networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, July 25, 2012

Arsenal Diasak Sebelum Menumpaskan Malaysia 2-1


Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Arsenal yang dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi berkesudahan Malaysia tumpas 1-2 kepada Arsenal.

Malaysia berjaya mendahului perlawanan dengan jaringan Azmi Muslim pada minit 46 waktu kecedaraan babak pertama.

Gol jaringan itu dihasilkan apabila Azmi Muslim yang tidak dikawal diluar kotak penalti Arsenal berjaya melepaskan rembatan kencang ke penjuru kiri penjaga gol Arsenal.

Corak permainan bertenaga Malaysia pada babak pertama berjaya memberi saingan sengit kepada anak buah Arsene Wenger.

Perlawanan pada separuh masa kedua tampak seimbang appabila kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan.

Arsenal meningkat corak permainan 10 minit terakhir sehingga memaksa skuad negara bertahan.

Usaha keras Arsenal berhasil apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit 86 apabila Thomas Eisfel berjaya menerima umpanan rakannya. Arsenal sekali lagi berjaya menjaringkan gol pada minit ke 89 hasil sepakan bebas Chuchs Aneke dalam kotak penalti.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA