networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Thursday, July 5, 2012

TERKINI 3 GAMBAR Uncle Seekers Ditahan...Eloklah tu...


Aku dengar Uncle Seekers ditangkap..Dia telah ditahan di Balai Polis Senawang, Seremban pada 10.30 malam tadi. Sebaik sahaja ditangkap dia kemudian telah dibawa ke Balai Polis Nusajaya.

Menurut laporan oleh Mazidul Akmal Sidek:
Awal pagi tadi saya terbaca laporan ringkas di beberapa blog mengatakan Uncle Seekers ditahan polis.

Saya kemudian menghubungi blogger,
Hazrey di Johor Bahru, Johor dan dimaklumkan pihak polis telah mengeluarkan kenyataan berhubung tangkapan terbabit.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Mohd Akhir Ishak, seorang lelaki dipercayai pengendali laman blog Uncleseekers.blogspot.com ditangkap kerana didakwa memfitnah Sultan melalui lamam blog.

Tangkapan dilakukan semalam pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Butiran tangkapan, Syed Abdullah Syed Husein atau lebih dikenali dengan gelaran Uncle Seekers, 46 tahun dan Siti Nadhirah Mohd Zain, 26 tahun. Kedua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen (8)(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972, berikutan laporan dibuat pada 13 Jun 2012.

Siti Nadhirah dikatakan teman wanita Syed Abdullah.

Apapun mereka berstatus suspek dan belum didapati bersalah selagi tidak diputuskan oleh mahkamah.

Kini, wakil media cetak dan elektronik dilaporkan sedang menanti kedua suspek hadir di Mahkamah Majestrit Johor Bahru untuk pihak polis mendapatkan perintah tahanan reman.

Maaf, ruang komen TIDAK dibuka untuk entri ini kerana diklasifikasikan sebagai kes polis.


HE : Eloklah tu...kalau lu power malam ni lu hilang dari lokap baru gua respek samalu Uncle Seekers...kikiki

2 comments:

Anonymous said...

ANA ADA ILMU GHAIB LA BRO....HAHA

Anonymous said...

suka sangat tangkap antu...hu hu...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA