networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Sunday, July 15, 2012

Rakyat Johor Janji Undi Barisan Nasional

Saki Binti Ahmad (83 tahun) sedang bermesra dengan Dato Seri Hishammudin sambil
diperhatikan Tan Sri Muhyidin Yassin selepas upacara penyerahan simbolik janji Sokong Barisan Nasional
SEMBRONG, 14 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah merasmikan Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin bertempat di Padang Awam, Felda Ulu Belitong, Sembrong. Program tersebut telah telah dihadiri hampir 10,000 masyarakat berbilang kaum sekitar Sembrong.

Turut hadir pada program tersebut Ahli Parlimen Sembrong merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Dato' Hj Obet Bin Tawil Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YB Ho Seong Chang, ADUN Paloh dan YB R. Vidyananthan, ADUN Kahang.

Pada sebelah pagi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mempengerusikan Mesyuarat Perwakilan UMNO di Dewan Seri Cempaka yang telah dihadiri kira-kira 500 ahli UMNO Sembrong.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian program mesra rakyat berkata "rakyat Johor perlu menyingkap kembali sejarah lampau penubuhan UMNO bermulanya di sini. Bagi memastikan kekuatan Barisan Nasional kekal pada momentumnya, semua rakyat perlu berada dilandasan perjuangan yang sebenar. Sekiranya kita bengkok dalam perjuang maka segala usaha yang dilaksanakan sepanjang 55 tahun pemerintahan Barisan Nasional adalah sia-sia"

"Kita jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang. Cuba kita bandingkan Johor dengan Kelantan, pembangunan kita jauh lebih baik dari mereka. Ini kerana rakyat Johor telah membuat keputusan yang tepat memilih Barisan Nasional yang diakui mampu membela Agama, Bangsa dan Tanah Air. Rakyat Felda seharusnya memilih 'biru'. Kita tidak perlu warna 'hijau' ataupun 'jingga'. katanya lagi.

Baca Selanjutnya di PUTRAJAYA ONLINE

FOTO Menarik di LENSALOKA

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA