networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Friday, July 13, 2012

20,000 Penuntut ASPIRASI #UiTM Seluruh Malaysia Sambut Ketibaan PM di Dungun..

Seramai kira-kira 20,000 mahasiswa UiTM telah hadir ke UiTM Dungun bagi memeriahkan sambutan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB). Terima kasih mahasiswa ASPIRASI UiTM..

Puak setan yang kepanasan biasanya akan kata mereka dikerahkan...dikerah..dan dikerah...tapi bila puak depa ramai dalam sesuatu majlis yang dianjurkan maka mereka akan katakan itu pengorbanan rakyat...kikiki



DUNGUN, 13 Julai 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut oleh 20,000 pelajar UiTM dari seluruh negara sempena majlis 'Mengubah Destini Anak Bangsa' (MDAB) yang diadakan di Arena Square, Dungun hari ini.

Perdana Menteri yang tiba di Dungun sekitar jam 10.00 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud diarak oleh kumpulan bermotorsikal serta diiringi oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor UiTM Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid.

Program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' yang diilhamkan oleh beliau adalah usaha kerajaan bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk melanjutkan pengajian hanya kerana dibelenggu masalah kemiskinan.

Siri jelajah MDAB sebelum ini telah menjelajah seluruh negeri di semenanjung tanah air dan telah berjaya mengesan lebih 6,000 pelajar miskin lepasan SPM yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

SELANJUTNYA [SINI]

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA