networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, July 26, 2012

Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan SMK Putrajaya Persint 9 (2)


PUTRAJAYA, 26 Julai - Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri hari ini hadir di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya, Precint 9 untuk upacara perasmian dan majlis berbuka puasa bersama warga pendidik dan ibu bapa pelajar sekolah tersebut.

Ketika merasmikan pembukaan SMK Precint 9, Tan Sri Muhyiddin yang menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 500 orang  hadirin terdiri dari warga pendidik, ibu bapa dan pelajar sekolah  berkenaan menyeru agar rakyat Malaysia terus meningkatkan semangat perpaduan bagi mengelakkan berlakunya krisis persaudaraan sebagaimana berlakunya di Syria.

"Masyarakat kita menyambut Ramadhan dalam keadaan yang ceria jika mahu dibandingkan dengan negara Islam yang lain, negara Islam lain kini berhadapan dengan cabaran hidup, pergolakkan bersaudara sebagaimana berlakunya pertumpahan darah di Syria.

Dari kiri : Datuk Wee Ka Siong, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur
"Semangat perpaduan di antara kita perlu dipertingkatkan kerana jika berlakunya krisis atau perang saudara, segala sistem yang telah dibina dalam negara kita akan tergendala." 

"Masyarakat luar begitu berbangga dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dalam membangunkan ummah bagi berhadapan dengan cabaran globalisasi. Pendidikan dan teras perpaduan merupakan bidang penting demi memastikan kita berjaya di dunia dan akhirat."



BERITA PENUH DI PUTRAJAYA ONLINE

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA