networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Saturday, July 28, 2012

Misteri Bas berada di tengah-tengah hutan tanpa laluan jalan raya...Hati-hati OSTAD PKR!!!

Sebuah bas tiba-tiba berada di dalam hutan ketika sedang dipandu..cuba bayangkan kalau korang tengah memandu sorang2 tiba-tiba sedar je kenderaan korang berada di tengah hutan belantara..kejadian ini benar-benar berlaku di Jakarta, Indonesia..

Benda macam ini tak musatahil boleh berlaku..kalau tuhan nak kata jadi maka jadilah..

cuba bayangkan kalau korang berdua-dua bersama isteri orang di bilik hotel jam 3 pagi...tiba-tiba sedang sedap dok balun isteri orang...sedang syok membalun alih-alih ko sedar yang kau tadi berada dalam bilik hotel bertukar ke rumah isteri yang korang balun tu...

Allah maha kaya...kalau DIA nak tunjukkan bila-bila masa je..tak kiralah level korang tu OSTAD PKR ke apa ke...

nak bagi alasan kena pukul 20 orang pun mustahilkan...

jom baca cerita misteri ini...

Bas Sesat di Dalam Hutan
Jakarta: Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

“Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

“Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu,” katanya kepada Tribunnews.com. – AGENSI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA