networkedblogs

Bersahabat..

BUAL BICARA #UMNO71 BERSAMA TAN SRI ANNUAR MUSA

Thursday, July 12, 2012

Dr Mohd Asri memalukan diri sendiri...tuduhan terhadap @TunFaisal tidak berasas...cc @realDrMAZA


Aku lihat masyarakat di Malaysia ini sudah didokrin dengan idealogi puak pembangkang (tegar / buat-buat bebas) dengan satu sentimen yang mana mereka perlu bangkit untuk mengkritik pemimpin yang melakukan kekhilafan. Namun, pada masa yang sama mind set mereka telah dididik bahawa adalah satu perkara yang amat-amat sensitif jika kita mengkritik atau menegur para ilmuan agama khususnya melibatkan parti Politik...

Aku tak kisah kalau nak kritik pemimpin..salah itu kita betulkan..tapi yang hairannya bila kita tegur atau kritik pemimpin ilmu mereka, maka puak-puak penyokong akan membabi buta mempertahankan mereka walhal apa yang dikatakan itu sebenarnya memang salah..atas dasar aliran politik yang berbeza maka mereka akan berdiri teguh diatas kebatilan semata-mata tidak mahu kalah..

Pokok persoalannya adalah krisis yang berlaku antara Tun Faisal dan Dr Mohd Asri..Krisis bermula apabila Dr Asri menyifatkan 3 tuduhan. Ini bukan soal kredibiliti Tun Faisal. Dia sendiri mengaku yang dia tidak kisah akan jawatan. 

Masalahnya, ialah seorang ulama yang aku fikir mampu membela masyarakat dan memberi ilmu kepada masyarakat tetapi Dr Asri lebih menunjukkan sifat mazmumahnya iaitu 'Namimah' (Tuduhan / Perbuatan melagakan antara manusia). 

Dr. Asri punyai sifat 'Namimah'?

1) Tun Faisal : Fatwa saya WAJIB kikis orang seperti saudara dari UMNO
2) Bala bagi UMNO jika orang seperti Tun Faisal ini menduduki kepimpinan

3) Tuduhan Namimah kepada siapa? adakah kepada dirinya sendiri?kenapa??

Sebelum pergi lebih mendalam, aku nak korang hayati ilmu yang di sampaikan oleh Dr. Asri sendiri...Video rakaman ceramahnya yang bertajuk 'Tak boleh Kritik Pemerintah?' bagi aku video ini bagus..cuma aku agak curiga dengan kenyataan Dr Asri bermula dari durasi 11.17 hingga 12.54. 


PETIKAN CERAMAH

Bagaimana hendak menghalang penindasan? (durasi 11.17 - 12.54)
- Macam-macam cara..Zaman sudah berubah..sebab tu ada orang memilih demonstrasi ke apa..Saya kata ini semua adalah kaedah..selagi negara tidak dimusnahkan..harta awam tidak dimusnahkan..darah tidak ditumpahkan...kalau ia boleh berfungsi menghalang orang kuat menindas orang lemah maka ia sesuatu yang baik.. 
- puluhan tahun rakyat Mesir membiarkan orang kuat menindas orang lemah...gas mesir..khazanah..harta mesir..kesemuanya dibolot oleh golongan Mubarak dan kroni..tak dapat ditumbangkan hanya melalui..tetapi facebook dengan demonstrasi maka berjaya memilih Presiden yang dipilih secara lebih adil..bagaimana mungkin manusia hendak menyatakan itu sesuatu yang haram di sisi tuhan..yang peliknya sebahagian ulamak yang mengaharamkan orang keluar meluahkan bantahan (bukan bawa senjata pun keluar pergi duduk tepi jalan je) tidak pula bersuara lantang ketika pembesar-besar memunggah harta-harta negara tuan sekalian...maka politik mesti difahami pada dimensi yang betul bagaimana menegakkan kemasalahatan 
Mengikut pemahaman aku, Dr. Asri menyokong tindakan demonstrasi, musnahkan negara, musnahkan harta awam, pertumpahan darah adalah sesuatu yang baik untuk menjatuhkan pemimpin yang menindas rakyat. Malah dia mempertikaikan para ulama' yang menghalang menyertai demonstrasi jalanan. Kalau di negara luar seperti Mesir memanglah layak kerna kita pun tahu Mubarak tu macam manakan..

Kenyataan Dr Asri cenderung terhadap kepada landskap negara Malaysia. Kononnya, dia pertikaikan kenapa rakyat dihalang ikut demonstrasi seperti BERSIH. Kalau kita ikut membabi buta apa yang dikatakan Dr. Asri, maka akan rosaklah negara yang tercinta ini kerana BERSIH 3.0 telah menunjukkan secara jelas demonstrasi rakyat membawa kepada kehancuran.

Demonstrasi nyata membawa kehancuran
Jika ikut pendapat Dr. Asri dia memang menyokong pertumpahan darah dan kerosakan untuk menjatuhkan pemimpin yang menindas rakyat tetapi rakyat di Malaysia ini tidak seperti negara diluar. Kepimpinan kerajaan sekarang ini memang antara yang terbaik dengan berbagai-bagai pendekatan digunakan untuk membela kebajikan rakyat. 

Agak sedih bila seorang Dr. yang mempunyai ilmu yang dikira tinggi tidak mampu mengawal nafsu amarahnya dengan membuat tuduhan sesat. 

Kisahnya bermula apabila Tun Faisal dalam blognya telah menulis artikel bertajuk "Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang? @realDrMAZA".


Apabila Dr. Asri mendapat mention melalui twitternya, dia terus mengeluarkan kenyataan berbaur 'Namimah' seperti gambar di bawah: 


Mungkin Dr. Asri sendiri tidak membaca artikel tersebut terus membuat membuat tuduhan melulu hanya dengan membaca tajuk sahaja. Berdasarkan kepada tajuk ternyata dengan jelas itu adalah bentuk persoalan dan Tun Faisal meminta Dr. Asri menjawab. Namun, Dr. Asri gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ilmuan dengan menjawab:

1) Tun Faisal : Fatwa saya WAJIB kikis orang seperti saudara dari UMNO
2) Bala bagi UMNO jika orang seperti Tun Faisal ini menduduki kepimpinan
3) Namimah perbuatan melagakan antara manusia..Allah haramkan..bagaimana boleh kaki namimah jaga berita siber sebuah parti?

Kalau dirujuk kembali artikel tersebut, tiada apa pun yang harus Dr. Asri melenting dan membuat tohmahan yang mampu melaga-lagakan masyarakat. 

Mungkin ada yang tidak mengetahui apakah kandungan yang ada di dalam artikel blog Tun Faisal. Di sini aku nak kongsikan sedikit petikan dalam artikel tersebut. 
Jangan lupa dalam sejarah Islam, 3 orang khulafa' ur-rashidin sahabat Rasulullah saw, iaitu Khalifah Umar Al-Khattab r.a, Khalifah Uthman Al-Affan r.a dan Khalifah Ali Abi Talib r.a meninggal dunia di hujung mata pedang, baik di tangan Putera Raja Parsi yang termakan hasutan untuk mendapatkan kemewahan dan kuasa, atau hasutan pemfitnah di kalangan umat Islam sendiri ataupun akibat tafsiran hukum yang melampau puak khawarij. 
Umat Islam seharusnya mengambil iktibar dari sejarah ini demi maslahah Islam dan ummah. Namun apabila ada di kalangan orang agama yang menghalalkan penentangan terhadap pemerintah, menghalalkan mufarraqah dan perpecahan di kalangan ummah dan menghalalkan pemerintah digulingkan dengan mata pedang, maka sejarah akan menghukum umat Islam berulang kali. Bermula dengan hasutan untuk membenci pemerintah, diikuti dengan menghalalkan pemberontakan terang-terangan terhadap pemerintah dan seterusnya bibit kebencian yang ditanam melalui fitnah dan hasutan yang berterusan, akhirnya manusia-manusia yang terdidik dengan kebencian ini akan terdorong untuk menghalalkan darah pemerintah demi mendapatkan kuasa.
Adakah kenyataan seperti di atas boleh membuatkan Dr. Asri wajar membuat tohmahan yang bukan-bukan?
1) Tun Faisal : Fatwa saya WAJIB kikis orang seperti saudara dari UMNO2) Bala bagi UMNO jika orang seperti Tun Faisal ini menduduki kepimpinan
3) Namimah perbuatan melagakan antara manusia..Allah haramkan..bagaimana boleh kaki namimah jaga berita siber sebuah parti?
Siapa NAMIMAH yang sebenarnya?

Malah tuduhan yang dikeluarkan oleh Dr Asri telah menyebabkan jentera Siber PAS dari PEMUDA PAS PADANG TERAP menyambut..agak hairan juga...PAS yang kononnya ISLAM tapi mengamalkan budaya NAMIMAH..

Rujuk [SINI]
Sepatutnya Dr Asri harus mengajukan soalan "Namimah perbuatan melagakan antara manusia..Allah haramkan..bagaimana boleh kaki namimah jaga berita siber sebuah parti?" kepada Jentera Siber PAS Padang Terap.

Seperti yang aku katakan pada mula tadi..mereka akan membalun membabi buta asalkan musuh mereka itu UMNO dan akan mempertahankan membabi buta asalkan orang itu ialah PAS..salah atau betul itu belakang cerita...Adakah Matlamat itu menghalalkan cara?

Jika jentera Pemimpin seperti Dr. Asri sudah mengamalkan budaya Namimah, maka Jentera Siber juga akan lakukan perkara yang sama...kesannya penyokong yang tidak cerdik akan teruskan apa yang salah tanpa usul periksa..buktinya aku sediakan di bawah..

Tohamahan yang dibuat Dr. ASri telah melaga-lagakan masyarakat..
siapa NAMIMAh yang sebenarnya?
Sebelum aku akhiri tulisan ini, aku ingin meluaskan beberapa hasrat di hati:
  1. Mohon Dr. Asri keluarkan kenyataan maaf kerana ia secara jelas adalah tohmahan yang tidak berasas..
  2. Aku kesal individu yang dikira Ulama' seperti Dr. Asri mengeluarkan FATWA sesuka hati tanpa usul periksa. 
  3. Tun hanya bertanya adakah kejadian serangan Pedang itu hasil fatwa Dr. Asri? dia juga bertanya boleh atau tidak mengkritik orang agama sepertinya? tetapi malangnya Dr ASri telah menjawab dengan jawapan "Fatwa saya WAJIB kikis orang seperti saudara dari UMNO.."
  4. Aku akui bahawa Tun Faisal menngeluarkan kenyataan cenderung kepada provokasi tetapi dengan title sebagai Dr. aku rasa Dr. Asri mampu mengawal emosi dan berhujah dengan matang.
  5. Aku kesal kerana Dr. Asri sesuka hati mendoakan bala kepada orang lain. Aku juga ingin bertanya kenapa Dr. Asri tidak mengeluarkan fatwa bala jika Lim Guang Eng diangkat menjadi pemimpin.
  6. Kenapa dalam kes Anwar yang terlibat dalam tuduhan meliwat Dr tidak berani keluar Fatwa kata jika dia diangkat menjadi pemimpin bala akan turun di Malaysia..aku tak kata tuduhan liwat tersebut pasti tetapi tuduhan tersbut membuatkan ramai yang WAS-WAS.
  7. Adakah Dr. Asri hanya akan keluarkan Fatwa bila peribadinya di usik atas faktor emosi bukan atas sebab Ilmu?


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! - Surah As-Saff, Ayat 2

 Sebelum habis aku nak kongsi satu video ceramah Dr. Asri yang harus kita ambil iktibar...


'mendengar cakap macam-macam pihak itu yang terbaik'-Dr. Asri

HE : secara telusnya aku tak nampak pun 1 kenyataan dalam artikel blog Tun Faisal Dot Com bersifat Namimah..yang aku nampak tindakan Dr. Asri cenderung ke arah Namimah..jauhilah sifat mazmuah...wallahualam...

4 comments:

leman decaprio said...

good article dude!

Anonymous said...

Dr. Asri memang suka populariti untuk menaikkan doktrin wahabi beliau; terutama golongan muda, pelajar universiti dan lain-lain.

Kasim said...

Kau ni memang bengap laa. Dr. MAZA kata, dan kau sendiri petik, "..selagi negara tidak dimusnahkan..harta awam tidak dimusnahkan..darah tidak ditumpahkan..."

Tapi lepas tu kau tulis, "Jika ikut pendapat Dr. Asri dia memang menyokong pertumpahan darah dan kerosakan untuk menjatuhkan pemimpin ...". Kau ni tak reti Bahasa Melayu ke?

Lagi satu, kau tak tau ke, dalam Twitter, komen tu ditunjuk yang baru kat atas. Jadi dari segi kronologi, komen Dr. MAZA tu macam ni:

1) Namimah perbuatan melagakan antara manusia..Allah haramkan..bagaimana boleh kaki namimah jaga berita siber sebuah parti?
2) Bala bagi UMNO jika orang seperti Tun Faisal ini menduduki kepimpinan
3) Tun Faisal : Fatwa saya WAJIB kikis orang seperti saudara dari UMNO.

Yang kau tulis terbalik kenapa? Sebab kau baca terbalik lah kau tulis benda ni, "dia juga bertanya boleh atau tidak mengkritik orang agama sepertinya? tetapi malangnya Dr Asri telah menjawab dengan jawapan "Fatwa saya WAJIB kikis orang seperti saudara dari UMNO.."" Terbalik lah wooi! Dr Asri punya tweet ni keluar SEBELUM Tun Faisal punya tweet! Bukannya menjawab soalan Tun Faisal.

Harapan Esok said...

mak oi..bahasa macam iblis kepanasan..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA