Palam pencucuh ini terletaknya di kepala silinder enjin. Ia memainkan peranan penting untuk sebuah enjin dari segi kuasa dan ekonomi. Paling penting sekali ianya berfungsi untuk menyebarkan percikan api untuk pembakaran petrol bagi sebuah silinder.
Selalunya terdapat empat palam pencucuh yang digunakan untuk sebuah enjin kereta biasa walaupun kini terdapat enjin yang memakai lebih dari empat akan tetapi masalah dan penyelenggaraannya hampir serupa.
Antara punca yang berlaku ialah mendapan karbon telah pun tebal akibat pembakaran yang tidak sekata terutama sekali apabila terkena minyak enjin. Jadi percikan api tidak dapat disebarkan dengan betul.Cara-cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menghidupkan enjin kereta anda dan cabut kabel palam pencucuh satu per satu. Jika enjin terasa seperti hendak mati semasa sedang mencabut salah satu kabel tersebut, maka palam pencucuh tersebut lah yang mempunyai masalah.
INFO SELANJUTNYA DI PUTRAJAYA ONLINE







No comments:
Post a Comment