networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, July 5, 2012

Harga Minyak Naik Lagi? Pakatan Berjoget Gembira...


Berita yang pasti menakjubkan puak-puak pembangkang jikalau harga minyak naik. Tatkala menghadapi pilihan raya, kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak adalah peluang yang ditunggu-tunggu oleh puak pembangkang kerana mereka akan keluar jadi hero mengatakan supaya memilih mereka. 

Anwar Ibrahim pernah berkata jika hari ini dia jadi Perdana Menteri maka harga minyak negara akan turun 50 sen. Siapa tak kenal Anwar Ibrahim, bab berjanji memang kelebihannya. Tapi bila nak tunaikan janji maka berbagai alasan akan diberikan. Tak payah kita cari satu persatu sifat mungkir janjinya. Cukup sekadar kita ingat kembali janji 16 Septembernya. Hanya orang yang bengong sahaja yang percaya.

Namun itu semua tidak berlaku kerana hari ini Kerajaan Barisan Nasional telah menurunkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen kepada RM 2.60. Harga RON 95 yang digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia masih kekal iaitu RM 1.90.

Biasalah kalau dah dikelaskan dalam kategori 'tidak bersyukur dan bangkang sahaja' maka mereka akan mencari alasan untuk mempertikaikan segala keputusan Kerajaan. Tindakan ini WAJIB supaya dapat mencapai matlamat akhir mereka iaitu menyalahkan Barisan Nasional.

Jika harga Minyak RON 97 turun maka mereka akan pertikaikan:
kenapa Harga RON 95 tidak turun sedangkan rakyat tak guna pun RON 97!!
Jika harga RON 95 turun maka mereka akan pertikaikan:
Turunkan harga RON 95 buat apa..kualiti rendah..rakyat nak harga RON 97 turun..bukannya RON 95
Nampak tak permainan mereka?

Seperti yang aku katakan sebelum ini mereka telah sematkan dalam hari sanubari mereka supaya menyalahkan Barisan Nasional walau apa keadaan sekali pun.

HE : betul ke aku dengar Anwar akan letak jawatan jika Pakatan Rakyat kalah PRU ini??kalau betul baguslah...kikiki

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA