networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Wednesday, July 4, 2012

VIDEO DASHCAM : Kemalangan 2 Kereta dan 1 Bas.


RUSIA, 2 Julai - Satu kemalangan telah berlaku di sebuah lebuh raya kelmarin yang melibatkan dua buah kereta dan satu buah bas. 

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta cuba memotong kereta dan bas dihadapannya. Namun cubaan memotong tersebut gagal apabila kereta dihadapannya turut ingin memotong sebuah bas. 

Kedua-dua kereta tersebut telah bergesel antara satu sama lain sebelum melangar sebuah bas mengakibatkan ketiga-tiga kenderaan terbabas. Namun tiada kematian dilaporkan. Kemalangan ini telah berjaya dirakam oleh kamera di  salah sebuah kereta yang terlibat.-HE


Iktibar daripada kemalangan ini kita dapat umpamakan ketiga-tiga kenderaan tersebut sebagain PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Parti PAS cuba memimpin tiga komponen utama melalui imej Islam dalam pakatan rakyat tetapi telah dihimpit oleh puak anwarinas.

Akibat daripada pergeseran yang berlaku antara PAS dan PKR akhirnya mereka terbabas antara satu sama lain sehingga wujudnya perpecahan di dalam PAS iaitu puak Ulamak dan Edorgen. 

Walaupun DAP nampak seperti tidak mahu campur tangan krisis yang berlaku antara PAS dan PKR tetapi DAP juga menerima bencana atas pergeseran yang berlaku antara PAS dan PKR. Akhirnya ketiga-tiga parti yang kita nampak sedang bergerak terbabas begitu sahaja.

Maka bertelagahlah mereka untuk menyalahkan antara satu sama lain. Puak-puak mereka ini kita sedia kenali dengan imej tidak mahu mengaku salah dan akan menyalahkan pihak lain asalkan diri mereka nampak betul.

Walaupun ada rakaman menunjukkan sesuatu kejadian itu berlaku tetapi mereka tetap tidak mahu mengaku dengan memberi alasan video hanyalah besi yang tidak boleh dijadikan bukti.

HE : kadang kala analogi juga mampu membuatkan puak setan kepanasan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA