networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, July 19, 2012

Larangan Demonstrasi - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram



Haram jatuhkan kerajaan negara Islam kata Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram...

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar.

Tambah Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, hukum berkenaan jelas berpandukan sebuah hadis sahih yang menyatakan perkara tersebut.

"Hadis itu ialah "sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya'' dan daripada hadis itu hukumnya jelas adalah haram menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada iaitu kerajaan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai Perpaduan Senjata Umat Islam pada Program Bicara Tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Program selama tiga jam itu merupakan anjuran kerajaan negeri bersama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) sempena lawatan tiga hari tokoh itu ke negeri ini.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, sekiranya umat Islam tidak suka terhadap kerajaan yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka, pastinya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh golongan itu.

Jelasnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia bukan cara menukar kerajaan negara Islam atau memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan pemimpin.

"Demonstrasi hanya boleh menyebabkan sesuatu perkara yang buruk menjadi lebih buruk dan ia bukan ubat penyembuh kepada setiap masalah.

"Justeru, jangan sesekali mengadakan demonstrasi kerana ia menyebabkan masalah lain datang bertimpa-timpa, malah membawa kepada fitnah yang lain," tegasnya.

Ujarnya, cara terbaik untuk mengubah kepimpinan yang baik adalah nasihat menasihati antara satu sama lain.

"Dalam perkara ini, para ulama, cendekiawan mahupun ahli fikir perlu mengambil tanggungjawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu adalah tanggungjawab mereka dan jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

"Pemimpin perlu ditegur oleh golongan itu dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat adalah menunjukkan contoh yang baik kepada pemimpin mereka," katanya.

P/S : Nabi bersabda, “Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci perbuatan munkar pemimpin maka dia terlepas dari dosa, sesiapa yang membantah maka dia selamat dari dosa, namun yang berdosa, sesiapa yang redha dan menuruti perbuatan munkar tersebut”. Sahabat bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka melakukan solat”. (Riwayat Muslim). 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA