networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, July 27, 2012

Blogger Prihatin : Bantu Saudara kita Rohingya [SEBARKAN!!!]



Ketika umat Islam di Malaysia ghairah dilanda demam EURO2012 bulan lalu, umat Islam Rohingya di Myanmar terus menderita tanpa pembelaan sewajarnya dari dunia.

Penderitaan umat Islam Rohingya yang disembelih dan dibunuh sejak Jun yang lalu sebenarnya bukan perkara baru yang dialami oleh kaum minoriti di Myanmar itu. Malah ianya telah dilakukan sejak tahun 1942 oleh kerajaan junta Myanmar dan membunuh lebih 100,000 nyawa.


Mayat-mayat Islam Rohingya
 yang dibunuh kejam oleh etnik Rakhine
Ketika ini media antarabangsa tidak telus dalam melaporkan insiden rusuhan etnik yang tercetus di Myanmar di antara kaum Rakhine dan muslim Rohingya.

Kerajaan Myanmar pula terlibat dalam menyembunyikan kejadian sebenar yang menimpa nasib umat Islam Rohingya di sana sejak tercetusnya rusuhan sekitar bulan Jun yang lalu.

Akibatnya sehingga kini puak etnik Rakhine dilaporkan terus bermaharajalela dengan menjadikan Islam Rohingya sebagai sasaran termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan. Setakat ini dipercayai beribu jumlah umat Islam Rohingya telah disembelih dan dibunuh kejam oleh etnik Rakhine dengan bantuan polis dan tentera Myanmar.

Sehingga semalam angka korban akibat keganasan puak pelampau Buddha Rakhine ini telah mengorbankan lebih 2000 nyawa umat Islam Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita. 


Baca Selanjutnya SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA