networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Monday, July 2, 2012

Terbaik Dari LADANG!!! Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia mampu atasi Kemiskinan Rakyat Kelantan.

Masyarakat Kelate Harus DiBantu!!!

Aku sedih melihat kedaifan masyarakat Kelantan yang ada diantara mereka hidup susah dan perlu dibantu. Kebanyakan golongan ini sebenarnya telah ditipu dengan omong-omong BERKEBAJIKAN oleh puak PAS. Sedih, masyarakat Seperti ini tidak dapat pembelaan sebaiknya oleh kepimpinan Kerajaan Negeri PAS yang kononnya berkebajikan. 

Kepala Otak dia kalau berkebajikan tapi rakyat hidup susah dan minum air kotor. 

Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai Sabak yang terletak di bawah DUN Chempaka dan diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat dan jarak perkampungan ini dari rumah Menteri Besar Kelantan sekitar 10 kilometer sahaja.- seterusnya di blog YY
Ini semua salah UMNO..kawasan NIK Aziz 'Pemegang Kunci Syurga' yang mempunyai rakyat susah pun takkan nak salahkan UMNO jugakan. Inilah masalahnya bila dah tua masih nak memerintah. Dulu pandai kata suruh Tun M lepas jawatan tapi dia sendiri tak lepas-lepas jawatan. Inilah ciri seorang Munafik bila berkata dia sendiri dusta. Malah orang tua tu juga tidak mahu mengakui akan kelemahan dan kenyayokannya yang dia sendiri tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat. 

Sememangnya rakyat Malaysia harus berterima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Sedia ada sekarang ini kerana terkenal dengan sikap Mendahului Rakyat. 

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa masyarakat yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah. Biasalah kalau pendapatan kita ni tak seberapa nak banyak kita akan sewa rumah. Tapi sampai bilakan?

Di sini aku nak kongsi 1 maklumat yang mana masyarakat Berpendapatan rendah pun boleh memiliki rumah asalkan anda mempunyai tanah untuk mendirikan rumah.

Apa yang aku perasan di Malaysia ni, kalau kerajaan hendak membantu orang susah makanya orang yang berpendapatan tinggi pun berlakon seolah-olah mereka ni hidup susah dan melarat.

Persepsi ini harus diubah. Bukan apa kita tak nak lah songlap hak orang yang sepatutnya dibantu. Nanti mereka terus dihimpit kesusahan tetapi yang senang makin senang. Bila perkara ini berlaku yang akan disalahkan ialah BN.

Walhal yang menipu kononnya susah tu orang PAS. Untuk keterangan lanjut rujuk Bawah...


Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

KELAYAKAN PEMOHON
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  5. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
  6. Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari Laman SPNB [SINI] atau [SINI]

HE : sebarkan untuk membela rakyat...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA