networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, July 22, 2012

Akhirnya PAS mengaku tak gila kuasa dalam Pakatan.. Patutlah mudah kena Pijak?!!!

Kiriman Email harapanesok@gmail.com

Dari PASesaT :

Kelmarin telah berlangsungnya 1 forum bertajuk 'Melayu Pasca PRU 13' bertempat di De Palma Hotel.

Antara panelis yang hadir ialah:
1) Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
2) Mohd Nor Manuty (Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR)
3) Tun Faisal (Pengerusi UMB)

Sesi tersebut berlangsung dalam keadaan panas apabila kedua-dua ahli pembangkang Khalid Samad dan Md Nor Manuty tak habis-habis mengatakan kerajaan Barisan Nasional selama ini gagal membela Melayu.

Apabila ditanya mengenai janji-janji manis pakatan Selangor yang belum ditunaikan. Mereka berdua menyalahkan UMNO kerana mencari kesalahan mereka. Khalid n Md Nor mengatakan UMNO ini memutar belitkan cerita kerana mereka sendiri faham kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah berbeza.

Peruntukan kerajaan negeri adalah lebih kecil daripada peruntukan UMNO kerajaan pusat. Jadi mereka kata ada janji yang tidak ditunaikan kerana kekurangan peruntukan. Sungguh kelakarkan, bila mereka sudah tersepit makanya mereka akan menuduh UMNO pula salah kerana tak faham bajet negeri dan pusat. Tapi heran juga aku kerana mereka tahu yang mereka ni tak mampu tapi mereka telah berjanji.

Berkenaan dengan kuasa PAS dalam Pakatan Rakyat, Khalid telah keluarkan kenyataan bahawa PAS tidak gila kuasa seperti UMNO. Dia mendakwa perjuangan PAS selama ini bukannya kerana kuasa seperti UMNO. Jika kuasa PAS kecil dalam Pakatan Rakyat dia tidak kisah pun kerana PAS bukan parti gila kuasa. 

Patutlah exco agama Selangor diberikan kepada Khalid gagap dari PKR dan bukannya PAS. Dia mengatakan tujuan Pakatan Selangor memilih Khalid kerana mereka beranggapan itu hanya sementara kerana mengikut ramalan mereka PRU akan diadakan pada bulan Mac lalu. Biasalah kalau dah kaki putar belit macam-macam alasan mereka boleh bagi. Sementara punya sementara...dari bulan Mac hingga bulan Julai..itulah maksud sementara bagi Khalid Samad..kikiki

Bila ditanya mengenai agihan kuasa dalam Pakatan Rakyat Khalid menjawab "kita dalam PR ada kuasa masing-masing.". Pelik buka...tadi jawab tak gila kuasa tapi sekarang ni dia kata ada pula kuasa masing-masing. Kenapalah PAS tak bagi jer DAP jaga Islam. Kata tak gila kuasa. Dari sini dah nampak yang PAS memang lemah bab kuasa. Mungkin kalau PR memerintah PAS hanya jadi keldai Pak turut kerana memang sah PAS tak gila kuasa. Jadi mereka pun malas nak amek tahu.

Apa yang aku nampak sekarang ini, PAS yang tak gila kuasa ditugaskan hanya untuk menarik seberapa ramai artis masuk PAS. Jika terdesak maka mereka akan tabur fitnah kononnya ada artis masuk PAS macam nasib yang menimpa Ning Baizura. 

Benda paling best sekali, Khalid kata bilangan makmun solat subuh 3 orang pun disalahkan kepada Barisan Nasional.kikiki..

Dia ceritalah pengalaman dia yang nampak macam bongkak tu "semasa saya dan ahli PAS yang lain jadi jentera PAS di PRK Tenang dulu..saya sedih orang UMNO tak ramai yang datang masjid solat subuh..yang ramaikan bilangan makmum di surau tu hanya ahli PAS..inilah bukti pemerintahan Barisan Nasional yang hancur..di Selangor saya jamin bilangan makmun ramai kerana kepimpinan pakatan telah ubah semua struktur organisasi. Kalau dulu imam, pengerusi, bendahari dan setiausaha semua orang Barisan tetapi kita telah ubah"..
See!!!dia dah ubah..ubah jadi semua orang Pembangkang..kikiki..bila organisasi masjid dari UMNO semua tak betul jadi mereka lantiklah orang bukan Barisan..kahkahkah

Khalid...Khalid...jangan sampai gua turun masjid dan surau di Selangor nak buktikan kata-kata kau..kalau aku buktikan pn puak haram ni bukan nak percaya malah UMNO juga akan disalahkan apabila mempertikaikan urusan solat dan masjid..kikiki


Simangkuk Nor Manuty ni plak kata Barisan Nasional tak ada pun lakukan transformasi..apa buta ke mata Manuty ni..xnampak ke apa yang BN dah buat..ke kau tidur..Harap je jawatan Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR tapi sebar fitnah..dia kata BN hancur rosak tapi bagi aku dia yang rosak..kikiki

Tun Faisal smash kedua-dua mereka senang jer..
1) Pakatan kata mereka pertahankan Institusi Raja-raja tapi yang kita lihat mereka yang tak pertahankan.
2) Balak di Kelantan, kalau mereka perjuangkan Melayu tender-tender urus balak boleh dibuka kepada lebih ramai Melayu. Kini balak botak nak buat lebuh raya minta duit rakyat.
3) Pakatan kalau kita lihat manifestor dan realiti sangat berbeza.
4) Kalau mereka kata perjuangkan hak Melayu kenapa tak ada 1 pun usaha untuk membantu peniaga-peniaga Melayu dalam industri perniagaan? Beranikah mereka menyemimbangkan jurang kuasa niaga bukan Melayu dengan Melayu.
5) Isu Air Syabas kerana pendirian Kerajaan Negeri Pakatan dan Syabas berbeza rakyat pula yang sengsara.

HE : memang terbaiklah Khalid Samad kata PAS tak gila kuasa...kahkahkah...mereka nak tawan Putrajaya tu bukan kuasa ke atau nak main power rangers je..dah tawan tak tahu nak buat apa kerana mereka tak gila kuasa...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA