networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, July 26, 2012

Bonus RM 700 Sudah Cukup Buat Macai PR Bergembira

Hari ini Khalid Ibrahim umumkan akan memberikan bonus RM 500 kepada kakitangan awam Selangor plus RM 200 untuk simpanan Selangorku (BSN / Tabung Haji) dan akan diserahkan minggu hadapan. Maka pemberian ini boleh membuatkan macai pakatan bersorak gembira kerana kerajaan Selangor mampu memberi mereka RM 700. Banyak tu beb...

Bonus RM 700 bukti KEJAYAAN SAYA!!!
Aku tak naklah pertikaikan pemberian kerajaan negeri kerana bagi aku baguslah kerajaan negeri buat macam itu. Yang aku hairannya sikap puak pembangkang. Dengan hanya RM 700 sudah membuatkan mereka bertempik gembira seolah-olah Kerajaan Pakatan yang memerintah berjaya dengan Gilang Gemilangnya.

Kerajaan Selangor umumkan akan beri bonus kepada kakitangan awam Selangor. Maka penyokong pakatan dari Kelantan, Kedah, Penang pun berbangga kerana kerajaan negeri Selangor berjaya. Sedar atau tidak Penasihat Ekonomi Selangor merangkap ketua pembangkang negara tidak adil. Dia hanya beri bonus kepada kerajaan negeri Selangor tetapi kenapa dia tidak arahkan kerajaan negeri lain lakukan perkara yang sama.

Mungkinlah ini agenda sulit Anwar dan Khalid yang mana mahu sokongan rakyat Selangor kembali semula kepada mereka ? mengikut pemerhatian aku di Selangor, Pakatan bakal tumbang dan kerajaan pimpinan negeri akan kembali semula kepada BN.

Sebab itulah mereka lebih gusar dari kerajaan negeri lain. Kerajaan negeri Pakatan yang lain releks sahaja. Tak ada pun nak beri bonus. Tengok negeri Kelantan Nik Aziz tak ada pun nak beri bonus..malah mereka PAW duit rakyat lagi setiap kali ceramah.

Sebabnya mudah sahaja, Pimpinan Nik Aziz yakin mereka dapat kekalkan pemerintah berbanding Khalid Ibrahim yang takut kuasa mereka akan hilang. Hairan juga kenapa Kelantan tidak mampu beri bonus sedangkan hasil Balak banyak. owh..royalti minyak tak dapat..kikiki..itulah alasan puak PAS.

Di Kedah dan Penang pula kita tak ada dengar pula mereka akan beri bonus. Kalau kita lihat Kedah. Mungkin Wak Jijan akui dia mampu menang tapi perlu diingat. Keyakinan itu pasti akan mengundang padah. Penang pula tidak umumkan Bonus juga ke??ke orang Melayu tak ramai kt sana sebab itulah tak hairan pun bonus raya...

dengan hanya RM 700 ini sudah cukup membuatkan penyokong pakatan haram bersorak gembira. Mereka pasti tidak nampak sumbangan kerajaan BN kepada mereka selama ini yang memberikan BR1M, BB1M, TR1MA, TR1M dan banyak lagi. Alasan yang pasti, jika kerajaan BN beri bonus atau inisiatif mereka akan sakit hati dan mengatakan ini gula-gula PRU. Bila kerajaan negeri pakatan beri BONUS mereka akan kata tahniah dan ini kejayaan kerjaan PR..kikiki.



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meminta agar Kerajaan Negeri Perak untuk memberikan Bonus Hari Raya pada tahun ini kepada semua kakitangan awam negeri serta pesara-pesara negeri sebanyak sebulan gaji mengatasi jumlah RM500 atau setengah bulan sepertimana yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat.
Bila kerajaan PERAK nak beri mereka pula pertikaikan Setengah bulan gaji tak cukup..nak lebih..Si bodoh ni tak nak pertikaikan ke kenapa kerajaan negeri Selangor beri 500?

Malah Komuter tanpa cermin sisi pun mendatang masalah besar kepada PKR..

HE : Awat RM 200 nak masukkan dalam tabung haji?bukan ke PAS Xbg orang tunaikan haji kerana nak bantu mereka PRU? owh..lupa Khalid ni PKR..dia juga exco agama isle...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA