networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Wednesday, June 13, 2012

WWW 1 : Nizar Mengaku Kalah..Ingin Menghadap Sultan Johor Minta Maaf...


Halamak...kena minta maaf juga aku...

Kenyataan Pertama...

1) RM 520K utk No Plat WWW 1?


Untuk pengetahuan Nizar Pojaan Pakatan Rakyat, Sultan Johor telah berjaya dalam bidaan no plat WWW 1 dengan nilai RM520,000 menewaskan 9,998 bidaan. Ini menunjukkan Sultan Johor tidak menggunakan kuasanya sebagai Sultan mendapatkan No Plat guna 'orang dalam'. Duit yang dibayar berharga RM 520K akan menjadi salah satu sumber aset kepada negara.


2) Xkan nak letak kat kereta Proton atau Motor kut?
Untuk makluman Nizar pojaan Pakatan Rakyat, Kereta yang digunakan untuk plat WWW 1 ialah kereta Proton Satria Neo. Dari maklumat yang aku dapat, Sultan Johor memang suka model kereta Satria Neo ini. Sebelum ini pun Sultan Johor ada memiliki sebuah kereta Satria Neo yang di berwarna lorengan ala askar.

Sultan Johor bersama Kereta PROTON Satria NEOnya
Kereta Proton Satria Neo milik Sultan Johor - SUMBER
3) Ramai lagi rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang!
Untuk makluman Nizar pojaan Pakatan Rakyat, bolehkah anda comfemkan yang rakyat dikawasan  Parlimen Bukit Gantang iaitu kawasan PARLIMEN anda tiada seorang pun yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang? adatlah mana-mana kawasan pun ada yang kurang kemampuan dan ada yang kaya. Kalau ada yang miskin melarat pasti ada bantuan daripada JKM kan..Malah di negeri jajahan Nik Aziz pun pasti ada yang hidup dalam keadaan susah.



Keduanya, adakah kenyataan Ramai lagi rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang! ditujukan kepada Sultan Johor? Sebabnya anda bercerita mengenai WWW 1 dan mengatakan rakyat hidup melarat. 
Kalau anda mempertikaikan orang yang membida no plat ini tidak patut kerana ramai rakyat yang hidup melarat makanya anda juga mempertikaikan pembida no plat WWW 5 iaitu AGONG..

Kenyataan kedua

4) RM 520k bolih dibelanjakan membantu rakyat melayu Johor yg masih ramai miskin serta memerlukan bantuan keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT!
Untuk makluman Nizar pojaan Pakatan Rakyat, anda cuba mempertikaikan kenapa Sultan Johor membeli plat berharga RM520K sedangkan duit tersebut boleh bina 20 rumah PPRT. Adakah kalau nak bantu rakyat hanya dengan membina 20 rumah PPRT sudah memadai? kalau anda fikir itu sahaja berapa banyak rumahkah yang anda telah bina dikawasan Parlimen Bukit Gantang?
Kenapa dulu anda membeli Kereta Toyota Camry sebanyak 16 buah? kanapa tidak membeli kereta yang lebih murah dalam lingkungan bawah RM 100K setiap satu. Pemimpin yang bagus harus bersederhana dan mengutamakan rakyat melebihi kepentingan sendiri. Tetapi anda tidak, sanggup membeli kereta yang nampak hebat.
Saya hendak kongsi sedikit sumbangan dan bantuan yang telah diberikan oleh Kesultanan Johor kepada rakyat Johor.
Sultan Iskandar Foundation. Biasiswa Pra Ijazah untuk anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai + Lepas Ijazah untuk anak-anak Malaysia yang belajar di universiti tempatan. 
Antara yang lain, derma komputer bagi sekolah menengah luar bandar negeri Johor, mesin diaslisis untuk pusat dialisis negeri, derma kepada Pertubuhan anak-anak yatim negeri Johor, mangsa bencana alam.
Sultan Johor telah berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan buah motosikal
berkuasa tinggi bernilai RM5,503,200 kepada Polis Diraja Malaysia.


Kesan daripada tindakan Nizar yang cuba memberikan imej tidak elok kepada Sultan Johor, maka segelintit Rakyat Johor telah menganjurkan Himpunan Taat Setia kepada Sultan. Segelintir tu tak ramai mana pun Nizar oi..hanya 30K sahaja.
Sudah menjadi darah daging puak pembangkang, setiap kontroversi yang dilakukan oleh mereka makanya mereka akan menuding atau meletakkan kesilapan itu kepada pihak lain. Nizar mendakwa dia tidak mengatakan bahawa Sultan Johor menggunakan dana rakyat. Memang betul pun Nizar tidak menuduh Sultan Johor merompak duit rakyat. Ini aku terpaksa mengaku kerana bagi aku benar tetap benar. Sekarang, kenapa Nizar sibok duk pertikaikan Sultan Johor beli No Plat. Biarlah hak dia. Cara pembelian tersebut juga suatu bentuk sumbangan kepada Rakyat. Sultan Johor membeli No Plat tersebut dengan harga RM 520k dan dia dapat no Plat. Duit yang dibayar akan dijadikan aset negara.


Nizar mahu jumpa Sultan Johor beri penjelasan WWW1, salahkan Utusan

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Sultan Johor hari ini sambil menambah beliau akan memohon untuk menghadap baginda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menjelaskan kenyataan Twitternyau pada 28 Mei lalu berhubung bidaan no pendaftaran kereta WWW 1 yang bernilai RM520,000. 
Namun, bekas menteri besar Perak yang sedang disiasat di bawah Akta Hasutan itu menyalahkan akhbar Kosmo, yang mana banyak mempengaruhi laporan mereka berhubung bidaan Sultan itu sejak April.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menegaskan beliau akan mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 atas “kenyataan palsu yang menuduh saya mengatakan Sultan menggunakan dana rakyat.” 
“Saya tidak pernah berkata sedemikian. Saya hanya memberikan pendapat saya selaku orang awam, ahli Parlimen, dan bekas menteri besar. Saya mohon ampun kepada Tuanku dan akan berjumpa baginda untuk membuat penjelasan. 
“Kosmo melaporkan pada 25 Mei bahawa RM520,000 boleh digunakan untuk membeli rumah, kedai, BMW, atau 2.777kg emas. Sebagai bekas menteri besar saya hanya menyebut ia juga boleh digunakan untuk membeli 20 unit rumah kos rendah,” katanya kepada pemberita. 
“RM520k bolih dibelanjakan membantu rakyat melayu Johor yg masih ramai miskin serta memerlukan bantuan utk kprluan hidup, bina 20 rumah PPRT!” kenyataan Nizar dalam tweetnya yang mencetuskan kontroversi. 
Sementara itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut membalas kenyataan Nizar melalui laman Twitter miliknya bahawa kerabat diraja Johor tidak menggunakan wang daripada kerajaan. 
“Duit yang diperuntukkan untuk ayahanda saya dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota diletakkan di dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Tujuan yayasan ini adalah untuk membantu rakyat dan kerajaan negeri,” kata Nizar dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini. 
Tunku Ismail menegaskan beliau juga tidak pernah mengambil sesen pun daripada dana kerajaan itu, malah memberi amaran dengan berkata melalui satu kenyataan Twitter, “sila buat kajian sebelum membuka mulut.” 
Sultan Johor telah memenangi bidaan no plat WWW 1 dengan nilai RM520,000 mene

waskan 9,998 bidaan yang lain, seperti yang dipaparkan di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di www.jpj.gov.my. -themalaysianinsider

HE : Md Sabu nak jadi hero kata Nizar tak tahu pun no tu berjaya dibida Sultan Johor..diam lebih baiklah kau mulut busuk..terang-terang nizaar derhaka tulis perkataan Johor...kenapa pulak tak da kaitan..gemok komunis bersuara memang busuk..aku cadangkan Md Sabu perlu teman Nizar ngadap Sultan..baru serasi...haha..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA