networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Tuesday, July 3, 2012

Panas!!! PTPTN Minta Graduan Kelas Pertama Bayar RM 3250.00 ?.. cc @khalednordin



Heran bin Ajaib aku baca salinan surat yang telah dikirimkan melalui email harapanesok.blogspot.com. Berdasarkan email yang dikirimkan kepada aku, pelajar yang tidak mahu didedahkan identitinya merungut kerana PTPTN meminta para graduan kelas pertama membayar sejumlah wang RM 3250.00 kepada pihak mereka sebelum graduan tersebut dikecualikan daripada pembayaran PTPTN.

Graduan tersebut mengatakan bahawa dia telah menandatangani perjanjian pinjaman PTPTN sebanyak RM 26,000.00 iaitu pinjaman selama 8 semester semasa proses pendaftaran dahulu. 

Dia juga mengakui bahawa telah menghabiskan pengajian 7 semester dan 1 semester khas (Praktikal). Jika diikutkan matematik sekolah tadika pun dia telah menghabiskan 8 semester (7 Semester + 1 Semester Khas). Cuma bezanya semester Khas tu dilaksanakan pada cuti Semester jer.

Tetapi keputusan ini telah dibuat oleh pihak Universiti. Bagi aku graduan tersebut tidak salah apa pun sebab pihak Universiti yang meluluskan dasar praktikal pada cuti semester. 

Aku pun hairan kenapa PTPTN meminta pelajar tersebut membayar RM 3250.00. Kalau nak ikutkan logik. Graduan tersebut memang menghabiskan 8 semester cuma dia tidak ikut takwim akademik yang ditetapkan KPT sahaja.

Kandungan Surat tersebut berbunyi :
Sehubungan itu, tuan dikehendaki untuk memulangkan semula pinjaman/pembiayaan sebanyak RM3,250.00 yang dibayar pada semester 02/2011 bagi membolehkan pengecualian bayaran balik pinjaman sebanyak RM22,750.00 dipertimbangkan. Kegagalan pihak tuan berbuat demikian, akan mengakibatkan permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman tidak akan diproses. Sila maklumkan kepada Perbadanan setelah bayaran dibuat.
Sepatutnya, pihak KPT dan PTPTN harus mendahului rakyat tentang perkara ini. Ini soalnya hanya pada dasar sahaja. Kalau dah berjanji nak bagi hadiah kepada graduan kelas pertama buat apa fikirkan soal tak habiskan pengajian 8 semester kot. Lagi pun memang pelajar tersebut menghabiskan pengajian 8 semester.

Graduan tersebut juga memberikan aku maklum balas daripada pensyarah di Universitinya yang berbunyi:
kalau ikut peraturan mmg betul la...maknanya di sini PTPTN telah terlebih bayar kepada pelajar 1 semester memandangkan pelajar tamat pengajian awal. cuma kaedah atau persoalan kenapa duit dikreditkan kepada akaun pelajar itu perlu dijelaskan. keduanya adalah berkaitan status AKTIF pelajar di dalam sistem. Status AKTIF pelajar adalah di bawah seliaan Bahagian Akademik manakala proses pembayaran / kreditan wang PTPTN adalah di bawah Bendahari...Jadi kena semak semula. Kalau pelajar terima lebihan RM3250.00 sedangkan semester tersebut tidak berjalan, maka pelajar perlu pulangkan semula wang yg diperolehi. Cuma apa yang saya tahu, pelajar bukan kurang semester tetapi semester tersebut diawalkan kepada waktu cuti semester yang lalu yang menjadikan pengajian pelajar berakhir hanya 7 semester sahaja 
Berdasarkan email yang dikirimkan. di sini aku membuat kesimpulan yang graduan tersebut memang tidak salah apa pun. Ini hanya masalah antara pihak Universiti dan PTPTN sahaja. Kalau dah tahu ada masalah macam ini kenapa pihak Universiti tersebut membenarkan graduannya menjalankan praktikal pada cuti semester?setahu aku pihak PTPTN hanya mengatakan graduan kelas pertama layak membuat pengecualian bayaran tapi PTPTN tak ada kata pulak mesti kena habiskan 8 semester ikut kelendar akademik KPT baru dapat pengecualian.

HE : Khaled Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi perlu selesaikan masalah ini. Ini bukan soal 8 Semester tapi ini berkaitan janji yang harus ditunaikan. Oleh kerana aku dah janji dengan graduan tersebut tak mahu dedahkan nama Universiti maka aku harus tunaikan janji tersebut. Walaupun aku blogger pro BN tapi dalam bab janji ni aku tak boleh kompromi.

JANJI DITEPATI...RAKYAT DIDAHULUKAN!
sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh emailkan kepada harapanesok@gmail.com

3 comments:

zikron said...

pada pendapat aku,pelajar tersebut mmg perlu pulangkan semula duit tu.
sebab apa pulangkan duit tu balik?tiada yuran yang perlu dibayar untuk sem 8,sedangkan duit pinjaman tersebut diberi untuk membayar yuran sem.jgn kerana masalah yang sedikit,pelajar cemerlang tersebut nk memberontak.atau mungkin bukan memberontak,pelajar tersebut mungkin sekadar meluahkan rasa terkilan beliau dengan apa yang terjadi.mungkin duit yang perlu dipulangkan itu akan digunakan pula oleh anak2 generasi akan dtg.tapi duit tu mmg hak pelajar tersebut,gunalah sebaik-baiknya.walau apa-apapun,pihak berkenaan mmg perlu menjawab isu ini untuk memberi situasi menang-menang bagi kedua-dua belah pihak.

Anonymous said...

Sokong admin. Zikron bagi aku kalau semester khas tu kena bayar yuran aku rasa tak perlu bayar PTPTN. tapi kalau semester khas tak ada yuran memang graduan kena bayar 3250 tu.

PemikirpolitikJerantut said...

sala, mohon pautkan blog hamba di blog hebat tuan, tq
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA