networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, July 4, 2012

PANAS!!! Pendedahan Pegawai LHDN Tentang Kerajaan.

Mr Tok Guru Hirup Kuah
Bermodalkan gambar Mr Tok Guru Hirup kuah, solat bergambar maka puak-puak di timur sebuah negara pun bertepuk tampar mengatakan mereka sebenarnya berada di jalan yang benar, lurus dan terbaik di alam fana ni.

Kerajaan Pusat yang berkebajikan kepada rakyat pun mereka tetap memandang hina kerana setiap kali bantuan yang diberikan ada sahaja fitnah yang diberi kononnya nak tarik perhatian pengundi, gula-gula pilihan raya dan bermacam-maca lagi fitnah yang dilemparkan.

Ini kerana semata-mata mahu menunjukkan kerajaan totok Parti Ajaran Setan ialah sebuah parti yang sesuci-sucinya. 

Hendak dijadikan cerita, kebetulan petang tadi aku ada bertemu dengan seorang pegawai daripada LHDN yang sekarang ini puak-puak pembangkang kata pekerja kerajaan menyokong mereka. Aku pun boraklah dengan pegawai tersebut. Pandangan pertama aku menganggap wanita itu pasti penyokong PAS kerana imejnya Islam dengan bertudung dan berbaju kurung labuh.

Jadi aku tanyalah sudah berapa lama kerja dengan kerajaan? dia pun jawab sudah 10 tahun anak pun sudah 3 orang. Aku pun saja jack tanya ok tak kerja dengan kerajaan sekarang? dia pun cakaplah bagus kerajaan sekarang.

Oleh kerana dia bekerja dengan LHDN, aku pun bukalah cerita tentang income tax. Cerita punya cerita aku tanyalah tentang khabar angin mengatakan LHDN kejar peniaga yang mohon BR1M. Betul ke? 

Dia terus melenting!!! aku pun terkejut..ingatkan dia nak kata memang betul dan kutuk kerajaan. Apa taknya imejnya bertudung labuh dengan imej Islamik aku ingat penyokong totok PAS. 

Rupanya dia menjawab dengan selamber plus nada marah 'Mana ada LHDN kejar peniaga yang mohon BR1M.!! saya pun dengar juga tapi itu semua fitnah pembangkang je.'

Aku pun blur..rupa-rupanya kita ni jangan mudah sangat label orang berdasarkan pakaian. Kalau kita tengok orang tu pakai kopiah dan baju labuh je terus ingat orang PAS. tu sebenarnya persepsi yang silap. 

Dia cerita punya cerita BR1M ni memang nak bantu rakyat bukannya nak sempitkan rakyat. yang buat fitnah dan persepsi buruk semuanya pembangkang. Malah dia tanya aku lagi ada mohon BR1M tak. Aku pun cakaplah tak mohon kerana bagi aku ada lagi orang yang harus dibantu. Dia marah aku beb. kenapa tak mohon..dapat ke tak dapat tu belakang cerita. 

Sedang syok berbual di bank. Suami dia pun datang. Biasalah kalau dah isteri muslimah suami comfem muslim sejati. Pakai kopiah..baru aku faham sekarang..tak semestinya orang pakai kopiah dan tudung labuh ni semuanya PAS. yang tak malunya puak pembangkang yang suka melabel2 orang berdasarkan pakaian.

Suami dia pulak sekolahkan aku. Dia ingat aku ni pembangkang. Dia pun marah gilalah dengan puak pembangkang sekarang ni. Buat ceramah kutip derma sana-sini. Nak buat lebuh raya pun nak pakai duit rakyat. Ayat yang best dia kata kat aku."Bang..kalau kita nak pilih pemerintah, pertama kita perlu utamakan ISLAM dan yang keduanya pilih pemerintah yang mampu memberi kebajikan kepada rakyat..jangan pilih pemerintah yang minta duit rakyat untuk buat kebajikan.kita kena sedar...saya tengok sekarang ni ramai sangat yang tertipu"

Perbualan kami terhenti bila nombor aku naik. Aku pun setelkan urusan aku kat Maybank. Tapi perbualan petang tadi memang mengejutkan aku..tak sangka rupanya puak pembangkang ni suka menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan sedia ada. ini memang realiti yang harus diketahui...

Rakyat berkebajikan kepada pemerintah PAS..bukannya PAS berkebajikan kepada rakyat!!!

Nak buat kemudahan pun mintak duit RAKYAT...Kerajaan sekarang ini tak pernah buat macam ni...

Mr. Balak Husam megah bergambar dihadapan Balak...
HE : kelakar aku tengok puak pembangkang..nak beri kemudahan kepada rakyat pun minta duit rakyat...untuk cerita panas tentang Kelantan sila rujuk Blog 1 Peluru [SINI]

4 comments:

Anonymous said...

BLOG UMPORNO KAKI FITNAH!!!!!!!!!!!!!!
MANA ADA PENYOKONG UMNGOK BERTUDUNG LABUH & BERKOPIAH!!!!??????/ SEMUA SOKONG SETAN2!!!!

Pistol Nakal said...

Nik Aziz kaya... mana sifat kesederhanaan dia? tengok tu bukti dia makan pinggan... takdir!!!

cap ayam said...

MANA ADA PENYOKONG UMNGOK BERTUDUNG LABUH & BERKOPIAH!!!!??????/ SEMUA SOKONG SETAN2!!!!

hebat kau ni.. boleh menentukan seseorang atau sesebuah kaum/kumpulan tu setan..

Harapan Esok said...

kalau sakit hati tak perlulah maki hamun..oo lupa pemimpin atasa ajar macam tu ey

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA