networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Friday, July 13, 2012

Nasha Aziz belum sedia kahwin?

Nasha Aziz kekal jelita biarpun usianya menjangkau 41 tahun

NASHA AZIZ bukan nama asing lagi dalam industri hiburan negara. Sudah lama tidak mendengar cerita sensasi dari bekas model ini biarpun wajahnya seringkali keluar di siri drama TV di Astro dan beberapa stesen TV lain.

Setelah Ella bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya, pasti ramai yang ternanti-nanti siapakah yang bertuah bakal bertakhta di hati Nasha. Sebelum ini, kita sering mendengar kisah percintaan nasha yang tersekat ditengah jalan.

Pastinya, peminat kepada bekas model berusia 41 tahun amat berharap hari bahagia untuk Nasha akan kunjung tiba.

Nasha Aziz, mengakui bahawa dirinya masih solo dan dia sendiri tidak memikir soal jodoh buat masa ini. Biarpun masih solo, dia berasa bahagia dengan hidupnya kini yang masih mempunyai teman-teman rapat dan keluarga.

Nasha yang tidak mahu memikirkan soal jodoh hanya menyerahkan itu sebagai urusan Allah S.W.T kerana baginya itu adalah rezeki dan takdir yang dia sendiri tidak tahu.

“Saya senang begini. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,” ujar Nasha Aziz yang di’temui pihak media di satu pelancaran produk kesihatan.

BACA SELANJUTNYA [SINI]

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA