad yang berada di negara ini sejak lebih setahun lalu didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 2.30 hingga 6 petang di tempat yang dinyatakan, 6 Jun lalu.

Dalam sebutan kes itu semalam, tertuduh yang ditemani wakil majikannya mengakui mangsa merupakan warga tempatan berusia 23 tahun adalah teman wanitanya dan mereka saling kenal mengenali.

Tertuduh tinggal di asrama pekerja yang disediakan majikan di Jalan Haji Ahmad, di sini.

Berikutan pengakuan tidak bersalahnya itu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 manakala dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes tersebut selesai.

Seorang lelaki dipercayai wakil majikan tertuduh memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia perlu mendapat arahan pihak atasan sebelum membayar ikat jamin pekerjanya itu.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan satu sebutan baru hari ini untuk pihak majikan memutuskan individu yang akan tampil membayar wang jaminan yang juga akan ditetapkan hari ini.

Sementara menunggu sebutan hari ini, tertuduh ditahan reman di lokap Balai Polis Kuantan.-SinarHarian

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA