networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, July 31, 2012

Kontrak Tudung Abby : Al-Humaira' Contemporary Keluar Kenyataan Rasmi...Troopers Bangang Pembangkang Pula Sakit Hati..

Serius aku cakap model ni lebih cantik dari Abby
Kecoh betul puak pembangkang ni..aku pun naik pelik kenapa semenjak dua menjak Abby Abady sijanda ekspress jadi ustazah, Ostad2 PAS sayang gila kat dia bagai permata bagi puak-puak mereka. Dulu aku dengar dia join PAS sebab nak agama..tapi sekarang ini dia sudah jauh dari perjuangan asal untuk Islam dengan memusuhi UMNO ISLAM..

Dalam Islam tidak ada suruh Islam memusuhi sesama Islam...dalam UMNO semuanya ISLAM..korang fikirlah sendiri bagaimana Abby digunakan dalam politik rakus PAS sehingga dia ketagih dan taksub dengan PAS.

Benda yang aku nak kongsi di sini ialah penamatan kontrak tudung Abby Abadi oleh Al-Humaira' ContemporaryHari ini syarikat tudung Al-Humaira' sudah keluarkan kenyataan [SINI]. Jangan LUPA LIKE dan SHARE!!!

Antara sebab utamanya ialah Abby sudah tidak seperti dulu iaitu memberikan full komitmen. Benda ni kita tak payah tunggu dia jawab pun kita sudah tahu. Lihat sahaja penglibatan dia. Balik dari jumpa ustad PAS sudah tengah malam. Badan sudah letih macam mana nak bagi full komitmen kalau esok ada task. Allah pun marah orang yang tamak. Bagilah rezeki kt orang lain yang lebih layak dan cantik.

Sudah dapat kontrak naik pentas PAS lagi masyuk dari jadi duta tudung. Sebab lain syarikat tudung tersebut menamatkan kontrak Abby ialah kerana dia terlibat dalam politik. Syarikat tersebut mahu orang yang neutral. Jika Abby Abadi masuk parti DAP sekalipun dia tetap akan dibuang kerana Syarikat tersebut mahu orang yang neutral dan tidak serakah dalam politik macam abby.

Jom baca apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Syarikat Al-Humaira' Contemporary :
Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.

First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yg telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yg berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik, matlamat atau objektif kontrak tak tercapai spt yg kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yg paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan. 
AHC memerlukan seorang duta yg berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kpd mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dgn undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kpd task / tugasan yg sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, utk bisnes kami, kami mahukan imej yg neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yg kami cuba nak sampaikan... 
Berkenaan isu matlamat kontrak tidak tercapai... Tujuan utama kontrak ini dibuat ialah dengan harapan artis tersebut akan bergiat aktif semula di dalam bidang seni dan mempromosikan jenama AHC di bidang seni sama ada dlm bidang lakonan, pengacaraan dll. Terma ini kami ada nyatakan di dalam kontrak yg telah dipersetujui. Namun, matlamat kontrak tidak tercapai apabila artis tersebut memilih utk bergiat aktif di bidang lain tidak lama selepas kontrak ditandatangani. Harap jangan politikkan isu "matlamat" ini... 
Sebenarnya, kontrak kami belum pun ditamatkan secara rasmi. Masih tiada hitam putih / notis utk pembatalan kontrak drp pihak kami secara sah mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak, kerana perbincangan utk penamatan kontrak perlu dibuat antara kedua belah pihak bagi menyatakan sebab2 penamatan kontrak... Artis tersebut yg membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC. Kali terakhir pihak kami berjumpa dgn beliau ialah pada bulan Jun semasa shooting terakhir kami. Pihak kami sudah menyatakan hasrat utk berjumpa dan berbincang utk menamatkan perkara ini dgn baik, tapi perjumpaan gagal dilaksanakan atas ketidaksempatan beliau respons kpd kami, mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan ceramah. Kalau betullah kontrak itu mmg pihak kami tamatkan pada 4 Julai, kenapa pada 30 Julai baru beliau nak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau? Apa pun, pihak kami akan tetap berjumpa juga dgn beliau untuk berbincang mengenai penamatan kontrak yg sah secara baik mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak yg telah kami tandatangani. 
Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan drp pihak kami. Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dgn lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang utk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini utk diselesaikan secara professional mengikut undang-undang. Segala bukti dan penerangan lanjut hanya akan disuarakan di depan pengadilan yg lebih layak. Harap maklum dan terima kasih atas sokongan AHC fans & customers sehingga kini. Terima kasih.
Lebih teruk dari itu, puak pembangkang yang tidak terima kenyataan buah hati mereka telah ditendang dari kontrak. Maka mereka mencipta agenda syaitan supaya memboikot syarikat tudung tersebut.

Agenda syaitan untuk hancurkan bisnes orang

162 Ribu LIKE page  https://www.facebook.com/alhumairacontemporary

Di bulan puasa ni aku nak tolong mempromosikan tudung dari Syarikat Al-Humaira' Cotemporary..Serius aku katakan, tindakan syarikat tersebut memang betul kerana :
  1. Penglibatan Abby telah mencalarkan imej Syarikat yang mahukan duta neutral
  2. Yang paling penting skali, model tudung yang Syarikat Al-Humaira' ada lagi cantik dari Abby Abadi..ni pengakuan jujur aku..
  3. Boleh pakai model dari syarikat tersebut untuk jadi duta dapat menjimatkan kos.
Model Tudung Al-Humaira' Contemporary lebih cantik, anggun dan menawan dari Abby











HE : mana lagi cantik?abby ke model tudung ni?model tudung atas ni muka manis je dan tudung pun comfem ramai orang nak beli...kalau yang tak setuju aku katakan model ni lebih cantik dari abby diam2 sudah..anggap je berbeza pendapat...

aku harap Syarikat Al-Humaira' Contemporary buang segala iklan tentang Abby Abadi..nanti xdelah dia meroyan nak klaim itu ini...

*Sebarang urus niaga sila rujuk https://www.facebook.com/alhumairacontemporary

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA